25/02/2012

sup ayam cara akk..


Assalaam..
Sebelah petang semalam..akk merajinkan diri kedapur comel akk tu..sebab ada permintaan, teringin nak makan sup ayam.
Inilah rupanya sup ayam yang akk masak. tidaklah susah nak memasaknya..


 perlukan beberapa ketul ayam yang di basuh bersih..
2 ketul ubi kentang di bersihkan di belah 4..
1 inci halia yg sederhana besar..
beberapa tangkai daun sup..
5-6 ulas bawang merah..kalau guna bawang besar sebijik saja.*pernah dengar tukang masak kata..klau masak sup kena bubuh bawang lebih..baru sedap..wallahuaklam*
2 ulas bawang putih..
2 sudu rempah *sup adabi*
sebungkus rempah penumis *puteri*
garam,perasa dan bawang goreng serta air secukupnya.

 tumbuk semua bawang dan halia sampai lumat. panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. bila nak naik bau..masukkan rempah penumis kacau sampai naik bau. pastu masukan rempah serbuk..kacau..masa ni kecikkan api takut rempah hangus..pastu masukkan air separuh. masukkan ayam, kentang dan garam. tutup periuk.biar mendidih supaya segala perasa rempah2 resap dalam isi ayam dan kentang.bila  ayam dah hampir masak dan lembut..tambahkan sebahagian air lagi.masaklah sehingga semua ayam dan kentang masak sepenuhnya..taburla daun sup dan bawang goreng.
selamat mencuba dan menjamu selera..:))

25/12/2011

air tangan Oya..

Assalaam..
Inilah air tangan pertama Oya..sejak dia bergelar seorang isteri. sedap ke.. tak sedap ke...orang yang makan aje yang tahu...hehehe

menu bekpes..

Desert masa lunch. Sedang2 elok aje kemanisannya..kekenyalannya. Makan sekeping nak dua keping..pastu makan berkeping2..macamana pinggang nak ramping..heheh

26/08/2011

hari ke26

Salam ramadhan ~~
Menu sempoi..ikan kerisi goreng berlada, kerang rebus, sayur kailan. Cukuplah makan dua orang.
Ikan kerisi memang sedap kalau digoreng..sedap lagi kalau makan masa tengah panas2.. baru naik dari kuali laa katakan!..heheh

kerisi ini isi nya agak kasar dan keras sedikit..


yang ini akk suka..isi lebih lembut dan halus..

hari ke25

Salam

Salam ramadan ~~
Dah masuk hari ke25 ye. Cepatnya masa berjalan..
Menu hari ni..teringin nak makan pegedil. Nak makan pegedil kalau takde sup tak besh. Jadi kena masak duadua sekali..

akk masak sup ayam + kentang + lobak merah nak digandingkan ngan pegedil ni. lupa plak nak mengayakan sup..heheh

tumisan udang..

kerapu masak masam manis..











`

25/08/2011

hari ke24

Salam ramadan ~~
Lama tak update blog. sudah beberapa hari menu masakan akk tak bersiaran..heheh. macamlah.. menu masakan tu sedap sangat! tak kisahlah sedap ke tidak ke..janji semuanya habis di makan!!.
Masuk ramadan ke 14..akk dah mula  membeli lauk segera. Bertukar ganti antara restoran Azira dan Pak Su coner. Disitu saja yang menepati selera kami.  Kekadang berbuka diluar dan berbuka kat rumah anak.

kerabu sotong soon

 masak lemak senangin

merajinkan diri buat kueh bom..
resepi kerabu sotong soon..

- beberapa ekor sotong di bersihkan dan potong ikut suka kendian celur kejap ( akk potong memanjang )
- sedikit suun rendam dan celur sekejap masa celur bubuh sedikit garam
- 1 biji tomato potong nipis
- 1 biji cili merah
- beberapa biji cili padi ikut suka pedas
- 1 btg serai
- 1 btg bunga kantan
- 1 bawang besar di potong nipis
- 1 limau nipis
- 1-2 sudu besar sos ikan
- sedikit parutan gula melaka..ikut manisnya. nak pakai gula biasa pun boleh
- garam dan sedikit perasa.
- sedikit daun ketumbar
 caranya..
Masukan suun , sotong, tomato dan hirisan bawang kedalam bekas. Bahan lain semuanya di potong halus kecuali limau. gaulkan semua bahan termasuk garam, sos ikan , gula melaka dan serbuk perasa. gaul hingga rata dan perahkan limau nipis. Rasalah masam manis dan masinnya. tabur daun ketumbar dan sejukan dalam peti sejuk.
selamat mencuba..

