04/01/2011

Percubaan pertama buat Pudding Triffle

Sudah lama kakyon teringin nak makan pudding Triffle. Tapi tak berkesempatan nak membuatnya..kena tunggu anak-anak semua berkumpul baru boleh buat..kalau tak, takde sapa nak makan..akak jugak yang jadi tong sampahnya..
Bila anak akak ajak makan - makan kat rumahnya..tergerak hati nak mencuba resepi ini. dalam pencarian resepi di tenet..terklik blog ini ..
Terimakasih My Precious Life..akak copypaste resepinya ye..





Bahan-Bahan:

Swiss roll / kek coklat / kek buah (MJ guna kek coklat)
- akak guna kek strowberry..itu aja yg ada..
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
- akak guna 1 tin susu ideal
2 gelas air
- akak guna 11/2 tin air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotak serbuk jeli
- akak guna agar2 biasa..serbuk jelly takde

1. Potong kek dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
- air buah kak masak dlm agar-agar

3. Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla [atas darat,meaning kacau dahulu dalam periuk baru di masak atas api].
Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.
- akak curahkan sebahagian agar-agar keatas kek..cukup utk basahkan kek saja.. 
Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

Cara masak agar-agar biasa ( stripe )
- satu bahagian agar-agar..kak guna cawan ( potong/gunting agar-agar kecil-kecil..sukat dlm cawan)
- 4 bahagian air..guna cawan yg sama..termasuk air buahan koktail.
-1/2 cawan gula atau ikut suka.
Masak seperti biasa..
selamat mencuba..

2 comments:

  1. salam kenal..lagi sedap klu buah peach tau..cuba la.

    ReplyDelete
  2. salam nina..akak cuba nanti ekk...

    ReplyDelete

ping