14/10/2010

Nasi goreng sempoi

Lama tak update sesi masak memasak.Pagi ni ada masa sekejap nak meng n3..sebelum kaluar rumah.Layanlah gambar nasik goreng yang di masak semalam.

2 mangkok nasik ( nasi baru masak..bukan nasik sejuk )
5-6 ekor sotong ( potong kecil )
1 sudu lada hitam ( akak tarok lebih,suka pedas )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai( hiris halus )
3 sudu besar udang kering
beberapa helai daun limau purut( hiris halus )

- semua bahan di tumbuk lumat, kecuali yang di hiris
- tumiskan semua bahan yang di tumbuk lumat hinggan gareng dan wangi. masukan sotong,garam secukup rasa, tumis lagi hingga sotong masak.
- masukan hirisan serai dan daun limau purut tumis lagi.
- masukan nasi dan tumislah hingga masak
kalau suka ..boleh tambah sayuran, togeh atau kacang panjang.

1 comment:

  1. Salam Kakyon, emmm nasi goreng tu mesti harum baunya dan sedap rasanya walaupun sempoi..

    ReplyDelete

ping