22/09/2010

ayam panggang madu

Lepas raya aje..dapor pun kurang berasap. Mana tidaknya..terjah rumah sedara mara..belum lagi open house sana sini.Kura-kura panjat dinding ler jawabnya..
Hari ini baru rajin nak masak. Masak sup ayam kosong tanpa kentang ( kentang dah habis )..sambal kicap..ikan kurau masin. Nak goreng ayam, malas pulak..nanti minyak merecik..baru kemas dapor yang tonggang langgang selepas raya. Oya kata ..panggang aje.! Oklah.. panggang pun pangganglah..

bahannya..
5  ketul ayam ( dalam gambar ada 4 aje kan..seketul dah kena sambar )
1 inchi halia
1 ulas bawang putih
sesudu madu
sesudu kicap manis
sesudu serbuk lada hitam
secukup garam
sedikit perasa

Caranya..
Tumbuk semua bahan sampai lumat dan lumurkan pada ayam. Perapkan sekejap. Pastu bakar dalam oven.
Selamat mencuba.. 


13/09/2010

kek pelangi kampong

Masa nak raya tak sempat pun nak buat kek.Lepas raya baru nak buat.Inilah kek pelangi Kampungku. kurang manis kurang minyak..

06/09/2010

Rendang Satu Malaysia

Salam semua..
Cuma beberapa hari sahaja lagi..seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.
dah bersiap2 nak masak apa menyambut pagi raya nanti? kakyon nak share resepi rendang yang kakyon wajib masak setiap tahun. Mulanya rendang ni kakyon namakan rendang 4 rasa atau 4 jenis.Sekarang nie..kakyon nak  namakan rendang 1malaysia..sebab semua ada.. dalam satu rendang...
Dulu janji nak bagi inna resepi nie..setahun baru dapat ye inna. Yelah.. bila raya baru nak buat.
 
Ini belum berapa kering.Kakyon masak awal..simpan dlm freezer..bila nak makan keluarkan kacau sampai kering. kalau malas lagi.defross pastu reheat.

bahan2nya..
- 2 kg daging
- 1kg hati
- 1 kg limpa
- 1kg paru
- 9-10 biji santan kelapa
- 300 grm cili kering
- cili api ikut suka pedas
- 1kg bawang besar
- bawang kecil ikut suka,tak tarok pun takpe
- 3-4 labu bawang putih
- 1/2 kg halia muda
- seketul lengkuas
- 30 batang serai di titik
- 10 batang serai di blend
- 3 helai daun kunyit
- 1 cawan kicap manis
- daun limau purut secukupnya
- 4 keping asam keping
caranya..
a.. semua daging dan lain2 di potong kecil2..ikut suka. Kakyon potong setiap daging lain2 bentuknya..senang nak pilih bila makan. Contoh..daging  potong memanjang sikit. hati potong serong..limpa potong patsegi..paru potong dempak..heheh. kenapa kakyon potong macamtu? sbb orang kat rumah ni..selera tak sama..ada yag suka paru..ada yang suka hati..jadi senang diaorg nak pilih nanti..tengok bentuk aje..
bersihkan dan toskan sampai kering darah nya..
b. semua bahan di blend..kecuali serai, daun kunyit, asam keping, daun limau.
 * untuk mengelakan air jangan banyak sangat..selepas blend bahan.. tapis airnya. gunakan air tapisan untuk memblend lagi bahan lain.
c. masukan semua bahan blend, serai yang dititik dan semua daging kedalam  kuali..kalau rasa macam tak cukup air boleh tambah. kacau sampai masak dan pekat. pastu masukan daun limau, daun kunyit, asam keping, kicap dan garam dan sdikit gula. Masak sampai betul2 kering dan bertukar kaler hitam.
* nak cepat kering..kakyon pindahkan kekuali kecik. kacau sampai habis. Agak2 paham ye..
selamat mencuba..


 

sambal ayam berempah..tumis peria katak

Menu hari nie..sambal ayam berempah..resepi ada kat sini



tumis peria katak. hasil tanaman sendiri tau..tak caya tengok kat bawah ni..

Fresh dari kebun..hehhe

kebun belakang rumah aje..tengok buah ada banyak lagi belum petik.sari dua lagi, kutip hasil lagi.. banyak2 nie nak bagi sapa ekk?

04/09/2010

sup tulang, kari ikan masin

Dah nak habis puasa, baru teringat nak makan sup tulang.
Papa kata.. nanti dia nak beli kat pasar ramadhan.
Pilih yang sedap2 tau!!
EH! tak rasa..mana nak tau sedap ke tidak??
Alaa~ pilih lah~ yang tengok macam berselera ajer!
 kla~ klah~ nanti papa beli!


Kat petiais ada ikan kurau masin, bende, tomato dan bahan-bahan keperluan lain. Jadilah..hari ini masak kari ikan kurau masin..perghh ! masak nasik pulak lembik2 sikit..tak sedar..tambah nasik 2 pinggan..