09/08/2011

hari ke8..

salam ramadhan..
Sudah masuk hari ke9 kita semua berpuasa.Semuga segala amalan sepanjang bulan yang penuh barakah ini diterima Allah SWT..amin..

Menu hari ini simple dan ringkas aje. sup ayam dan ayam goreng. lebihkan makan buahan aje..








08/08/2011

hari ke7

Salam ramadhan..
Nak masak apa hari ini ye? masak simple2aje dahlah..

Sham/Illa datang berbuka bersama.. bawak daging masak yougrt. dah mintak resepi nanti akk masak pulak.
sayur lemak boncis dan udang..
akk masak sambal ikan salar..
ayam goreng..

hari menggantung periuk..

Salam ramadhan hari ke 6..
Hari untuk berehat dari masak memasak..selepas memenatkan diri menjelajah beberapa shopping kompleks sekitar Klang dan Shah alam. Namun barang yang hendak di cari tidak juga dijumpai..hukhukhuk
Singgah sebentar di restoran Azira...semuanya ada untuk buat berbuka puasa..
pinjam cik google punya..

06/08/2011

hari kelima..beli aje..

Salam ramadhan..
Oya awal2 dah bagitau..dia tak berbuka puasa di rumah. ada kastemer dia nak belanja berbuka di luar bersama kelik dia laa..
akk set dah.. nak gantung piyuk aje ari nie.. makan untuk dua orang aje kan..ada masa sikit nak siapkan kerjatangan akk..





05/08/2011

hari keempat,ada resepi sambal giller..

Salam ramadhan..
Macam terlebih rajin dan terlebih berselera pulak hari nie..


masak lemak udang..feveret Oya..

sayur campur kobis n brokoli CH punya..rangup dan manis. Kobis CH memang sedap..berbanding kobis yg di jual di pasar biasa or supemarket..
 ayam masak kicap..

Sambal gila setahun!!!

tak tahu nak namakan sambal ni sambal apa..
kisahnya begini..masa kami anak beranak makan ramai2  sehari sebelum menyambut puasa..akk berborak dengan Nora pasal makanan yang kami makan dan apa yang emak kami masak semasa kecik dulu..
Nora kata..dia teringat masakan emak dia yang di namakan 'sambal gila'. Mendengar cerita Nora.. resepinya dan cara memasaknya  lebih kurang, akk dah dpat agak yang sambal ini serupa dengan emak akk masak masa akk kecik dulu.. cuma olahan masakan berlainan sikit. Sambal yang emak/nenek akk masak namanya 'sambal tahun'. sambal ini kalau makan dengan nasi panas2 dengan ikan goreng pun dah cukup..pergh! pedas mengancam!!


resepinya..
segenggam cili api..akk campur 4 biji cili hijau
segenggam ikan bilis
beberapa biji bawang kecil. bawang besar pun boleh
1 ulas bawang putih
garam ,asam jawa, sedikit gula secukup rasa.klau tak suka gula..jangan bubuh. pak aji pun ikut suka..
caranya..
kalau mak akk masak dulu2..tumbuk semua bahan tak berapa lumat. pastu tumis sampai berdesin..maklum api dapor kayu kan besor..heheh. tambah air..kecikkan api jadi bara..bior sampai air kering kat dalam kuali. Setiap hari panaskan..sampailah sambal tu habis di makan. tak ingat pulak berapa hari tahan sambal tu. agaknyalah...itulah sebabnya sambal tu di panggil 'sambal tahun'..kihkih

Yang akk masak tu..guna resepi sama..cuma akk blender lumat..
 cubalah..pedas giler!! pastu tahan setahun pulak!! akk namakan aja sambal giller setahun!!..ngee..


