04/08/2011

hari ketiga

Salam ramadhan..
wah! susah juga kalau hari2 masak nih!!..susah nak memikiew apa menu untuk ari ni.. hari ini ikut selera akk ajelah. apa terlintas di kepala.. masak saja..:-)

buahan campuran..ayam goreng berempah..kembung masak pindang lawan dgn ikan masin semalam..layan aje selera kampung akk..hehe

meehoon goreng tomyam. first time makan kat kenduri rumah Ezzy kakak Elyana. Ezzy buat kenduri pindah rumah. Sedap meehoon gorengnya..berkenan di tekak akk ni...nak tanya resepi malula pulok..heheh..

jadi akk cuba cipta resepi sendiri. berdasarkan rasa yang akk boleh agak masa makan ari tu...hikhik.
bahannya..
1/4  meehoon cap bintang *senang cerita sebungkus bagi 4*rendam sampai lembut
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1-2 sudu cili giling/blender
udang basah ikut suka nak banyak mana
sepelepah daun selery
5-6 helai daun limau purut
1 btg serai di titik
1 biji tomato
sawi bunga secukupnya.
kalau sika bubuh kek/fish ball pun boleh.
1 biji limau nipis.
1 kiub ikan bilis knor

1. Tumis bawang besar, bawang putih yg telah di tumbuk lumat bersama cili dan serai sampai berbau wangi. masukan tomato yg di potong kecil, tumis sampai tomato hancur. masukan air dan kiub ikan bilis dan biar mendidih.bubuh garam secukupnya..
2. Bila air dah didih..masukan meehoon, udang daun selery, sawi dan bahan lain yg nak dimasukan. kacau balik2kan.
3. Bila dah hampir masak , masukan hirisan daun limau dan air limau purut. dan rasalah masam masinnya..opps! mana boleh rasa..kan puasa!!

cobalah ye..klau tak sedap jangan salahkan akk ekk!! sbb akk masak sedap aje..papa yang kata!! hehehe..

2 comments:

  1. memang isteri mithali...rajinnya masak..mama menunjuk je..hu2x..

    ReplyDelete
  2. msk biasa aje mama..kekadang ikut mood juga.mood tengah ok ni..hehe

    ReplyDelete

ping