25/02/2011

khasiat asparagus

Harijadi akak yg baru lepas..papa belanja makan kat restoran Thai.Salah satu menunya adalah sayur asparagus.



Akak cuma nak tahu apa khasiat sayur asparagus yang sangat mahal ni.Pencarian akak melalui cik google..akak temui ini..


Asparagus kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, niasin, vitamin A dan C. Sayur-sayuran ini juga mengandungi elemen-elemen yg baik untuk kelenjar tiroid, pineal, adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.
Asparagus juga mengandungi sejenis bahan yg disebut asparajin yg memboleh sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Bagi mereka yg mengalami masalah buah pinggang, air rebusan asparagus mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif bagi meringankan masalah tersebut. Air rebusan asparagus ini dikatakan dapat menyerap mendapat asid urik dan memudahkan pengeluaran air kencing.
Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan makanan berlemak dan bergula. Tabiat pemakanan seperti ini menyebabkan asid terkumpul dgn banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yg tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekali gus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.
Di kalangan sayuran yang mengandungi asid folik, dikatakan asparagus adalah antara pembekal utama asid folik ini. Sebanyak 5.3 auns hidangan asparagus menyediakan 60% folacin yang dicadangakan bagi pembentukkan sel darah serta bagi pertumbuhan dan penghalang kepada penyakit hati. Di katakan folacin dapat memberi pencegahan kepada kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian seramai 2,500 bayi setiap tahun.
Selain itu terdapat bebera kajian yg mendapati bahawa asparagus dapat juga dijadikan sebagai ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Melalui beberapa ujian klinikal mendapat asparagus dapat meningkatkan jumlah sperma. Asparagus juga kaya dengan vitamin A dan ini bermakna ia bagus untuk penglihatan.
...kredit dari mesra.net



4 comments:

  1. Salam harap x telbt ucap selamat ulang tahun kelahiran,,semoga pjg umur murah rzk dan di beri kesihatan yg baik..ye sdp tu sayur aspragus kan dpt ratah best ni

    ReplyDelete
  2. w'slm Sheila..tkasih.
    mmng sdp hingga menjilat sudu..hehe

    ReplyDelete
  3. asparagus ni mmg bagus..cuma sbb dia mahal skit kot..
    tp klau sy..mmg sy suka sgt..sedap!

    ReplyDelete
  4. fara..
    sbb mahal jd kurang fofular kot, tapi khasiat bagus.

    ReplyDelete