 laksa johor dari Azira restoran

04/08/2011

hari ketiga

Salam ramadhan..
wah! susah juga kalau hari2 masak nih!!..susah nak memikiew apa menu untuk ari ni.. hari ini ikut selera akk ajelah. apa terlintas di kepala.. masak saja..:-)

buahan campuran..ayam goreng berempah..kembung masak pindang lawan dgn ikan masin semalam..layan aje selera kampung akk..hehe

meehoon goreng tomyam. first time makan kat kenduri rumah Ezzy kakak Elyana. Ezzy buat kenduri pindah rumah. Sedap meehoon gorengnya..berkenan di tekak akk ni...nak tanya resepi malula pulok..heheh..

jadi akk cuba cipta resepi sendiri. berdasarkan rasa yang akk boleh agak masa makan ari tu...hikhik.
bahannya..
1/4  meehoon cap bintang *senang cerita sebungkus bagi 4*rendam sampai lembut
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1-2 sudu cili giling/blender
udang basah ikut suka nak banyak mana
sepelepah daun selery
5-6 helai daun limau purut
1 btg serai di titik
1 biji tomato
sawi bunga secukupnya.
kalau sika bubuh kek/fish ball pun boleh.
1 biji limau nipis.
1 kiub ikan bilis knor

1. Tumis bawang besar, bawang putih yg telah di tumbuk lumat bersama cili dan serai sampai berbau wangi. masukan tomato yg di potong kecil, tumis sampai tomato hancur. masukan air dan kiub ikan bilis dan biar mendidih.bubuh garam secukupnya..
2. Bila air dah didih..masukan meehoon, udang daun selery, sawi dan bahan lain yg nak dimasukan. kacau balik2kan.
3. Bila dah hampir masak , masukan hirisan daun limau dan air limau purut. dan rasalah masam masinnya..opps! mana boleh rasa..kan puasa!!

cobalah ye..klau tak sedap jangan salahkan akk ekk!! sbb akk masak sedap aje..papa yang kata!! hehehe..

menu hari kedua..

Salam,
Baru dua hari puasa..
Alhamdhulillah..Allah memberi kesihatan yang baik dan masih cergas untuk sesi masak memasak. Kalau ikutkan hati..memang nak membeli saja di pasar ramadhan. takyah susah2 masak..setakat nak makan 3 orang saja. Tapi akk cuba menahan  nafsu dari membeli makanan yang dah siap..hehe.

hasilnya..masaklah asam pedas ikan pari..

 ikan kurau masin
kueh mueh papa beli..

 buahan. tembikai ni tawar. akk ada petua..hehe petuake ni? kalau nakkan tembikai tu rasa manis *makna kata ..memang dah tahu tembikai tu tawaulaa* tebuk sedikit kulit sampai nmpk isi..tuangkan airgula dlm lubang buah tu..simpan semalaman. airgula akan resap kedalam buah tersebut dan rasanya jadi manis..

~ yg ini tak smpt nak ikut petua. lepas potong tuang aje airgula..pun manis juga..hehehh ~

 ~ ini kek oder dari Nane..sedap U ..mkn sampai kepingan terakhir!! ~

03/08/2011

Salam ramadhan dan selamat berpuasa..
Tahun ini t kami bertiga sahaja di rumah ini menyambut ramadhan. Ai sudah memulakan kehidupan berkeluarga dan tinggal di rumah sendiri. Mood memasak dan membeli pun belum datang lagi. layan ajelah apa yang akk masak untuk sajian berbuka puasa kali ini..

Hari pertama..sebenarnya bila usia dah meningkat ni..juadah berbuka dah mcm dah tak penting sangat. Asal ada makanan yang kita suka dah kira ok. Cuma nak layan selera anak gadisku saja..apa yang dia nak makan. Tahun ini saja kami boleh berpuasa sesama. InsyaAllah tahun depan..kalau panjang umur akk boleh berpuasa bersama tapi dia sudah menjadi milik orang. Belum tentu dapat merasainya seperti tahun ini, dan tahun sebelumnya...

hari pertama masak tomyam bodobodo..heheh.guna pes readymade..hehe.udang goreng tepung pun tak menjadi, tengiri goreng dan tumis sawi putih..

pencuci mulut..tembikai, strowberry.. beli kat CH ari tu banyak, kueh apa nama tu tepung pelita!..papa beli. pengat keledek akk masak.


 kurma sofiea dari yusuf tayoob..sumbangan dari  Am. temekasih Am. friends4ever..

