Salam..
Hari ini cuaca kat sini panas sangat.Walau pun pagi tadi semasa jogging dah hujan renyai-renyai..rupanya tak jadi hujan.Lepas masak..rasa dahaga sangat...walau pun banyak minum air masak..tetap tak hilang dahaga ni.Apa ubat nak hilangkan dahaga ni ek? jom kita tengok apa yang ada kat aisbox kakyon ni.Nak buat sesuatu benda yang boleh menyegarkan tekak yang kering ni..
yang ada..
- buah betik..guna 1/4 bijik aje }masih mengkal..
- mangga }kalau yg masak ranum..lagi sedap.
- oren..yg ni pulak dah nak x fayed
- sumi-sumi ni dapat dari rumah orang kenduri..takde sape nak makan..kumpul dalam aisbox
- sirap
- aiskrim soda
- asam boy
Sebiji oren blend tapis ambik airnya.Semua buah-buahan potong dadu.Masuk dlm bekas..campurkan jus oren,sirap secukup rasa manisnya,aiskrim soda dan semua bahan.Kacau rata dan tambah ais kiub.Biarkan sekejap..dan boleh di minum.Seger..kata orang jawa..barulah berselera nak makan.Hari ini masak simple aje..goreng ikan kerisi,sayur lemak kobis dan sambal ikan bilis. Jom makan..selera kampung aje ni..
No comments:
Post a Comment