17/06/2016

Menu Iftar 1437H

As salam..
salam ramadhan kareem.. 
Serius kata.. sejak melihat viral makanan yang di jual di bazar ramadhan yang sangat meloyakan, tambahan pula bila membaca status ustaz2 yang tidak mengalakkan memakan makanan yang di masak olih orang2 yang di ragui tentang ibadahnya..maka ky membuat keputusan untuk memasak sendiri makanan buat juadah berbuka puasa..
dulu2 tak kisah pun..main beli saja. tapi biarlah lambat sikit sedar..daripada tak sedar2..ye dak..hehe
kalau nak beli pun..pergi ke gerai yang di percayai sahaja..
olih kerana terajin memasak..alaa masak yang simple2 jer. KY ni kan dah kilauan emas mana betah duduk dapur lama2! dua jam kat dapur dah rasa letih dan boring..hahaha
 moh nengok! KY menepek gambar masakan feveret KY untuk musim ini. ada juga yang tak sempat berposing..
KY tau.. takkan ada orang terliur punya..
jeling2 pun belum tentu lagi..hihi


 


 menu yang dah 2x membuatnya..air nenas dan sambal asam cicah ikan bakar..


 kueh ketayap.. cencaru masak lemak dgn belimbing buluh dan ketam telor masin..
 sambal kering bilis + petai dah 3x memasaknya..
 cendawan goreng tempura..

 sup ikan merah..

 sotong + cendawan masak lemak..

 sotong goreng tempura..

 masak lemak labu kuning, bubur chacha, kembong dan pari terlajak bakar dlm kuali..hihihi
semua menu buat ingatan sendiri..manalah tahu tetiba takde idea nak masak apa..bolehlah rujuk2 gambar masakan sendiri..



No comments:

Post a Comment