23/01/2010

udang masak tempoyak,ayam sos tiram bermadu

Minggu lepas makan durian lagi..ada sebiji tak berapa elok.Mintak kat apek tu..dari di buang, baik ambik.Sampai rumah buat tempoyak.

Inilah menu hari ni..masak udang dengan tempoyak yang di buat sendiri.Tak terkata sedapnya..bau aroma tempoyak dan daun kunyit tu..

Ayam masak sos tiram dan madu..resepi campak2 aje.
ayam potong kecil2 dan goreng sperti biasa.
cili bengala,daun sup,bawang besar potong bulat,lada hitam,bawang putih,madu,tepung jagung dan sos tiram.
Tumis bawang putih dan lada hitam yang di tumbuk lumat.tumis sampai wangi..masukan air agak2 cukup untuk ayam.masukan sos tiram,madu secukupnya.masukan bancuhan tepung jagung dan kacau.tarok garam secukup rasa.agak2 dah ok..masukan ayam,cili,bawang dan daun sup.

No comments:

Post a Comment

ping