15/04/2011

Sambal halia tumbuk

Menu makanan ini kakyon buat semalam. Nama masakan ( tak pasti nama sebenarnya apa..kakyon saja namakan sambal halia tumbuk ) Tetiba teringat dulu..masa kakyon dalam pantang bersalin..emak kakyon selalu buatkan sambal ini..untuk buang angin dalam badan katanya. Walaupun tak berpantang lagi..sesekali kakyon buat juga..untuk buang angin dalam badan. Camtulah cara orang dulu-dulu memanfaatkan herba di sekeliling mereka untuk mencegah dan merawat penyakit. Alternetif sekarang..minum saja 'eno halia' .


caranya senang saja...
1 bahagian halia muda
1 bahagian ikan bilis putih ( goreng garing )
sedikit garam

Semuanya di tumbuk bersama hingga lumat dan terus di hidang bersama nasi panas-panas. memang terbuka selera..

2 comments:

  1. assalamualaikum kak yon.
    sy suka sambal halia ni, kecurnya... kak yon apa kbr? mudah2an sihat.:))

    ReplyDelete
  2. w'kumsalam anis..
    sesekali sedapkan anis mkn camni.akak sihat..alhamdhulillah.:)

    ReplyDelete

ping