05/04/2011

ketam masam manis


Salam dan selamat sejahtera.
Suka tak makan ketam? kepada sesiapa yang suka makan tu..jangan terliur ye tengok gambar ni.Buat tatapan mata aje..masakan akak ni.Kalau nak makan..boleh laa datang rumah..hehe
Ketam masak masam manis.resepi ini bukan saja untuk masak ketam..masak siput sedut pun sodap.


resepinya..
2 ekor ketam( masak 2 ekor saja utk 2 org..yg sorang lagi tak makan ketam)
3-4 biji cili merah(kalau nak pedas tambah cili api)
4-5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
sebesar ibu jari kunyit hidup
sebatang serai( dititik )
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tomato sos
1/2 sudu besar gula( ikut suka )
1 cawan air ( ikut keperluan )
garam dan perasa secukup rasa.


caranya..
Semua bahan di tumbuk lumat. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di tumbuk, masukan serai.Tumis hingga berbau wangi. Masukkan sos tiram dan sos tomato.Tambah air dan masukan ketam, garam dan gula. Balik-balikkan sehingga masak. Kalau suka..bila sudah cukup rasa masam, manis, masinnya..pecahkan telor kacau hingga masak.( tapi akak tak tarok pun..)



04/04/2011

sambal petai tempe

Salam sejahtera..semuga sihat semuanya..
Pernah makan sambal yang macam dalam gambar ni? Sambal ni biasa aje..bagi orang kampung macam akak. Tapi..mungkin pelek sikit bagi orang bandar kut. Tak kisahlah tu kan.Janji sedap.
Jom layan resepinya..pastu cuba ye..: )



bahannya:-
sekeping tempe ukuran biasa di potong kecil2 ( kalau suka biar beberapa hari..cam rasa dah nak busuk..tapi belum busuk)
segengam cili api..kalau tak suka pedas kurangkan.
segenggam ikan bilis ( akak guna ikan bilis putih )
beberapa keping petai buang kulit
beberapa bijik bawang merah
seulas bawang putih
garam..sedikit gula dan perasa.

caranya..
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih. Basuh ikan bilis dan tumbuk separuh lumat. Dalam kuali masukan secukup minyak untuk menumis . Masukan ikan bilis biar sedikit garing..pastu masukan cili. tumis sampai masak cili. Pastu masukan tempe..kacau sampai sedikit hancur, masukan sedikit air agak2 tengelam tempe. biarkan atas api sampai sedikit kering dan masukan petai. Masukan garam, gula dan perasa. biarkan kering dan angkat. makan dengan nasi yg masih panas dan lembik sikit. pergh! sodap! tak caya cuba ar..

17/03/2011

Salah satu menu masakan di restoran Thai..semasa makan malam dengan papa sempena birthday akak hari tu..

Tak ingat apa nama masakan ini. rasanya dan aromanya teringat sampai sekarang.
takde resepi ye..sbb bukan masakan akak..

25/02/2011

khasiat asparagus

Harijadi akak yg baru lepas..papa belanja makan kat restoran Thai.Salah satu menunya adalah sayur asparagus.



Akak cuma nak tahu apa khasiat sayur asparagus yang sangat mahal ni.Pencarian akak melalui cik google..akak temui ini..

23/02/2011

Cakar ayam

Salam dan selamat sejahtera.
Tahu tak..apa nama makanan ni? Kalau orang sebaya akak mungkin kenal..kalau sebaya anak-anak akak ..mungkin ramai yang tak kenal kot.
Kueh tradisional ni namanya cakar ayam. Kenapa dinamakan cakar ayam ye?..akak pu tak tahu..agaknya rupa bentuk kueh ini menyerupai kesan-kesan cakar ayam kot. Kueh ni asalnya di buat dari ubi keledek. Sekarang ni ada juga yang dibuat dari ubi kayu dan keladi. Rasanya memang berbeza. Yang di buat dari ubi keledek lebih rangup dan lembut. Sayang nya akak takde resepi kueh ini.Tapi tak susah nak dapatkannya..banyak ada di jual di kedai-kedai makanan tradisional. Kalau teringin boleh beli saja..boleh membantu IKS negara kita..
Kueh ni akak dapat dlm beg doorgift dari satu majlis perkahwinan.

20/01/2011

meehoon goreng

Salam..
Selalu jadi camni. Bila akak teringat nak makan sesuatu..pasti papa balik bawak makanan tu...takpun dia ajak gi keluar makan.
Ini terjadi pagi tadi. Teringat nak makan mee hoon goreng. Masak aje apa2 bahan yang ada kat rmh. Tup2..bila papa balik..dia bawak balik meehoon goreng. Cuma kaler aje lain2..siapa nak makan tu..banyak sangat..akak sesorang aje kat rumah ni..heheh


12/01/2011

asam rebus ikan tengiri

Hari ini cuaca agak panas..selepas beberapa hari redup dan mendung serta hujan renyai2.
Hari ini kakyon masak asam rebus ikan tenggiri..kenalah dngan cuaca yang panas..berselera sangat sampai hirup2 kuah sampai habis..

gambar ni minggu lepas punya..


bahannya..
  • 2 keping ikan tenggiri
  • beberapa biji kacang bendi
  • 1 labu bawang besar
  • 1inci lalia muda
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • sehelai daun kunyit di siat2
  • 1 btg serai di titik
Caranya..
Bersihkan ikan seperti biasa. Bendi di potong hujung dan pangkalnya. Cili merah, bawang putih , halia dan kunyit di blender lumat. Bawang besar di mayang halus.
Masukan ikan dalam periuk. masukan juga bahan yang di blender, bawang, bahan-bahan lain dan garam. masak sehingga mendidih dan masukan bendi. masakla.. sehingga ikan cukup masak.

