Macam terlebih rajin dan terlebih berselera pulak hari nie..
masak lemak udang..feveret Oya..
sayur campur kobis n brokoli CH punya..rangup dan manis. Kobis CH memang sedap..berbanding kobis yg di jual di pasar biasa or supemarket..
ayam masak kicap..
Sambal gila setahun!!!
tak tahu nak namakan sambal ni sambal apa..
kisahnya begini..masa kami anak beranak makan ramai2 sehari sebelum menyambut puasa..akk berborak dengan Nora pasal makanan yang kami makan dan apa yang emak kami masak semasa kecik dulu..
Nora kata..dia teringat masakan emak dia yang di namakan 'sambal gila'. Mendengar cerita Nora.. resepinya dan cara memasaknya lebih kurang, akk dah dpat agak yang sambal ini serupa dengan emak akk masak masa akk kecik dulu.. cuma olahan masakan berlainan sikit. Sambal yang emak/nenek akk masak namanya 'sambal tahun'. sambal ini kalau makan dengan nasi panas2 dengan ikan goreng pun dah cukup..pergh! pedas mengancam!!
resepinya..
segenggam cili api..akk campur 4 biji cili hijau
segenggam ikan bilis
beberapa biji bawang kecil. bawang besar pun boleh
1 ulas bawang putih
garam ,asam jawa, sedikit gula secukup rasa.klau tak suka gula..jangan bubuh. pak aji pun ikut suka..
caranya..
kalau mak akk masak dulu2..tumbuk semua bahan tak berapa lumat. pastu tumis sampai berdesin..maklum api dapor kayu kan besor..heheh. tambah air..kecikkan api jadi bara..bior sampai air kering kat dalam kuali. Setiap hari panaskan..sampailah sambal tu habis di makan. tak ingat pulak berapa hari tahan sambal tu. agaknyalah...itulah sebabnya sambal tu di panggil 'sambal tahun'..kihkih
Yang akk masak tu..guna resepi sama..cuma akk blender lumat..
cubalah..pedas giler!! pastu tahan setahun pulak!! akk namakan aja sambal giller setahun!!..ngee..
laksa johor dari Azira restoran
No comments:
Post a Comment