28/05/2014

kueh keria keledek oren

As salaam..
tetiba teringin nak makan kueh keria..
beli keledek oren lebih murah harganya..
selalu guna keledek putih lembik jadinya..
bila guna keledek oren sangatlah sedapnya..heeeee
cara buat akak main taram jer..tak ikut sangat resepinya. ikut jer cara apa yang emak akak pernah buat..
tapi kalau nak resepinya ada akak copy paste dari blog Masam Manis. baliau pun copy dari blog Kak Wan..



KUIH KERIA
By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk.

Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut
 

19/05/2014

Ketam Telor Masin

As salam..
Minggu menaikkan kolestrol dalam badan..hihi
Orang tua tua dulu kata..kalau nak makan ketam pilihlah waktu bulan menaik. Maksudnya waktu bulan naik mengambang penuh..antara 10hb kalender Islam/melayu ke atas. Sampai bila tarikh luput bulan mengambang tu.. tak pulak di beritahu...
ini hanya petua orang dulu2..
kalau nak tahu petua tu betul ke tidak..tak salah kita mencubanya kan? 


kisahnya..sempena menyambut hari ibu minggu lepas..anak anak belanja makan seafood.
salah satu menunya ketam telor masin. tersangatlah sedapnya sehingga menjilat tapak tangan. isi ketam penuh padat sampai kaki2 ketam pun kena makan  licin licau..

akak pun mengoggle resepi ketam masak telur masin..
hasilnya..pergi ke blog
 http://qaseyhoney.blogspot.com/2013/03/ketam-goreng-telur-masin.html 
dan akak pun C&P ajer.. 

Sebelum ini.. pernah juga masak kat sini ...

ketam goreng telur masin
Bahan-bahan:-
·                     3 ekor ketam bunga
·                     10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
·                     2 tangkai daun kari
·                     3 sudu besar butter
·                     5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
·                     2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah) 
·                     1 sudu kecil gula
·                     3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
·                     2 biji bawang putih - di ketuk
·                     3 sudu besar tepung jagung
·                     garam
·                     serbuk lada sulah secukupnya
·                     minyak masak untuk menggoreng

Caranya
1.        rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2.        bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3.        goreng deep fried - asingkan
4.        panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5.        masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6.        Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya. (susu QH gantikan dengan santan)
7.        Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.
       Selamat mencuba ye..