20/01/2011

meehoon goreng

Salam..
Selalu jadi camni. Bila akak teringat nak makan sesuatu..pasti papa balik bawak makanan tu...takpun dia ajak gi keluar makan.
Ini terjadi pagi tadi. Teringat nak makan mee hoon goreng. Masak aje apa2 bahan yang ada kat rmh. Tup2..bila papa balik..dia bawak balik meehoon goreng. Cuma kaler aje lain2..siapa nak makan tu..banyak sangat..akak sesorang aje kat rumah ni..heheh


12/01/2011

asam rebus ikan tengiri

Hari ini cuaca agak panas..selepas beberapa hari redup dan mendung serta hujan renyai2.
Hari ini kakyon masak asam rebus ikan tenggiri..kenalah dngan cuaca yang panas..berselera sangat sampai hirup2 kuah sampai habis..

gambar ni minggu lepas punya..


bahannya..
  • 2 keping ikan tenggiri
  • beberapa biji kacang bendi
  • 1 labu bawang besar
  • 1inci lalia muda
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • sehelai daun kunyit di siat2
  • 1 btg serai di titik
Caranya..
Bersihkan ikan seperti biasa. Bendi di potong hujung dan pangkalnya. Cili merah, bawang putih , halia dan kunyit di blender lumat. Bawang besar di mayang halus.
Masukan ikan dalam periuk. masukan juga bahan yang di blender, bawang, bahan-bahan lain dan garam. masak sehingga mendidih dan masukan bendi. masakla.. sehingga ikan cukup masak.

04/01/2011

yon's cookies

Bestnya kalau dapat setiap hari duduk rumah..takde apa-apa urusan. Boleh lepak-lepak..sambil buat apa yang kita suka kan..
Dah terlebih rajin laa nie..tak raya pun akak buat cookies. Bahan dah sedia ada..beli masa nak kenduri kawin hari tu...ada balen lagi..so kasi perabih laa. Senang  nak kemas kabinet stock barang dapur..lapang sikit..hehehe




Percubaan pertama buat Pudding Triffle

Sudah lama kakyon teringin nak makan pudding Triffle. Tapi tak berkesempatan nak membuatnya..kena tunggu anak-anak semua berkumpul baru boleh buat..kalau tak, takde sapa nak makan..akak jugak yang jadi tong sampahnya..
Bila anak akak ajak makan - makan kat rumahnya..tergerak hati nak mencuba resepi ini. dalam pencarian resepi di tenet..terklik blog ini ..
Terimakasih My Precious Life..akak copypaste resepinya ye..





Bahan-Bahan:

Swiss roll / kek coklat / kek buah (MJ guna kek coklat)
- akak guna kek strowberry..itu aja yg ada..
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
- akak guna 1 tin susu ideal
2 gelas air
- akak guna 11/2 tin air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotak serbuk jeli
- akak guna agar2 biasa..serbuk jelly takde

1. Potong kek dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
- air buah kak masak dlm agar-agar

3. Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla [atas darat,meaning kacau dahulu dalam periuk baru di masak atas api].
Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.
- akak curahkan sebahagian agar-agar keatas kek..cukup utk basahkan kek saja.. 
Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

Cara masak agar-agar biasa ( stripe )
- satu bahagian agar-agar..kak guna cawan ( potong/gunting agar-agar kecil-kecil..sukat dlm cawan)
- 4 bahagian air..guna cawan yg sama..termasuk air buahan koktail.
-1/2 cawan gula atau ikut suka.
Masak seperti biasa..
selamat mencuba..

02/01/2011

tepek gambar aje

Salam pagi minggu..
Sudah agak lama tidak menghupdate blog masak-masak akak nii. Jom ler layan gambar-gambar yang sempat akak ambik, tapi tak sempat nak di tepek..selama akak tak dapat bersiaran..






Inilah daging rusa yang akak masak.goreng berempah macam sate, tapi liatlah...
Kalau masak kari atau rendang  ok kut..boleh masak lama..jadi lembut.
pestaim masak..hehe