15/08/2010

Sup ayam kampung


Salam ramadhan dan selamat pagi..

Menu malam tadi..sup ayam kampung.
Bahannya
1 ekor ayam kampung potong 10 dan di bersihkan, buang kulitnya
2 bij ubi kentang di belah 4
4-5 biji bawang kecil }
1-2 ulas bawang putih }ditumbuk lumat
2 inc halia }
2 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat
1 sup bunjut
2 sudu besar rempah sup
sedikit kuit kayu manis,pelaga dan bunga lawang.
Daun sup secukupnya.
caranya.
- panaskan minyak,tumis bahan tumbuk.Masukan rempah ratus, lada hitam,rempah sup dan tumis hingga wangi.kemudian masukkan sedikit air, ayam dan garam.kacau dan tutup periuk.Masaklah hingga ayam empok.

- Bila ayam dah hampir empok..tambah air secukupnya dan masukan sup bunjut dan kentang.Masaklah hingga semua bahan cukup masaknya.Tambahlah garam jika belum cukup masin.

- Buatlah bawang goreng.Bawang goreng lebih sedap dan wangi jika di campurkan sedikit bawang putih.
tabur daun sup dan hidang besama cili kicap.

jumpa lagi..babayy

No comments:

Post a Comment

ping