19/08/2010

Khasiat terung

Semalamnya menu tak sempat nak berposing.Masak pun dah last2 minit.Kamera womennya sibuk.. dah start makan baru teringat, menunya belum berposing lagi..hehe

Hari ini lauk beli aje.kat mana lagi..kalau bukan kat restoran azira seksyen10, shah alam.Restoran feveret kami..makan tengahari..kalau bukan bulan puasa.Masakannya sedap2..kena dengan selera kami. Jadi takdelah menu show petang ni..

Sebagai ganti n3 hari ini..kakyon bagi info sikit..pasal khasiat buah terong ye..



Terung banyak digunakan di dalam pelbagai jenis masakan seperti kari, sambal dan sebagainya. Tanaman yang berasal daripada keluarga solanae ini di katakan mempunyai kandungan kalium yang bertindak meneutralkan kadar natrium dan memudahkan poses pembuangan air kencing. Malah terung juga di katakan mengandungi kombanasi di antara serat dengan terpernes, sejenis bahan oksidan yang dapat membantu mengurangi kadar hormon yang boleh menyebabkan beberapa jenis kanser. Olih itu, jangan lupa untuk memasukan terung di dalam diet seharian anda.

Teruskan mengikuti n3 seterusnya..salam sayang dari kakyon.

Sumber majalah midi.

No comments:

Post a Comment