18/10/2009

Buat Lontong

Selamat malam kawan-kawan dan pengunjung yang rajin berkunjung kerumah maya kita ni..
Malam ni saja mengrajinkan diri buat n3.Malam ni nak cerita pasal lontong..sejenis makanan yang popular jugak.Masa kita duk kampung dulu ( johor )..tak pernah makan makanan ni..bila dah berhijrah ke Selangor ni..baru tahu makan makanan ni.Makanan ni biasanya di hidangkan bersama kuah lodeh..ada juga yang memanggilnya sebagai kuah lontong ( pada kita kuah lodeh tu..bahannya tiada campuran sayur-sayuran..kuah lontong harus ada sayuran seperti kobis,kacang panjang atau boncis,carrot atau apa-apalah sayur yang boleh ditambah )
Nak tahu tak macam mana lontong-lontong ini dibuat? jom kita belek-belek gambo ni..


~ mula-mula ambik daun pisang abu ( katanya..daun ni aje yg akan mengeluarkan aroma yg harum dan warna nya cantik..kalau daun lain dia akan lebam ) gulung jadikan kelonsong..sebaiknya gunakan satu sukatan saja..supaya dapat size yg sama ~

~ ikat hujung daun dengan getah atau tali rapia pun bolih ~

~ beras di basuh dulu..dan toskan..isi kelonsong daun pisang dangan beras..isi 2/3 saja..pastu ikat hujung daun ~

~ sebelum rebus..alas periuk dengan reja-reja daun supaya..masa merebus nanti.. kemungkinan beras terburai dari ikatan..beras boleh jadi hangus..nanti bau hangit pulak lontong tu ~

~ susun dalam periuk..rebus selama 6 jam ~

 ~ selepas 6 jam di rebus..inilah hasilnya ~