Hari ini baru rajin nak masak. Masak sup ayam kosong tanpa kentang ( kentang dah habis )..sambal kicap..ikan kurau masin. Nak goreng ayam, malas pulak..nanti minyak merecik..baru kemas dapor yang tonggang langgang selepas raya. Oya kata ..panggang aje.! Oklah.. panggang pun pangganglah..
bahannya..
5 ketul ayam ( dalam gambar ada 4 aje kan..seketul dah kena sambar )
1 inchi halia
1 ulas bawang putih
sesudu madu
sesudu kicap manis
sesudu serbuk lada hitam
secukup garam
sedikit perasa
Caranya..
Tumbuk semua bahan sampai lumat dan lumurkan pada ayam. Perapkan sekejap. Pastu bakar dalam oven.
Selamat mencuba..
betullah kak yon..kalau masak rendang ker..masak goreng ajer..menci nak bersihkan dapurlah..
ReplyDeletejangan sengih ek bila nampak sotong kering..nanti orang ingat apalah pulak