07/02/2009

lempeng ubi

Teringat masa kecik2 dulu...ubikayu dah jadi macam makanan utama orang2 kampung macam aku. Sesiapa yang membesar dalam tahun 60an..tentu masih ingat keadaan masa tu..selain nasi yang menjadi makanan utama..ubikayulah yang menjadi penganti apabila kehabisan beras.Ubikayu dijadikan pelbagai jenis juadah yang menyelerakan.maklumlah waktu itu tiada makanan lain.nama2 jenis juadah seperti..lepat ubi,pengat ubi,getok ubi,talam ubi..dll.Tapi yg paling kerap menjadi hidangan keluarga ialah..ubi rebus, cicah sambal tumis atau pun makan dengan ikan masin.Kalau rajin sikit..buat lempeng.

Cakap pasal lempeng ubi ni..aku memang suka makan lempeng ubi ni....cicah dengan sambal tumis atau kuah kari...yum yum yum.

Olih kerana teringat nak makan lempeng..pagi tadi pergi bersarapan di restoran Azira seksyen 10.Ada lempeng pisang,kelapa dan ubi...

Lempeng ubi...




...Lempeng kelapa.

No comments:

Post a Comment