Salam..
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
Semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
diam tak diam dah nak sampai penghujung bulan ramadhan..
semuga segala amalan yang di lakukan sepanjang ramadan ini diterima Allah hendaknya.
lama tak mengupdate cerita masak2 kat sini..petang semalam mencuba masakan makanan orang arab. Resepi akk minta dari kawan/ jiran akk. Nama sebenar masakan ini akk pun tak pasti..sbb kawan akk pun tak bagi tahu. Masakkan ini dah jadi makanan tradisi keluarga beliau..maklum beliau pernah tinggal dinegara sebelah sana dalam tempoh yang lama kerana kedua ibu bapanya berkerja di sana..
oleh kerana masakan ini sesuai dengan selera orang dalam rumah akk, sebenarnya kami bertiga aje yang merasa masakanini dulu..akk rasa mesti yang lain2 pun suka dengan masakan ini. maka akk pun nak sharing resepi ini dengan pengunjung blog akk nie..
Jom kita mulakan memasaknya..
Mula2 belilah tulang lembu..seeloknya tulang selangka. Belilah dlm sebatang..ikut keperluan. Bersihkan dan masuk dlm periuk.* akk guna periuk pressure cooker * cepat sikit masaknya..lagi pun jimat tenaga..hehe. kalau guna periuk biasa..siapkanlah masa dan tenaganya..hehe
5 labu bawang besar yg merah ye.. bukan kuning. potong kasar2 jer. Halia, akk guna halia muda dlm 3 inci..potong kasar jadi dlm 3-5 ketul * taksuka potong kecil..nanti kalau tergigit dah rasa lain *. 2 genggam gandum biji di basuh bersih.kulit kayu manis agak2 yang 2 inci tu 2 batang. Semua bahan ni masuk dlm periuk tambah air ikut suka nak banyak mana kuahnya nanti dan rebus sampai daging lembut dan gandum serta bawang hancur.
Masukan 1 senduk santan..akk guna santan kotak. Kalau guna santan ori..agak2lah jangan pekat sangat mcm masak lemak tu...Cair2 saja...asal ada rasa lemak sikit2 jer.bila dah rasa cukup garamnya angkat dan keluarkan halia..nanti masa menghidang orang ingat itu kentang pulak..tergigit naya aje...hahah.
1 biji bawang besar dimayang halus. Seulas kecil bawang putih. Beberapa tangkai daun sup..ofkoslah daun saderi dan daun bawangkan.. di potong. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang tadi sampai kuning..mcm buat bawang goreng..pastu masukan daun sup yg di potong tadi..tumis sampai layu dan bau wangi..angkat terus masukan dalam periuk rebusan tulang...kacau dan siap untuk di makan.
masakan ini pekat ala2 bubur lambuk gitu..tapi sedikit cair..
hidangan ini sesuai dan sedap di makan begitu saja. Gandum didalam sup tu dah cukup membuatkan kita berasa kenyang. boleh juga di cicah bersama roti..
selamat mencuba dan rasailah keenakkannya..
kalau kt opis ni hanya bos sy je yg terer bab2 lauk arab ni termasuk la sup sekali ;-)
ReplyDelete