18/06/2016

Halalan Toyyiba

As Salam..
Salam ramadhan kareem..
menu iftar ke11..
Semenjak kebelakangan ini..akak memang tak/kurangkan makan ayam. akak lebih suka mkn makanan laut, daging dan telor. setiap kali nampak masakkan ayam..terutama masakkan orang lain..tak kiralah dirumah kenduri atau di kedai makan..akak akan rasa loya. dan tekak dah tak boleh terima. semuanya kerana viral tentang pengendalian memproses ayam yang di ragui. 
alhamdhulillah.. akak dah dapat satu tempat menjual ayam yang di jamin halal. Selain Az Zain ada satu tempat di Shah Alam ini. Ayam yang di ternak sendiri dan di proses sendiri olih orang Melayu/Islam. memang rasa yakin 100%.
yoklah.. kita pelan2 membuat satu pendekatan.. mencari yang halalan toyyiba.. 
mencari yang halal itu fardhu..
 


selalunya anak akak selepas makan ayam..akan rasa gatal2..disebabkan alergik.
alhamdhulillah..selepas makan ayam kampung tak gatal lagi..

 badak berendam..
cerita badak berendam ada di sini..

tumis buncis dan taugeh.. 
 
ulang masak kali ke4 dah..hehe



17/06/2016

Menu Iftar 1437H

As salam..
salam ramadhan kareem.. 
Serius kata.. sejak melihat viral makanan yang di jual di bazar ramadhan yang sangat meloyakan, tambahan pula bila membaca status ustaz2 yang tidak mengalakkan memakan makanan yang di masak olih orang2 yang di ragui tentang ibadahnya..maka ky membuat keputusan untuk memasak sendiri makanan buat juadah berbuka puasa..
dulu2 tak kisah pun..main beli saja. tapi biarlah lambat sikit sedar..daripada tak sedar2..ye dak..hehe
kalau nak beli pun..pergi ke gerai yang di percayai sahaja..
olih kerana terajin memasak..alaa masak yang simple2 jer. KY ni kan dah kilauan emas mana betah duduk dapur lama2! dua jam kat dapur dah rasa letih dan boring..hahaha
 moh nengok! KY menepek gambar masakan feveret KY untuk musim ini. ada juga yang tak sempat berposing..
KY tau.. takkan ada orang terliur punya..
jeling2 pun belum tentu lagi..hihi


 


 menu yang dah 2x membuatnya..air nenas dan sambal asam cicah ikan bakar..


 kueh ketayap.. cencaru masak lemak dgn belimbing buluh dan ketam telor masin..
 sambal kering bilis + petai dah 3x memasaknya..
 cendawan goreng tempura..

 sup ikan merah..

 sotong + cendawan masak lemak..

 sotong goreng tempura..

 masak lemak labu kuning, bubur chacha, kembong dan pari terlajak bakar dlm kuali..hihihi
semua menu buat ingatan sendiri..manalah tahu tetiba takde idea nak masak apa..bolehlah rujuk2 gambar masakan sendiri..



15/06/2016

Air Nenas Lemon Yang Sedap..

As salam..
Salam ramadhan.. 
Air nenas sudah menjadi hidangan minuman tradisi KY sekeluarga bila time bulan puasa.
Dulu pernah cuba tak buat..baru beberapa hari puasa..dah ada permintaan. Tak puas berbuka puasa tanpa minuman air nenas yang dikatakan sedap itu @ mengikut selera KY, En. papa dan anak2 jer :)
Semalam..sedang Oya membancuh air nenas untuk berbuka puasa..KY terpandang sebiji buah lemon dalam petiais. KY potong beberapa keping lemon dan mencampurkannya kedalam bekas minuman tersebut. Oya kata.."sedap ke air ni nanti ?
'alah..kita tunggulaa waktu berbuka nanti..kita try n error ler..
keputusannya...
 sangat menyegarkan anak tekak nan kering ..

nenas + lemon
senang saja resepinya..
sebiji nenas dipotong dadu..2 liter air..sehelai daun pandan..1kg gula pasir..secubit garam..sedikit pewarna kuning.
masuk sekali dalam petiuk dan masak sampai gula cair dan nenas masak bertukar warna menjadi lebih kuning..

belum masak..




sudah masak..
yang ini air nenas lebih jernih kerana KY guna gula pasir..

untuk air lebih keroh dan cantik kejadiannya di mata KY..akak guna gula ising.
stok lama air nenas dah nak habis..ganti stok baru yang baru KY masak sekejap tadi..
jika teringin..selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..