19/11/2014

ikan masak singgang..

As salam..
resepi yang KY nak share ini KY dapat dari jiran rumah KY. 
tak pasti beliau dapat dari google ke atau resepi asal beliau sendiri, yang KY ingat..apa yang keluar sebutir.sebutir dari mulutnya..terus terpahat dalam ingatan KY.
 umpama seorang Lecturer sedang mengajar studentnya..
tapi yang sebenarnya beliau memanglah seorang lecturer..
punca tercetusnya KY nak masak masakan ini ialah hasil dari perbualan kami, setiapkali berborak pasal masak..jiran KY selalu kata.. I kalau malas nak masak n kalau tak berselera nak makan, I akan masak singgang ikan..memang terbuka selera dan semua orang akan makan..katanya..
bila dengar dia kata begitu..KY ada rasa hati nak mencuba, apa ke yang sedap sangat masak singgang tu? selalu nampak kat kedai makan..nampak macam ikan masak rebus jer. tapi bila lewat tengahari nampak bekas ikan masak singgang tu kosong juga..menunjukkan ada orang suka memakannya..



mari kita cuba resepinya..
4 ketul ikan aya@tongkol di bersihkan..basuh dengan asam jawa.
1-2 inci lengkuas muda..yang muda ye boleh potong keping-keping
2-3 keping asam gelogor@asam keping
1labu bawang merah besar di mayang
1ulas bawang putih di ketuk
10 biji cili padi@api
kalau ikut jiran KY tu kata.. masukkan sedikit gula melaka@gula kabung, tapi KY tak bubuh pun, takut nanti jadi manis pulak. KY memang reject kalau masakan manis-manis..huhu

caranya :-
 masukkan ikan dalam periuk, masukan air separas dengan ikan..maksudnya ikan tu tenggelam sikit, masukan asam keping , garam dan lengkuas. rebus ikan sampai airnya kering. sambil tu balik2kan ikan, biar masak keseluruhan isi ikan. KY rasa airnya..rebus sampai bau ikan hilang.
masukan semua bawang, cili padi dan tambah air secukupnya. rebus lagi sampai puas hati, sampai takde rasa hanyir ikan dan rasa masam masinnya.. 
kesedapannya sampai menghirup kuah di pinggan..

kalau dulu kesedapan sotong goreng tepung di dahulukan semasa makan..kini tidak lagi..hihi
 
makanan simple dan sihat..

2 comments:

  1. simple je, tapi sedap kan ada pulak sambal belacan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pulak ulaman..pergh..bertambah2 makan..

      Delete