26/04/2011

putu mayam ke..putu mayom..

Salam..

Petang-petang duduk berehat kat pangkin @17..lalu pulak mamak jual putu mayam. Lama dah tak makan makanan ini. Teringatkan Oya n Dhani yang suka sangat makan putu mayam. akak pun suka juga.

Teringat satu peristiwa agak lucu masa anak-anak kecik dulu. Disebabkan malas nak malayan kerenah anak kerana kepenatan baru balik dari kerja..anak meminta dibelikan putu mayam yang lalu depan rumah. Baru nak panggil..mamak tu dah beredar laju dengan motor cyclenya. Bila lihat anak menangis nakkan putu mayam juga..tetiba dapat satu idea...

ok..ok..nanti ibu masak putu mayam ye!! bukan susah sangat nak bagi budak diam..hehe
akak celorkan meehoon sampai lembut..gaulkan dengan gula merah dan kelapa parut..siap! putu mayom satu!...hehehe
tak susah kan..


25/04/2011

kueh keria

Salam..
Petang ni duduk sesorang kat rumah rasa sunyi pulak. Bila rasa sunyi mulalah..ada saje benda yang tak kena dan mulalah nak buat sesuatu. Kalau dah takde benda yang nak di buat..mulut ni mulalah rasa nak mengunyah aje. Jengok kat dapor ada plak belen keledek 2 ketui lebihan masak hari itu..
Jadilah..cukup untuk buat beberapa keping kueh keria keledek. akak lebih suka gulanya di sira dari di tabur saja macam donut. Inilah yang membezakan antara kueh keria dan donut.


21/04/2011

capati,nescafe

Boleh pandang pandang..jangan pegang pegang..
Jemput minum.. nescafe ngan capati aje..mamak mari..hihih


19/04/2011

masak lemak jantung pisang..

Tertunai sudah hasrat di hati nak masak jantung pisang.Intro seakan tajuk kakina kl pulak. Semalam sembang dengan Inna kt FB..pasal nak masak jantung pisang. Sejak kebelakangan ini selera akak lebih kepada masakan kampung aje. sesekali makan memang sedapkan..
Resepi main agak2 aje..ikut banyak mana tangan ni capai bahan dan ikut gerak rasa hati..hihhi




bahannya..

2 biji jantung pisang
4-5 bawang kecil
sedikit kunyit hidup
1 cmt ketumbar
1/2 jintan kasar
1/2 jintan kecil
segengam ikan bilis
1 biji cili merah
4 biji cili api
sehelai daun kunyit.
santan secukupnya.
caranya..
Buang lapisan kulit jantung..sampai nampak semuanya putih. hiris nipis-nipis dan rendam dengan air garam untuk hilangkan getahnya. biarkan terendam sekejap dan basuh sampai  airnya basuhannya jernih.

Semua bahan di tumbuk lumat. ikan bilis di tumbuk separa lumat. cili merah di potong. masukan semua bahan dalam periuk dan  masaklah hingga masak. last sekali masukan cili merah dan daun kunyit. jangan lupa garam dan perasa..

17/04/2011

begedel

Semalam..tetiba saja teringin sangat nak makan begedil daging. Daging pulak takde. Tapi tekak ni dah terasa sangat nak makan.Apa nak buat..ambil aje daging buger..hancurkan dalam kuali..biar masak. Campur bersama kentang..digoreng dulu, bawang merah dan putih digoreng, lada sulah, daun bawang, garam dan perasa.Tumbuk hingga lumat dan gaul mesra, bulat2kan..celup dlm telur yang di pukul bersama sedikit garam dan goreng hingga kekuningan.


masak lemak pucuk turi

Lama betul akak tak makan sayur turi..
Minggu lepas balik kekampung.Selalunya kalau balik kampung..akak banyak habiskan masa duduk saje dlm rumah..sembang-sembang dengan emak..pastu leka bergosip-gosip. Kali ni balik kampung terajin pulak jengah-jengah dari serambi menghala ke belakang rumah. ternampak pulak ada sebatang pokok turi ( ada orang panggil pokok geti..mana2 ajelah )sedang tumbuh subur.


ek eeey..ada daun turi ar...lama tak makan..masak lemak ngan keledek sedapnya! akak cakap sensorang sebenarnya. Nak gi ambik..rasa malas nak redah semak2 tu. Nak suruh papa, hurmmm..orang pekanlah katakan..mana tahu buat benda-benda cam gitu.

