15/06/2016

Air Nenas Lemon Yang Sedap..

As salam..
Salam ramadhan.. 
Air nenas sudah menjadi hidangan minuman tradisi KY sekeluarga bila time bulan puasa.
Dulu pernah cuba tak buat..baru beberapa hari puasa..dah ada permintaan. Tak puas berbuka puasa tanpa minuman air nenas yang dikatakan sedap itu @ mengikut selera KY, En. papa dan anak2 jer :)
Semalam..sedang Oya membancuh air nenas untuk berbuka puasa..KY terpandang sebiji buah lemon dalam petiais. KY potong beberapa keping lemon dan mencampurkannya kedalam bekas minuman tersebut. Oya kata.."sedap ke air ni nanti ?
'alah..kita tunggulaa waktu berbuka nanti..kita try n error ler..
keputusannya...
 sangat menyegarkan anak tekak nan kering ..

nenas + lemon
senang saja resepinya..
sebiji nenas dipotong dadu..2 liter air..sehelai daun pandan..1kg gula pasir..secubit garam..sedikit pewarna kuning.
masuk sekali dalam petiuk dan masak sampai gula cair dan nenas masak bertukar warna menjadi lebih kuning..

belum masak..




sudah masak..
yang ini air nenas lebih jernih kerana KY guna gula pasir..

untuk air lebih keroh dan cantik kejadiannya di mata KY..akak guna gula ising.
stok lama air nenas dah nak habis..ganti stok baru yang baru KY masak sekejap tadi..
jika teringin..selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..



2 comments:

  1. Salam kunjungan dan dsalam ramadhan kak yon. Bestnya berbuka dgn air nenas lemon ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan shamil..terasa sejuk tekak di musim panas.dah dua hari ini hujan pulak..kena tukar menu minuman pulak ;)

      Delete

ping