15/08/2011

hari ke 13..

Salam ramadhan semua~~~
Diam tak diam..dah hari ke 13 kita berpuasa. Hari raya dah nak dekat. Satu apa pun persiapan utk menyambut raya tak buat lagi. Recycle apa yang ada..maleh dah nak mikir2..pakai saja apa yg ada. Rasanya semua tu tak penting sangat lagi dah..

Menu hari sabtu..anak2 datang berbuka di rumah. Memasing membawa juadah yg di masak sendiri. bila dikumpul jadilah banyak, penuh meja..

Nora bawak karipap bunga yg di belinya masa balik Muar tempoh hari. sambal udang petai..

Nadia bawak kerang bakar dan apple pai.Sedap sambal kicap yg Nadia buat..

akk masak lemak sotong dan goreng ayam. Lain2 menu.sayur ,buahan seperti biasa aje.


No comments:

Post a Comment

ping