01/08/2011

sepetang sebelum menyambut puasa..

Salam,
Panjangnya tajuk..suka suki aje nak bubuh takuk apa..
Seperti biasa.. sama seperti tahun2 sebelumnya..petang sebelum menyambut puasa kami akan berkumpul anak beranak, buat makan2. Kalau orang N9 kata mantai...sampai tumbanglah sekor kerbau/lembu. Tapi keluarga akk takat tumbang 2 ekor ayam pun dah cukup.
Kali ini ada lain sikit..anak2 bawa makanan masakan mereka sendiri. Suka sangat..semuga anak-anak akk mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka..Amiin..

masakan akk yang anak2 suka makan.
kek keremel oder dari nane.sedap sangat..semua sukakannnya. lain kali boleh oder lagi dari nane..
 rendang ayam..

 sambal / kuah kacang. sambal tumis akk masak juga..sedap makan dengan nasi empet..

Nadiah bawak dua jenis pizza dan pudding.. lupa tanya nama dia apa. dlm dia ada biskut dan pisang..sedap sangat ..




Nora bawa laksa dan ubi rebus dgn sambal tumis ( feberet pak mentua dia..heheh )


Illa pun masak laksa, kuala kangsar..terbaik punya. takde lak dlm gambo sebab selepas sesi bergambo baru dia mari..hihhi

No comments:

Post a Comment