11/12/2014

masak lemak ikan kering cekek leher

As salam..
 Semasa pergi kepasar raya Segi tempohari..waktu memilih ikan bilis, KY terpandang ikan kering cekek leher yang masih fresh lagi. lalu KY terkenang zaman kanak-kanak KY..inilah lauk ikan paling femes waktu itu..
cerita lain ada di sini..

Semasa memikir nak masak apa ikan ini..KY terpandang ada belimbing buluh pemberian jiran.
terfikir..tentu sedap kalau di masak lemak cili api bersama belimbing buluh.
apa yang KY bayangkan menepati selera KY.
sedap pulak ikan ni dimasak lemak cili api. KY makan sampai bertambah-tambah.
senang jer nak memasaknya..
perlu ada..
6 ekor ikan kering cekik leher
sekotak santan
beberapa bijik bawang merah
sedikit kunyit hidup
beberapa helai daun kesum
beberapa bijik belimbing buluh
garam,perasa, sedikit air
dan asam keping.
masak macam biasa kita masak lemak cili api tu..
pasti tak menyesal ketika menikmatinya..hehe

1 comment:

  1. Kak Yon, confirm saya pun akan makan bertambah!. Hehe. Tengok masakan masakan yang macam ni, memang akan teringat air tangan mak kita .... Nampak belimbing buluh tu mcm kecur air liur

    ReplyDelete

ping