01/08/2011

salam ramadhan

Salam..
Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak buat semua mengunjung dan pembaca blog akk. Sempena menyambut bulan yang membawa seribu kebaikan ini, akk nak memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan atau kata2 akk yang menyinggung perasaan tanpa akk sedari.Semuga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan kita di berikan kekuatan untuk melakukan ibadah puasa, terawikh dan ibadah lainnya dengan sempurna dan dapat menghapuskan dosa yang pernah kita dilakukan..amiinn..



Selamat Berpuasa semua...

sepetang sebelum menyambut puasa..

Salam,
Panjangnya tajuk..suka suki aje nak bubuh takuk apa..
Seperti biasa.. sama seperti tahun2 sebelumnya..petang sebelum menyambut puasa kami akan berkumpul anak beranak, buat makan2. Kalau orang N9 kata mantai...sampai tumbanglah sekor kerbau/lembu. Tapi keluarga akk takat tumbang 2 ekor ayam pun dah cukup.
Kali ini ada lain sikit..anak2 bawa makanan masakan mereka sendiri. Suka sangat..semuga anak-anak akk mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka..Amiin..

masakan akk yang anak2 suka makan.
kek keremel oder dari nane.sedap sangat..semua sukakannnya. lain kali boleh oder lagi dari nane..
 rendang ayam..

 sambal / kuah kacang. sambal tumis akk masak juga..sedap makan dengan nasi empet..

Nadiah bawak dua jenis pizza dan pudding.. lupa tanya nama dia apa. dlm dia ada biskut dan pisang..sedap sangat ..




Nora bawa laksa dan ubi rebus dgn sambal tumis ( feberet pak mentua dia..heheh )


Illa pun masak laksa, kuala kangsar..terbaik punya. takde lak dlm gambo sebab selepas sesi bergambo baru dia mari..hihhi

18/07/2011

apam comel

Salam,
percubaan pertama membuat apam comel. mudah saja dan sedap pulak tu. nampaknya selalulah kena buat apam ni..sebab semua orang sukakannya. resepinya ada di sini. terimakasih my resepi..semua resepi ada di sini..

14/07/2011

menu paksu corner best!

Salam..
Sejak kebelakangan ini akk n papa kerap makan di kedai paksu corner. kekadang lunch..kekadang dinner pun. Banyak menunya.. dan semuanya sedap-sedap. Tak caya cuba try rasa..ngeeee.. Sesapa yang duduk Shah Alam..kalau nak pergi..kedai dia kat seksyen 16.Beberapa menu yang akk dah cuba..semuanya sedap belaka...

tumisan kupang n kacang panjang, cencaru sumbat bakar*sambalnya sedap sangat*kuah lemak ketam, ulam dan sambal mangga..
kurma kambing, ulam *akk panggil pucuk tenggek burung* nama sebenar tak tahu, sambal belacan.

ulam salad, sambal, siput masak lemak, kembong goreng, tahu gebu masak sos tiram. *siput ..sedap*

07/07/2011

Salam..
Cuaca sejuk aje pagi ni. Mood pun sejuk. Duk berguling2 depan tv..perut pun berlagu keroncong. kalau lagu keroncong dendangan hatty keos endang..takpe juga..jadi hidangan halwa telinga. hehe..
Untuk hidangan si pewut yang sedang menyanyi ni...jom layan aje..si buah sukun yang sudah di goreng...nyuum..nyuum..nyuummm..

Biasanya..sukun digoreng bersalut tepung..samada tepung beras atau tepung gandum atau campuran keduanya sekali. Tapi..akk lebih suka ianya di goreng begitu sahaja!!!