24/08/2010

Pecah rekod sendiri

Assalamuaalaikum..selamat pagi selasa yang selesa..
Alhamdhulillah..dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Mood memasak dah berkobar-kobar menyala, macam obor piala dunia yang baru lepas. Perengkat awal macam takde mood aje nak masak..maklum rentak perut baru nak bermula. Sekarang ni.. rentak dah menjadi..takde masalah nak memukul gendang periuk dan kuali..hehhe.
Kakyon telah memecahkan rekod sendiri..tidak membeli lauk di kedai dan kebaazar ramadhan,Waima tidak membeli mee goreng untuk dimakan bersama nasi, seperti kebiasaan ramadhan yang lepas - lepas.
YAHOO!!..kakyon dah boleh lari dari kebiasaan itu.
Meh!! layan irama gendang yang kakyon palu petang semalam..


Menunya :-
- ikan kerisi goreng
- ikan kerisi masak lemak palembang
- tumisan sayur bayam
- agar2 gula merah
Papa beli :-
- cucur udang
- kueh ketayap
Alhamdhulillahh...semua habis..tiada pembaziran berlaku.Agar2 aje lupa nak makan..masa bersahur tadi baru makan. Masih berbaki lagi. Petang nanti ..tak payah nak masak  manisan buat pencuci mulut.


No comments:

Post a Comment

ping