04/01/2011

yon's cookies

Bestnya kalau dapat setiap hari duduk rumah..takde apa-apa urusan. Boleh lepak-lepak..sambil buat apa yang kita suka kan..
Dah terlebih rajin laa nie..tak raya pun akak buat cookies. Bahan dah sedia ada..beli masa nak kenduri kawin hari tu...ada balen lagi..so kasi perabih laa. Senang  nak kemas kabinet stock barang dapur..lapang sikit..hehehe




Percubaan pertama buat Pudding Triffle

Sudah lama kakyon teringin nak makan pudding Triffle. Tapi tak berkesempatan nak membuatnya..kena tunggu anak-anak semua berkumpul baru boleh buat..kalau tak, takde sapa nak makan..akak jugak yang jadi tong sampahnya..
Bila anak akak ajak makan - makan kat rumahnya..tergerak hati nak mencuba resepi ini. dalam pencarian resepi di tenet..terklik blog ini ..
Terimakasih My Precious Life..akak copypaste resepinya ye..





Bahan-Bahan:

Swiss roll / kek coklat / kek buah (MJ guna kek coklat)
- akak guna kek strowberry..itu aja yg ada..
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
- akak guna 1 tin susu ideal
2 gelas air
- akak guna 11/2 tin air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotak serbuk jeli
- akak guna agar2 biasa..serbuk jelly takde

1. Potong kek dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
- air buah kak masak dlm agar-agar

3. Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla [atas darat,meaning kacau dahulu dalam periuk baru di masak atas api].
Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.
- akak curahkan sebahagian agar-agar keatas kek..cukup utk basahkan kek saja.. 
Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

Cara masak agar-agar biasa ( stripe )
- satu bahagian agar-agar..kak guna cawan ( potong/gunting agar-agar kecil-kecil..sukat dlm cawan)
- 4 bahagian air..guna cawan yg sama..termasuk air buahan koktail.
-1/2 cawan gula atau ikut suka.
Masak seperti biasa..
selamat mencuba..

02/01/2011

tepek gambar aje

Salam pagi minggu..
Sudah agak lama tidak menghupdate blog masak-masak akak nii. Jom ler layan gambar-gambar yang sempat akak ambik, tapi tak sempat nak di tepek..selama akak tak dapat bersiaran..






Inilah daging rusa yang akak masak.goreng berempah macam sate, tapi liatlah...
Kalau masak kari atau rendang  ok kut..boleh masak lama..jadi lembut.
pestaim masak..hehe

23/12/2010

daging rusa

Pernah tak makan daging rusa? akak tak pernah !

Pertama kali dapat/tengok daging rusa. Sham bawak balik lama dah..kalau tak silap sebelum hari raya. Tak berkesempatan nak masak..jadi simpan aje dlm aisbox sampai sekarang. Sekarang ini teruja nak memasak dan hendak merasa makan daging rusa...tapi akak tak tahu  cara memasaknya.. bagaimana resepinya..
Kalau ada sesiapa yang pernah masak daging rusa..bolehlah kongsi ngan akak ye..

17/12/2010

update menu hari ini..

Menu hari ini..ikan senangin masak lemak cili api..tumis kangkong ngan udang. Sedap makan masakan sendiri..baru rasa puas hati. Kalau asik beli aje..rasa naik muak pulak. Papa pun makan bertambah2..nie yang tak bes nie. Nanti badan dia cepat aje naik. baru nak slim sikit...hehe


Bubur lambok, cookies

Salam dan selamat pagi jumaat yang membawa berkat.
Pagi ni ada masa nak update blog yang ini. Lama menyepi, takde cerita pasal masak2 dan menu yang enak2 kerana lama tak memasak. Semenjak sibuk sangat kebelakangan nie..lauk pauk beli saja. kalau masak pun..takat goreng ayam, ikan, telor..heheh..pastu tumis sayur.Cukuplah utk makan malam 3 beranak. siang2 dah buat hal memasing..hehe

Pagi ini rehat sesorang kat rumah..sementara menunggu papa n dhani balik. Mesti papa balik lmbt sikit. mesti dia dan dhani dah bekpes kat luar. apa akak nak buat bekpes ni ekk? jom layan aje. janji kenyang..


bubur lambok..papa bawak balik dari masjid malam tadi..reheat aje kat makrowev. sedap giller bubur lambok masalkan cik Ani  nie. Beskut..cookies..lebih masa wedding ari tue..cicah ngan kopi O..
sedap!! ada banyak lagi..kalau nak merasa mohlah singgah!..