Salam..
Hari ini cuaca kat sini panas sangat.Walau pun pagi tadi semasa jogging dah hujan renyai-renyai..rupanya tak jadi hujan.Lepas masak..rasa dahaga sangat...walau pun banyak minum air masak..tetap tak hilang dahaga ni.Apa ubat nak hilangkan dahaga ni ek? jom kita tengok apa yang ada kat aisbox kakyon ni.Nak buat sesuatu benda yang boleh menyegarkan tekak yang kering ni..
yang ada..
- buah betik..guna 1/4 bijik aje }masih mengkal..
- mangga }kalau yg masak ranum..lagi sedap.
- oren..yg ni pulak dah nak x fayed
- sumi-sumi ni dapat dari rumah orang kenduri..takde sape nak makan..kumpul dalam aisbox
- sirap
- aiskrim soda
- asam boy
Sebiji oren blend tapis ambik airnya.Semua buah-buahan potong dadu.Masuk dlm bekas..campurkan jus oren,sirap secukup rasa manisnya,aiskrim soda dan semua bahan.Kacau rata dan tambah ais kiub.Biarkan sekejap..dan boleh di minum.Seger..kata orang jawa..barulah berselera nak makan.Hari ini masak simple aje..goreng ikan kerisi,sayur lemak kobis dan sambal ikan bilis. Jom makan..selera kampung aje ni..
31/03/2010
27/03/2010
Menyejukkan tekak..
resepinya..
satu tin buah longan
satu cawan aiskrim soda
sirap secukup rasa
beberapa ketul ais kiub
sluuurppp..
satu tin buah longan
satu cawan aiskrim soda
sirap secukup rasa
beberapa ketul ais kiub
sluuurppp..
26/03/2010
sambal udang petai
Menu semalam..sambal udang petai.Kak lebih suka guna cili merah dari cili kering..
17/03/2010
14/03/2010
sambal siakap
Salam dan selamat malam teman semua..
Agak lama juga dapor kakyon tak berasap ni.Asik sibuk aje dengan berbagai urusan.Main beli lauk aje kat kedai.Hari ni baru ada masa nak masak.Menu pilihan...sambal ikan siakap.Kawan-kawan semua tahukan nak masak sambal...:)
Agak lama juga dapor kakyon tak berasap ni.Asik sibuk aje dengan berbagai urusan.Main beli lauk aje kat kedai.Hari ni baru ada masa nak masak.Menu pilihan...sambal ikan siakap.Kawan-kawan semua tahukan nak masak sambal...:)
13/03/2010
buger aiskrim
Adake aiskrim burger? ada nih! Nak tau sedapke tidak, bergantung pada perasa aiskrimnya.Yang kakyon buat ni..perasa vanila dan tiramisu. Itu aje yang ada dalam aisbok.Cuaca panas2 ni layan aje benda yang menyejukan..
11/03/2010
Tumis udang
Musim panas ni..tak berapa selera nak makan.Asik masak sup/bening aje..jemu jugak.Masak tumis udang ni..boleh buka selera jugak..
bekpes pagi tadi..capati segera dan daging dendeng berkat dari kenduri
09/03/2010
02/03/2010
Subscribe to:
Posts (Atom)