Bila petang, siap2 nak balik, tengok dah ada pucuk turi kat atas serambi rumah. Bila kala emak petikkan pun tak perasaan. Alhamdhulillah..selamat sampai ke Shah Alam dan selamat di masak dan di makan..

16/04/2011

sotong kacang panjang

Masakan ini dah jadi feberet adik. Masakan ringkas dan mudah tapi sedap.Kiranya 2 in 1 laa.Sayur dan lauk sekali masak. jimat masa dan tenaga..dah tentu jimat gas..hehe





15/04/2011

Sambal halia tumbuk

Menu makanan ini kakyon buat semalam. Nama masakan ( tak pasti nama sebenarnya apa..kakyon saja namakan sambal halia tumbuk ) Tetiba teringat dulu..masa kakyon dalam pantang bersalin..emak kakyon selalu buatkan sambal ini..untuk buang angin dalam badan katanya. Walaupun tak berpantang lagi..sesekali kakyon buat juga..untuk buang angin dalam badan. Camtulah cara orang dulu-dulu memanfaatkan herba di sekeliling mereka untuk mencegah dan merawat penyakit. Alternetif sekarang..minum saja 'eno halia' .


caranya senang saja...
1 bahagian halia muda
1 bahagian ikan bilis putih ( goreng garing )
sedikit garam

Semuanya di tumbuk bersama hingga lumat dan terus di hidang bersama nasi panas-panas. memang terbuka selera..

05/04/2011

ketam masam manis


Salam dan selamat sejahtera.
Suka tak makan ketam? kepada sesiapa yang suka makan tu..jangan terliur ye tengok gambar ni.Buat tatapan mata aje..masakan akak ni.Kalau nak makan..boleh laa datang rumah..hehe
Ketam masak masam manis.resepi ini bukan saja untuk masak ketam..masak siput sedut pun sodap.


resepinya..
2 ekor ketam( masak 2 ekor saja utk 2 org..yg sorang lagi tak makan ketam)
3-4 biji cili merah(kalau nak pedas tambah cili api)
4-5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
sebesar ibu jari kunyit hidup
sebatang serai( dititik )
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tomato sos
1/2 sudu besar gula( ikut suka )
1 cawan air ( ikut keperluan )
garam dan perasa secukup rasa.


caranya..
Semua bahan di tumbuk lumat. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di tumbuk, masukan serai.Tumis hingga berbau wangi. Masukkan sos tiram dan sos tomato.Tambah air dan masukan ketam, garam dan gula. Balik-balikkan sehingga masak. Kalau suka..bila sudah cukup rasa masam, manis, masinnya..pecahkan telor kacau hingga masak.( tapi akak tak tarok pun..)



04/04/2011

sambal petai tempe

Salam sejahtera..semuga sihat semuanya..
Pernah makan sambal yang macam dalam gambar ni? Sambal ni biasa aje..bagi orang kampung macam akak. Tapi..mungkin pelek sikit bagi orang bandar kut. Tak kisahlah tu kan.Janji sedap.
Jom layan resepinya..pastu cuba ye..: )



bahannya:-
sekeping tempe ukuran biasa di potong kecil2 ( kalau suka biar beberapa hari..cam rasa dah nak busuk..tapi belum busuk)
segengam cili api..kalau tak suka pedas kurangkan.
segenggam ikan bilis ( akak guna ikan bilis putih )
beberapa keping petai buang kulit
beberapa bijik bawang merah
seulas bawang putih
garam..sedikit gula dan perasa.

caranya..
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih. Basuh ikan bilis dan tumbuk separuh lumat. Dalam kuali masukan secukup minyak untuk menumis . Masukan ikan bilis biar sedikit garing..pastu masukan cili. tumis sampai masak cili. Pastu masukan tempe..kacau sampai sedikit hancur, masukan sedikit air agak2 tengelam tempe. biarkan atas api sampai sedikit kering dan masukan petai. Masukan garam, gula dan perasa. biarkan kering dan angkat. makan dengan nasi yg masih panas dan lembik sikit. pergh! sodap! tak caya cuba ar..