10/06/2014

pengat keledek

As salam..

bila cuaca panas..tekak ni suka makan benda yang berair dan sejuk.
sejuk rasa tekak kalau dapat makan makanan yang baru keluar dari peti ais.
rasa macam teringin nak makan pengat labu..tapi yang ada di dapor cuma keledek.
keledek pun keledeklah..janji pengat...
semasa sedang mengupas keledek, akak teringat masa kecik2 duduk di kampung dulu. kalau setakat ubi, keladi, keledek tak payah beli. melambak kat kebun..sampai tak termakan. memanglah tak termakan, sbb hari2 duk makan benda tu..berselang seli..sampai naik jemu..huh


tapi sekarang..sampaikan teringin sangat nak makan, kena beli pulak tu..dah tu tengoklah harganya..mahal kemain!

dapatlah akak memasak pengat..sepatutnya untuk minum petang, tapi di sebabkan cucu akak meragam..sampai kemalam baru selesai masak, dan dapatlah akak makan pengat keledek..hehe
tak susah membuatnya. ada keledek, santan pekat, gula pasir ada juga orang bubuk gula melaka sedikit garam dan daun pandan dan jangan lupa air secukupnya.. masaklah sampai boleh di makan..

2 comments:

  1. Lama tak makan pengat ni KY...... Rumah ni kurang jalan....yg beriya makannya maknya sorang....tu yg malas nak buat tu KY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang yg mkn memeang malas nak masak kan OKje..

      Delete