12/01/2011

asam rebus ikan tengiri

Hari ini cuaca agak panas..selepas beberapa hari redup dan mendung serta hujan renyai2.
Hari ini kakyon masak asam rebus ikan tenggiri..kenalah dngan cuaca yang panas..berselera sangat sampai hirup2 kuah sampai habis..

gambar ni minggu lepas punya..


bahannya..
  • 2 keping ikan tenggiri
  • beberapa biji kacang bendi
  • 1 labu bawang besar
  • 1inci lalia muda
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • sehelai daun kunyit di siat2
  • 1 btg serai di titik
Caranya..
Bersihkan ikan seperti biasa. Bendi di potong hujung dan pangkalnya. Cili merah, bawang putih , halia dan kunyit di blender lumat. Bawang besar di mayang halus.
Masukan ikan dalam periuk. masukan juga bahan yang di blender, bawang, bahan-bahan lain dan garam. masak sehingga mendidih dan masukan bendi. masakla.. sehingga ikan cukup masak.

No comments:

Post a Comment