Tahun ini t kami bertiga sahaja di rumah ini menyambut ramadhan. Ai sudah memulakan kehidupan berkeluarga dan tinggal di rumah sendiri. Mood memasak dan membeli pun belum datang lagi. layan ajelah apa yang akk masak untuk sajian berbuka puasa kali ini..
Hari pertama..sebenarnya bila usia dah meningkat ni..juadah berbuka dah mcm dah tak penting sangat. Asal ada makanan yang kita suka dah kira ok. Cuma nak layan selera anak gadisku saja..apa yang dia nak makan. Tahun ini saja kami boleh berpuasa sesama. InsyaAllah tahun depan..kalau panjang umur akk boleh berpuasa bersama tapi dia sudah menjadi milik orang. Belum tentu dapat merasainya seperti tahun ini, dan tahun sebelumnya...
hari pertama masak tomyam bodobodo..heheh.guna pes readymade..hehe.udang goreng tepung pun tak menjadi, tengiri goreng dan tumis sawi putih..
pencuci mulut..tembikai, strowberry.. beli kat CH ari tu banyak, kueh apa nama tu tepung pelita!..papa beli. pengat keledek akk masak.
kurma sofiea dari yusuf tayoob..sumbangan dari Am. temekasih Am. friends4ever..
aha sedaplah tu kakyon..mama masak lagi simple je tau..hu2x..
ReplyDeletemama,
ReplyDeletesimple juga tu mama..