04/12/2014

Portugis Tart


As salam..
Sejak ia wujud dipasaran pasaraya *dulu Jusco kini AEON *di OU, Portugis Tart
ni memang menjadi feveret KY.Setiap kali kesana pasti inilah 0le-0le yang KY bawa balik kerumah.
Kini..setelah semua resepi menjadi viral di laman sosial..tak terkecuali resepi Portugis Tart, maka tidaklah susah untuk mendapatkannya dan jika teringin boleh terus mencuba membuatnya sendiri..
lebih jimat dan selamat..
Tapi KY belum pernah membuatnya sendiri. sekadar nak berkongsi resepi dari cik google.
setakat teringin nak makan sekeping dua..lebih baik KY membelinya saja..



Portugis Tart yang KY beli di AEON OU..sekeping harganya RM1.90..
Bila KY google terjumpa banyak resepi, salah satunya dari Dapur Tanpa Sempadan ..
KY copy paste..mana tahu suatu hari nanti tetiba teringin nak membuatnya sendiri..resepi DTS ni jadi rujukan KY..
Bahan-bahannya..
Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream* 
50 ml air *(*mat ganti dengan susu segar 250 ml)
40 gram gula halus
15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale)
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1 - 2 titik pewarna kuning


  1. Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati.
  2.  Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
  3. Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan... 
selamat mencuba..

2 comments:

  1. Yup, sekarang di kebanyakkan kedai kek pun memang ada buat dan jual portugese egg tart ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Rosdi..ada di panggil maccau tart.

      Delete