04/04/2011

sambal petai tempe

Salam sejahtera..semuga sihat semuanya..
Pernah makan sambal yang macam dalam gambar ni? Sambal ni biasa aje..bagi orang kampung macam akak. Tapi..mungkin pelek sikit bagi orang bandar kut. Tak kisahlah tu kan.Janji sedap.
Jom layan resepinya..pastu cuba ye..: )



bahannya:-
sekeping tempe ukuran biasa di potong kecil2 ( kalau suka biar beberapa hari..cam rasa dah nak busuk..tapi belum busuk)
segengam cili api..kalau tak suka pedas kurangkan.
segenggam ikan bilis ( akak guna ikan bilis putih )
beberapa keping petai buang kulit
beberapa bijik bawang merah
seulas bawang putih
garam..sedikit gula dan perasa.

caranya..
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih. Basuh ikan bilis dan tumbuk separuh lumat. Dalam kuali masukan secukup minyak untuk menumis . Masukan ikan bilis biar sedikit garing..pastu masukan cili. tumis sampai masak cili. Pastu masukan tempe..kacau sampai sedikit hancur, masukan sedikit air agak2 tengelam tempe. biarkan atas api sampai sedikit kering dan masukan petai. Masukan garam, gula dan perasa. biarkan kering dan angkat. makan dengan nasi yg masih panas dan lembik sikit. pergh! sodap! tak caya cuba ar..

2 comments:

  1. mesti sedap lauk tempe petai ni kan.. kena ngan nasi panas...fuh..tak dapat dibayangkan..sedap, sedap !! kecur air liur tengok

    ReplyDelete
  2. cendana..
    kesian cendana..sampai kecur air liur.jangan kempunan sudah.;)

    ReplyDelete

ping