03/08/2011

Salam ramadhan dan selamat berpuasa..
Tahun ini t kami bertiga sahaja di rumah ini menyambut ramadhan. Ai sudah memulakan kehidupan berkeluarga dan tinggal di rumah sendiri. Mood memasak dan membeli pun belum datang lagi. layan ajelah apa yang akk masak untuk sajian berbuka puasa kali ini..

Hari pertama..sebenarnya bila usia dah meningkat ni..juadah berbuka dah mcm dah tak penting sangat. Asal ada makanan yang kita suka dah kira ok. Cuma nak layan selera anak gadisku saja..apa yang dia nak makan. Tahun ini saja kami boleh berpuasa sesama. InsyaAllah tahun depan..kalau panjang umur akk boleh berpuasa bersama tapi dia sudah menjadi milik orang. Belum tentu dapat merasainya seperti tahun ini, dan tahun sebelumnya...

hari pertama masak tomyam bodobodo..heheh.guna pes readymade..hehe.udang goreng tepung pun tak menjadi, tengiri goreng dan tumis sawi putih..

pencuci mulut..tembikai, strowberry.. beli kat CH ari tu banyak, kueh apa nama tu tepung pelita!..papa beli. pengat keledek akk masak.


 kurma sofiea dari yusuf tayoob..sumbangan dari  Am. temekasih Am. friends4ever..

01/08/2011

salam ramadhan

Salam..
Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak buat semua mengunjung dan pembaca blog akk. Sempena menyambut bulan yang membawa seribu kebaikan ini, akk nak memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan atau kata2 akk yang menyinggung perasaan tanpa akk sedari.Semuga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan kita di berikan kekuatan untuk melakukan ibadah puasa, terawikh dan ibadah lainnya dengan sempurna dan dapat menghapuskan dosa yang pernah kita dilakukan..amiinn..



Selamat Berpuasa semua...

sepetang sebelum menyambut puasa..

Salam,
Panjangnya tajuk..suka suki aje nak bubuh takuk apa..
Seperti biasa.. sama seperti tahun2 sebelumnya..petang sebelum menyambut puasa kami akan berkumpul anak beranak, buat makan2. Kalau orang N9 kata mantai...sampai tumbanglah sekor kerbau/lembu. Tapi keluarga akk takat tumbang 2 ekor ayam pun dah cukup.
Kali ini ada lain sikit..anak2 bawa makanan masakan mereka sendiri. Suka sangat..semuga anak-anak akk mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka..Amiin..

masakan akk yang anak2 suka makan.
kek keremel oder dari nane.sedap sangat..semua sukakannnya. lain kali boleh oder lagi dari nane..
 rendang ayam..

 sambal / kuah kacang. sambal tumis akk masak juga..sedap makan dengan nasi empet..

Nadiah bawak dua jenis pizza dan pudding.. lupa tanya nama dia apa. dlm dia ada biskut dan pisang..sedap sangat ..




Nora bawa laksa dan ubi rebus dgn sambal tumis ( feberet pak mentua dia..heheh )


Illa pun masak laksa, kuala kangsar..terbaik punya. takde lak dlm gambo sebab selepas sesi bergambo baru dia mari..hihhi

18/07/2011

apam comel

Salam,
percubaan pertama membuat apam comel. mudah saja dan sedap pulak tu. nampaknya selalulah kena buat apam ni..sebab semua orang sukakannya. resepinya ada di sini. terimakasih my resepi..semua resepi ada di sini..

14/07/2011

menu paksu corner best!

Salam..
Sejak kebelakangan ini akk n papa kerap makan di kedai paksu corner. kekadang lunch..kekadang dinner pun. Banyak menunya.. dan semuanya sedap-sedap. Tak caya cuba try rasa..ngeeee.. Sesapa yang duduk Shah Alam..kalau nak pergi..kedai dia kat seksyen 16.Beberapa menu yang akk dah cuba..semuanya sedap belaka...

tumisan kupang n kacang panjang, cencaru sumbat bakar*sambalnya sedap sangat*kuah lemak ketam, ulam dan sambal mangga..
kurma kambing, ulam *akk panggil pucuk tenggek burung* nama sebenar tak tahu, sambal belacan.

ulam salad, sambal, siput masak lemak, kembong goreng, tahu gebu masak sos tiram. *siput ..sedap*

07/07/2011

Salam..
Cuaca sejuk aje pagi ni. Mood pun sejuk. Duk berguling2 depan tv..perut pun berlagu keroncong. kalau lagu keroncong dendangan hatty keos endang..takpe juga..jadi hidangan halwa telinga. hehe..
Untuk hidangan si pewut yang sedang menyanyi ni...jom layan aje..si buah sukun yang sudah di goreng...nyuum..nyuum..nyuummm..

