12/06/2014

tips menjaga kesihatan mengikut sunnah

As salaam..
Pagi ini akak nak share tips menjaga kesihatan mengikut sunnah. Tips ini yang akak tonton dalam video yang di hantar dari seorang rakan Whatssap akak. Video ustazah Norhafizah Musa menceritakan bagaimana beliau bertemu seorang doktor pakar wanita, dari doktor tersebut lah ustazah mendapatkan tips menjaga kesihatan mengikut sunnah dan beliau sudi berkongsi tips tersebut..
kalau nak tonton video tu panjang sangat, jadi akak catitkan yang ringkas saja..

so..inilah menu kita pagi ini..:)
minum 1 sudu minyak zaitun setiap pagi semasa bangun tidor..

minyak zaitun tu tak semestinya jenama ini..kebetulan saja..
 
beberapa perkara yang harus di buat bila bangun dari tidur..
  • minum air suam
  • minum 1 sudu minyak zaitun
  • minum 2 sudu besar pati delima, tak kira jenama apa..
  • campurkan 1 sudu madu, habatusauda, minyak kelapa dara, bancuh dalam airsuam dan masukkan beberapa helai za'faran
  • biarkan perut berehat selama 1 1/2 hingga 2 jam baru boleh makan
  • minum cuka makan. ejaan akak tak pasti..tapi di sebut KHAL sejenis cuka arab
  • kunyah kulit kayu manis sebagai makanan ringan.  
       selamat mengamalkan penjagaan kesihatan mengikut sunnah..

16 comments:

  1. Terima kasih KY berkongsi tips kesihatan.....Nak kunyah kayu manis tu yg maleh tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ada kunyah juga..tapi tulah rasa kayu, tak lalu nak mkn..huhu

      Delete