16/08/2010

Juadah hujung minggu

Salam pagi isnin..
Jom layan apa yang kakyon masak buat juadah berbuka semalam...


bahannya..
1 kg. tepong gandum
5 biji ubi kentang sederhana besarnya
sebatang lobak merah
4 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar udang kering
2 labu bawang besar kuning
1 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun sup ( potong kecil2 )
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa
secubit gula.

caranya..
- kentang, lobak merah dan bawang di potong dadu.
- goreng udang kering hingga wangi ( gunakan sedikit minyak dari 1 cawan )angkat dan kisar lumat bersama bawang putih.
- masukan semua bahan dalam periuk, masukan air agak2 tengelam kentang. Masak hingga kentang empok dan agak kering dan masukan daun sop.Masak lagi hingga betul2  kering.
- panankan minyak yg lebihan dari goreng udang kering tadi..masukan sekali minyak gorengan udang.angakt dan biarkan ia suam.
- Uli tepung bersama minyak suam dengan air garam secukupnya.Uli hingga menjadi doh yang lembut.

No comments:

Post a Comment