Biasanya..sukun digoreng bersalut tepung..samada tepung beras atau tepung gandum atau campuran keduanya sekali. Tapi..akk lebih suka ianya di goreng begitu sahaja!!!




06/06/2011

popia sata

Salam..
apa khabar teman masak2 akak..
lama tidak menghupdate blog masak ni.takde cerita yg bes2 nak di kongsi.maklum akk kan terlebih rajin memasak. hari2 masak merata tempat dikedai mkn area shah alam, kelang, kekadang keluar sikit kawasan..ke kelana jaya..hihih acah aje..




Nak tayang makanan yg akak goreng pagi tadi..goreng saja..yg membuatnya bukan akk tau. akk beli kat satu pesta makanan di Jusco Bukit Raja beberapa minggu lepas.sedap tau popia sata ni. intinya sata ikan, makanan/masakan orang Terengganu..kalau tak silaplah kan.
krap..krup..krapp..kruppp...makan satu..nak satu lagi...lagi..lagi dan lagi..sampai habis satu pack 15 ketul..akk makan sorang..hihihi

09/05/2011

soto

Salam..
Jom sarapan pagi dengan soto. Soto papa beli dari restoran Azira. Selalu nya sedap aje..tapi hari ini rasa lain sikit pulak. mungkin selera akak ni yang tak berapa selera nak makan kut. Tapi pegedel dia mentain sedap macam selalu..


06/05/2011

Salam..

Hari-hari biasa sarapan..asyik makan nasi lemak, mee goreng, lontong, soto, roti canai, tosei, capati..kedai makan yang punya. Hari ini sarapan pulak cegkodok bilis buatan sendiri punya..yummy..yummy..



Tetiba pulak set hidangan ini berthema. kaler ungu pulak tu semuanya...hihih
vitegen sebagai pelawas perasa anggor..jus mangosteen plus, memang amalan harian..alhamdhulillah dpt mengawal tekanan darah akak.klik sini. alas pinggan , mug dan piring kebetulannya warna sama. takde pulak resepi cengkodok yang kaler unggu ek? klau tak harus akak buat..heheh

04/05/2011

nasi ambeng

Salam..

Balik dari Olak Lempit..oder halwa untuk majlis nanti dan beli jerok..tudung sekali.Sedap dan cantik.
Dalam perjalanan balik, singgah makan di satu kedai makan yang ada menu nasi ambeng. kerana sudah lewat makan tengahari dan lapar sangat..makan saja tanpa memikirkan sedap ke tidak..tempat bersih ke tidak. Biasalah makan di warong kan..pejamkan mata saja. Papa, Am dan Habsah pun buat-buat pejam mata juga..hehe
tapi nasi ambengnya sedap...


26/04/2011

putu mayam ke..putu mayom..

Salam..

Petang-petang duduk berehat kat pangkin @17..lalu pulak mamak jual putu mayam. Lama dah tak makan makanan ini. Teringatkan Oya n Dhani yang suka sangat makan putu mayam. akak pun suka juga.

Teringat satu peristiwa agak lucu masa anak-anak kecik dulu. Disebabkan malas nak malayan kerenah anak kerana kepenatan baru balik dari kerja..anak meminta dibelikan putu mayam yang lalu depan rumah. Baru nak panggil..mamak tu dah beredar laju dengan motor cyclenya. Bila lihat anak menangis nakkan putu mayam juga..tetiba dapat satu idea...

ok..ok..nanti ibu masak putu mayam ye!! bukan susah sangat nak bagi budak diam..hehe
akak celorkan meehoon sampai lembut..gaulkan dengan gula merah dan kelapa parut..siap! putu mayom satu!...hehehe
tak susah kan..


25/04/2011

kueh keria

Salam..
Petang ni duduk sesorang kat rumah rasa sunyi pulak. Bila rasa sunyi mulalah..ada saje benda yang tak kena dan mulalah nak buat sesuatu. Kalau dah takde benda yang nak di buat..mulut ni mulalah rasa nak mengunyah aje. Jengok kat dapor ada plak belen keledek 2 ketui lebihan masak hari itu..
Jadilah..cukup untuk buat beberapa keping kueh keria keledek. akak lebih suka gulanya di sira dari di tabur saja macam donut. Inilah yang membezakan antara kueh keria dan donut.


21/04/2011

capati,nescafe

Boleh pandang pandang..jangan pegang pegang..
Jemput minum.. nescafe ngan capati aje..mamak mari..hihih