15/08/2011

hari ke 13..

Salam ramadhan semua~~~
Diam tak diam..dah hari ke 13 kita berpuasa. Hari raya dah nak dekat. Satu apa pun persiapan utk menyambut raya tak buat lagi. Recycle apa yang ada..maleh dah nak mikir2..pakai saja apa yg ada. Rasanya semua tu tak penting sangat lagi dah..

Menu hari sabtu..anak2 datang berbuka di rumah. Memasing membawa juadah yg di masak sendiri. bila dikumpul jadilah banyak, penuh meja..

Nora bawak karipap bunga yg di belinya masa balik Muar tempoh hari. sambal udang petai..

Nadia bawak kerang bakar dan apple pai.Sedap sambal kicap yg Nadia buat..

akk masak lemak sotong dan goreng ayam. Lain2 menu.sayur ,buahan seperti biasa aje.


hari ke12..gantung periuk..

Salam ramadhan..

Beberapa hari tak menepek gambar menu akk kat sini.Pepagi ni bersemangat pulak nak menepek gmbr yang sempat diambik..hehe

Hari ke12.. berbuka puasa di Concorde Shah Alam. Kawan belanjaa maa!!

Macam mana nak kata orang M'sia ni susah dan tak mewah ekk? terutamanya orang melayu. Bulan puasa aje berpusu2 berbuka puasa di hotel. Bukan sikit2 bayarannya enchik! seorang punya makan, boleh buat 10 orang punya makan, kalau makan di rumah enchik!

Sampaikan laluan ke tempat mengambil makanan pun jem!! aikk!! dah macam pasar ramadhan pulak!!!


makanlah salad2 aje..kat rumah jarang dapat kan! yg lain mcm biasa..macam2 nasik ada. lauk pauk, kuih muih semua ada. sepecial sikit akk makan tiram mantah dgn jus lemon..pertamakali mkn ni. rasa? memula rasa nak termuntah..pastu sedap plak! hehe

12/08/2011

hari ke 11 dah!

Salam ramadhan hari ke 11..



Masak ikan kerapu tiga rasa. biasa orang masak ikan kerapu sekor sekor..tapi akk masak sekeping sekeping. Itu aje yang ada dijual kat Giant..beli ajelah !


masak lemak kuning ketam..dlm gmbr tak nmpk kuning plak.hehe
wanginya aroma daun kunyit nya..

11/08/2011

Salam ramadhan hari ke10..
Hari ini masak biasa2 aje..takde spesel pun..masak lemak sotong aje..

Teringin pulak nak makan keledek rebus. Keledek madu  ini  akk beli masa pergi Cameroon Highland sebelum puasa hari tu. Letak kat dalam peti ais sampai terlupa nak rebus. Nasib baik belum xpayed..hehe



10/08/2011

terubuk bakar..

Salam ramadhan hari ke 9..
Masak sempoi saja..tapi bila makan berselera. terubuk bakar dalam kuali aje cicah ngan sambal kicap, sayur campur, goreng pisang cicah sambal kicap...






09/08/2011

hari ke8..

salam ramadhan..
Sudah masuk hari ke9 kita semua berpuasa.Semuga segala amalan sepanjang bulan yang penuh barakah ini diterima Allah SWT..amin..

Menu hari ini simple dan ringkas aje. sup ayam dan ayam goreng. lebihkan makan buahan aje..








08/08/2011

hari ke7

Salam ramadhan..
Nak masak apa hari ini ye? masak simple2aje dahlah..

Sham/Illa datang berbuka bersama.. bawak daging masak yougrt. dah mintak resepi nanti akk masak pulak.
sayur lemak boncis dan udang..
akk masak sambal ikan salar..
ayam goreng..

hari menggantung periuk..

Salam ramadhan hari ke 6..
Hari untuk berehat dari masak memasak..selepas memenatkan diri menjelajah beberapa shopping kompleks sekitar Klang dan Shah alam. Namun barang yang hendak di cari tidak juga dijumpai..hukhukhuk
Singgah sebentar di restoran Azira...semuanya ada untuk buat berbuka puasa..
pinjam cik google punya..