23/06/2014

kek pavlova

As salam..

jakunnya akak!
..kek pavlova ni dah bertahun dalam pasaran..baru akak merasa bagaimana keenakkannya yang selalu di perbualkan..
bukan tak boleh mampu nak beli..tapi kan orang dalam rumah ini tak berapa suka manisan dari kek atau benda berkrim, tapi kalau manisan bubur/pengat sekejap jer dah sapan..hehe


kek sebesar piring cawan, sangat comel berharga RM15.


menantu perempuan kedua akak datang bawak kek ni. dia kata beli di FB. selalu juga dia beli dan bawa bermacam jenis kek kerumah. kek yang di belinya sedap2 belaka. terlupa pulak nak amik add rakan FB dia tu. boleh juga share kat sini..siapa empunya kek yang sedap ini. kek tiramisu dia pun sedap..
olih kerana terpaut kasih dan cinta dengan kesedapannya..akak pun mengoogle resepinya.

inilah resepi pavlova dari my resepi yang akak dapat tulisan  olih Deena Ibrahim.

Bahan-bahan ( sedulang bakar )

  • 6 Biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor (nak manis lg tambah la lagi secawan)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 2 kotak kecil atau sekotak besar whip cream
  • Buah-buahan ikut suka (i letak strawberry sbb masam2 so contras la dgn rasa manis)
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara


  1. Putih telur tu pukul sampai jadi putih mengembang guna electric mixer guna tangan pun boleh
  2. Sambil2 pukul telur putih tu masukkan la sikit2 gula kastor tadi dan pukul lagi sehingga sebati
  3. Pukul sambai acuan tadi (putih telur+gula castor) jadi sticky melekat, letak atas sudu bila tebalikkan tak jatuh.
  4. masukkan cuka, essen vanila, tepung jagung dlm acuan tadi dan kacau sampai sebati serasi bersama.
  5. Dah setel ! Masukkan dalam dulang pembakar anda. rata2 kan
  6. Bakar dalam ketuhar oven 150degree selama kira 1 jam 45 minit ke 2 jam (memang lama!)
  7. Jangan bukak oven time ia dibakar nnt tak jadi sbb mengikut pengalaman kitorang, bila bukak time tak masak dia jadi kendur melepet tak cantik...
  8. **PENTING !
  9. Bila pavlova dah masak, jgn bawak keluar terus. Biar sejuk dlm oven dlm 30 minit cemtu.
  10. Biar pavlova dlm suhu bilik baru letak whip cream. Panas2 letak whip cream cayor la nnt
  11. Whip cream tu, masukkan korang putar sampai pekat dan takyah masukkan apa2.
  12. Oles atas pavlova korang tadi dan letak la buah2 an dah siap !
pasni pasti nak buat..

4 comments:

  1. Decoration pavlova tu sebenarnya yg menggoda mata kita KakYon.
    Manis dan krim tu yg buat muak tapi buah-buahan yg di atasnya biasa yg buat seimbangkan rasa bagi sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah makanan mahal dan sedap tapi tidak mengenyangkan kan zakie..

      Delete
  2. KY......okje pernah buat pavlova ni sekali masa hari jadi si kecik tu....lepas tu dah tak buat dah hehe ..... senang nak buatnya sebenarnya tp tulah ...yg tukang buatnya kurang suka ....suka lagi benda manis mcm pengat hehe...org lama katanya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Okje..kita ni orang lama selera tak boleh nak ubah dah..hehe

      Delete