14/08/2014

goreng pisang rangup

Assalaam..
Baru dapat buat 4 hari puasa syawal..
terfikir nak buat juadah apa?
Tetiba teringat nak buat goreng pisang.. goreng pisang yang rangup..
semalam terjah blog sesama rakan blogger..beliau siap share resepi macamana nak buat goreng pisang rangup..
akak share pulak kat sini ye..
akak kopi pes jer dari blog beliau..

orang johor makan goreng pisang mesti nah cicah sambal kicapkan.. betul tak?



sumber resepi dari blog * daribintang *
1.  Tepung beras 500g 2.  Telur sebiji 3.  Kapur makan, tolong jangan guna kapur kasut mahupun kapur barus. 4.  Serbuk kunyit 1 sudu kecil 5.  Air untuk bancuhan agak2 je 6.  Garam dan perasa [optional] pun agak2
Cara-caranya;
1. Masukkan tepung beras ke dalam mixing bowl, masukkan garam, serbuk kunyit.  2. Larutkan secubit kapur makan[lebih kurang sebesar hujung jari kelingking] dengan setengah cawan air sehingga air bertukar keruh. 3. Masukkan air kapur ke dalam tepung beras 4. Masukkan telur 5. Bancuhkan dengan air sehingga dapat kepekatan yang sesuai.**
**tepung tu kalau aku, aku akan buat pekat sikit daripada bancuhan roti jala. Tapi jangan terlampau pekat nnt tepung tu jadi tak rangup. Tapi kalau nak goreng cempedak yang masak, perlu pekatkan lagi kalau tidak tepung tu tak dapat selaputi seluruh cempedak tu.

4 comments:

  1. Sama dengan resepi tepung goreng pisang mak saya
    biasanya saya akan uli keras dulu.. kemudian baru larutkan dengan air, jadi tak perlu risau adunan berbintil bintil ... rindunya goreng pisang makkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..camtu ye.sekali adun boleh jadikan stok, bila2 nak guna tinggal bancuh jer ye..

      Delete
  2. Boleh jugak try bancuh ni KY.....pisang tanduk tu mmg faveret hubby ....cicah pulak ngan sambal kicap pergh mmg Johor betullah namanya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat OKje. buat stok..bila teringin jer..annytime boleh mengoreng pisang..hehe.

      Delete

ping