07/07/2014

asam pedas lada hidup

As salam..
 Sudah lebih seminggu berpuasa..baru berkesempatan nak updet menu kat sini. 
Ramadhan kali ini akak tidak kepasar ramadhan walau sekali pun. Begitu juga Mr. Papa. Mungkin  sebab kami semua tidak sihat..malas nak bersesak dengan ramai orang..tambahan cuaca agak panas dan berjerebu, jadi kami selesa berbuka ala kadar  dengan menu makanan yang ringkas saja..

 agak terajin sedikit memandangkan badan pun dah ringan dan mula kebah dari demam. teringin nak makan masakan yang pedas dan masam sikit..

Asam pedas cili hidup..
1 ekor ikan siakap sederhana besar, bersihkan dan potong 3 bahagian.
* angaran sekor rm8-10. nak tahu ikan siakap masih segar ke tidak, kalau lendirnya masih banyak, bermakna ikan masih segar..


6-7 tangkai cili merah/hidup
2 labu bawang besar            
sedikit belacan..blender sekali
 
seulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup 
bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit  di tumbuk lumat....
di tumbuk atau blender kering

asam jawa secukup masamnya
beberapa biji kacang bende
sebatang serai,sebatang bunga kantan dan daun kesum dan tomato. 
 
- panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang di tumbuk hingga wangi. 
- masukan pula cili yg di blend, tumis sampai pecah minyak..
- masukakn air asam jawa, serai dan ikan. masak sampai kuah mengelegak
- masukan semua bahan tambahan iaitu daun kesum, bunga kantan, bende dan tomato. tambahlah perasa kalau suka dan garam secukupnya.




4 comments:

  1. Sedapnya kakyon..acik suka..cuma tak lulus masak asam pedas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas feveret org johor Acik. masak camne pun tetap sedap..hehe

      Delete
  2. Tak pernah buat asam pedas pakai cili hidup KY....sedap yeh....boleh jugak try nanti bila bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lebih manis..cubalah buat Okje..

      Delete

ping