30/01/2015

resepi sendiri berdasarkan rasa yang KY makan..

As salam..
 masak apa saja yang ada dalam petiais..
Masa ke Medan minggu lepas KY ada makan sup suhun perasa tomyam yang dicampur berbagai jenis sayur * tak teringat nak ambil gambar * walaupun berasa tomyam..tapi  ada sikit rasa rempah.
balik sini rasa mcm teringin nak makanlagi. KY buatlah dan cipta resepi sendiri..berdasarkan apa yang  KY rasa..seakan sama juga rasanya..

bahannya..
secukup untuk family KY 3 orang saja.. 

10 ekor udang, 
sepeket suhun rendam dan potong pendek,
1/2 batang karet potong nipis serong,
sepeket jagung muda potong serong
2 biji tomato potong 8, 
cili api ikut suka pedasnya titik atau potong, 
2 biji limau perah ambil airnya,
sedikit daun limau purut , 1 btg serai potong serong,
1 bawang besar potong biasa, 
2 bawang putih,sedikit halia,
pes tomyam..
sedikit rempah kari..
daun ketumbar, garam dan perasa.. 

masak macam biasa kita masak tomyam. KY malas nak taip caranya.
olih kerana pes tomyam dan rempah kari dah habis..KY masak ikut bahan yg ada jer..sedap juga..