13/09/2014

Spaghetti Aglio Olio.


Assalaam..
Sejak kebelakangan ini KY rajin memasak Spaghetti Aglio Olio.

Bukan kerana nak bertukar selera dari selere kampung ke selera western, tapi sebab mudah menyediakannya. lagi pun semua penghuni rumah sukakannya.. 
tunggu saat ehh..akak share resepi sesuka hati KY..

selalu guna spaghetti biasa tu..macam macam jenama adakan. hari ni bila KY selongkar stor makanan terjumpa pasta gelong ni.
ini pun boleh juga..KY yang nak masak dia ..bukan dia yang nak masak KY. suka hati  KY lh nak mengadunnya..janji sedap..hehe
memula rebus lah pasta tu macam biasa..bubuh minyak sedikit supaya tak melekat sesama dia, KY suka bubuh garam sikit..bila makan nanti taklah pasta tu tawar hebeh..hehe
sediakan selabu bawang besar, yang kuning boleh, yang merah pun boleh. potong dadu kecil atau dicincang.
2 ulas bawang putih sederhana besar di cincang juga.
udang secawan, sutong secawan * kali ni sotong takde dalam stok jadi akak guna sosej ramli buger. akak ni kalau nak makan sosej,  rasa terjamin dengan produk keluaran ramli burger jer*
sosej di potong ikut suka pastu rebus dulu. kalau nak masak camtu jer pun boleh..tapi akak rasa tak yakin dia akan masak sempurna..sebab masak pasta ni sekejap jer.golek-golek dah angkat.
 
sedikit capsikam hijau dan merah.selalu tak bubuh pun, tapi ada belen sikit dalam peti ais tu, daripada layu baik KY bubuh jer dalam tu..
tak mengubah rasanya pun..
cili sos agak2lah..
sedikit perencah maggie secukup rasa..
sedikit serbuk lada hitam..
cili flake. kalau dah takde boleh jer gunting cili kering kecik-kecik..
minyak zaiton secukupnya untuk menumis..
sedikit air..
 

panaskan minyak zaiton..tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
masukan cili sos kemudian air
masukan sotong, udang dan semua bahan lain. kacau sampai masak, rasa garamnya.
last masukan pasta dan  cili plake. golek-golek angkat..
senangkan..20 minit siap..