Salam semua..
Cuma beberapa hari sahaja lagi..seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.
dah bersiap2 nak masak apa menyambut pagi raya nanti? kakyon nak share resepi rendang yang kakyon wajib masak setiap tahun. Mulanya rendang ni kakyon namakan rendang 4 rasa atau 4 jenis.Sekarang nie..kakyon nak namakan rendang 1malaysia..sebab semua ada.. dalam satu rendang...
Dulu janji nak bagi inna resepi nie..setahun baru dapat ye inna. Yelah.. bila raya baru nak buat.
Ini belum berapa kering.Kakyon masak awal..simpan dlm freezer..bila nak makan keluarkan kacau sampai kering. kalau malas lagi.defross pastu reheat.
bahan2nya..
- 2 kg daging
- 1kg hati
- 1 kg limpa
- 1kg paru
- 9-10 biji santan kelapa
- 300 grm cili kering
- cili api ikut suka pedas
- 1kg bawang besar
- bawang kecil ikut suka,tak tarok pun takpe
- 3-4 labu bawang putih
- 1/2 kg halia muda
- seketul lengkuas
- 30 batang serai di titik
- 10 batang serai di blend
- 3 helai daun kunyit
- 1 cawan kicap manis
- daun limau purut secukupnya
- 4 keping asam keping
caranya..
a.. semua daging dan lain2 di potong kecil2..ikut suka. Kakyon potong setiap daging lain2 bentuknya..senang nak pilih bila makan. Contoh..daging potong memanjang sikit. hati potong serong..limpa potong patsegi..paru potong dempak..heheh. kenapa kakyon potong macamtu? sbb orang kat rumah ni..selera tak sama..ada yag suka paru..ada yang suka hati..jadi senang diaorg nak pilih nanti..tengok bentuk aje..
bersihkan dan toskan sampai kering darah nya..
b. semua bahan di blend..kecuali serai, daun kunyit, asam keping, daun limau.
* untuk mengelakan air jangan banyak sangat..selepas blend bahan.. tapis airnya. gunakan air tapisan untuk memblend lagi bahan lain.
c. masukan semua bahan blend, serai yang dititik dan semua daging kedalam kuali..kalau rasa macam tak cukup air boleh tambah. kacau sampai masak dan pekat. pastu masukan daun limau, daun kunyit, asam keping, kicap dan garam dan sdikit gula. Masak sampai betul2 kering dan bertukar kaler hitam.
* nak cepat kering..kakyon pindahkan kekuali kecik. kacau sampai habis. Agak2 paham ye..
selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment