Lama tak update sesi masak memasak.Pagi ni ada masa sekejap nak meng n3..sebelum kaluar rumah.Layanlah gambar nasik goreng yang di masak semalam.
2 mangkok nasik ( nasi baru masak..bukan nasik sejuk )
5-6 ekor sotong ( potong kecil )
1 sudu lada hitam ( akak tarok lebih,suka pedas )
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai( hiris halus )
3 sudu besar udang kering
beberapa helai daun limau purut( hiris halus )
- semua bahan di tumbuk lumat, kecuali yang di hiris
- tumiskan semua bahan yang di tumbuk lumat hinggan gareng dan wangi. masukan sotong,garam secukup rasa, tumis lagi hingga sotong masak.
- masukan hirisan serai dan daun limau purut tumis lagi.
- masukan nasi dan tumislah hingga masak
kalau suka ..boleh tambah sayuran, togeh atau kacang panjang.
14/10/2010
22/09/2010
ayam panggang madu
Lepas raya aje..dapor pun kurang berasap. Mana tidaknya..terjah rumah sedara mara..belum lagi open house sana sini.Kura-kura panjat dinding ler jawabnya..
Hari ini baru rajin nak masak. Masak sup ayam kosong tanpa kentang ( kentang dah habis )..sambal kicap..ikan kurau masin. Nak goreng ayam, malas pulak..nanti minyak merecik..baru kemas dapor yang tonggang langgang selepas raya. Oya kata ..panggang aje.! Oklah.. panggang pun pangganglah..

bahannya..
5 ketul ayam ( dalam gambar ada 4 aje kan..seketul dah kena sambar )
1 inchi halia
1 ulas bawang putih
sesudu madu
sesudu kicap manis
sesudu serbuk lada hitam
secukup garam
sedikit perasa
Caranya..
Tumbuk semua bahan sampai lumat dan lumurkan pada ayam. Perapkan sekejap. Pastu bakar dalam oven.
Selamat mencuba..
13/09/2010
kek pelangi kampong
Masa nak raya tak sempat pun nak buat kek.Lepas raya baru nak buat.Inilah kek pelangi Kampungku. kurang manis kurang minyak..
06/09/2010
Rendang Satu Malaysia
Salam semua..
Cuma beberapa hari sahaja lagi..seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri.
dah bersiap2 nak masak apa menyambut pagi raya nanti? kakyon nak share resepi rendang yang kakyon wajib masak setiap tahun. Mulanya rendang ni kakyon namakan rendang 4 rasa atau 4 jenis.Sekarang nie..kakyon nak namakan rendang 1malaysia..sebab semua ada.. dalam satu rendang...
Dulu janji nak bagi inna resepi nie..setahun baru dapat ye inna. Yelah.. bila raya baru nak buat.
Ini belum berapa kering.Kakyon masak awal..simpan dlm freezer..bila nak makan keluarkan kacau sampai kering. kalau malas lagi.defross pastu reheat.
bahan2nya..
- 2 kg daging
- 1kg hati
- 1 kg limpa
- 1kg paru
- 9-10 biji santan kelapa
- 300 grm cili kering
- cili api ikut suka pedas
- 1kg bawang besar
- bawang kecil ikut suka,tak tarok pun takpe
- 3-4 labu bawang putih
- 1/2 kg halia muda
- seketul lengkuas
- 30 batang serai di titik
- 10 batang serai di blend
- 3 helai daun kunyit
- 1 cawan kicap manis
- daun limau purut secukupnya
- 4 keping asam keping
caranya..
a.. semua daging dan lain2 di potong kecil2..ikut suka. Kakyon potong setiap daging lain2 bentuknya..senang nak pilih bila makan. Contoh..daging potong memanjang sikit. hati potong serong..limpa potong patsegi..paru potong dempak..heheh. kenapa kakyon potong macamtu? sbb orang kat rumah ni..selera tak sama..ada yag suka paru..ada yang suka hati..jadi senang diaorg nak pilih nanti..tengok bentuk aje..
bersihkan dan toskan sampai kering darah nya..
b. semua bahan di blend..kecuali serai, daun kunyit, asam keping, daun limau.
* untuk mengelakan air jangan banyak sangat..selepas blend bahan.. tapis airnya. gunakan air tapisan untuk memblend lagi bahan lain.
c. masukan semua bahan blend, serai yang dititik dan semua daging kedalam kuali..kalau rasa macam tak cukup air boleh tambah. kacau sampai masak dan pekat. pastu masukan daun limau, daun kunyit, asam keping, kicap dan garam dan sdikit gula. Masak sampai betul2 kering dan bertukar kaler hitam.
* nak cepat kering..kakyon pindahkan kekuali kecik. kacau sampai habis. Agak2 paham ye..
selamat mencuba..
sambal ayam berempah..tumis peria katak
Menu hari nie..sambal ayam berempah..resepi ada kat sini
tumis peria katak. hasil tanaman sendiri tau..tak caya tengok kat bawah ni..
Fresh dari kebun..hehhe
kebun belakang rumah aje..tengok buah ada banyak lagi belum petik.sari dua lagi, kutip hasil lagi.. banyak2 nie nak bagi sapa ekk?
04/09/2010
sup tulang, kari ikan masin
Dah nak habis puasa, baru teringat nak makan sup tulang.
Papa kata.. nanti dia nak beli kat pasar ramadhan.
Pilih yang sedap2 tau!!
EH! tak rasa..mana nak tau sedap ke tidak??
Alaa~ pilih lah~ yang tengok macam berselera ajer!
kla~ klah~ nanti papa beli!
Kat petiais ada ikan kurau masin, bende, tomato dan bahan-bahan keperluan lain. Jadilah..hari ini masak kari ikan kurau masin..perghh ! masak nasik pulak lembik2 sikit..tak sedar..tambah nasik 2 pinggan..
30/08/2010
Menu semalam
Menu semalam..banyak yang di import dari rumah Ila.Kakyon cuma masak sup snowwhite, kueh nagasari dan ikan masin kurau goreng pedas.Papa pulak beli "Ayam Golek Gelantang"..hehhe
Lupa nak tanya Ila..daging masak apa ni? sedap! sampai tak cukup nasik!
tumisan udang cara Ila
sambal tumis sotong kering
ayam golek
Nagasari!..dengo nama pun dah gerun! belum tengok rupa lagi..hehhe
mana sup snowwhite nyaa?
lambat plak nak posing..
ada!!!..ni dia!!!!
menu hari keberape? dah tak ingat..
Dah tak ingat menu hari keberapa puasa nie..
Layan ajelah..percik ayam @kayangan dan sardin sotong masak kicap.
Lama tak masak sardin sotong..yumm..yumm..yummy sampai menjilat jari..
Layan ajelah..percik ayam @kayangan dan sardin sotong masak kicap.
Lama tak masak sardin sotong..yumm..yumm..yummy sampai menjilat jari..
26/08/2010
Menu ramadhan ke16
Salam ramadhan dan selamat berbuka buat semua.Selamat menikmati hidangan yang yang disediakan bersama keluarga tersayang.
Inilah hidangan juadah dari kakyon..asam pedas pari@kayangan,tumis sawi bunga dan telor dadar saja.Manisan pula..kakyon buat lepat pisang dan ubi gula merah.
Inilah hidangan juadah dari kakyon..asam pedas pari@kayangan,tumis sawi bunga dan telor dadar saja.Manisan pula..kakyon buat lepat pisang dan ubi gula merah.
Bahan2nya :-
- 3 ketul ikan pari
- 10 tangkai cili kering atau secukupnya
- 4-5 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1/2 inci halia
- sebesar ibu jari kunyit hidup
- sebesar ibu jari belacan
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil lada hitam, kalau suka pedas boleh tambah.
- asam jawa secukup rasa.
caranya :-
Sama macam masak asam pedas yang lain.
Khasiat tembikai susu
N3 sebelum masuk dapur..
Semalam tak masak..balik kampung ziarah suami sepupu kakyon yang kembali ke rahmatullah..semuga di cucuri rahmat ke atasnya dan dimasukan dalam gulungan orang2 yang solleh dan solehah..amiinn..
Tembikai susu atasi masaalah sembelit
Buah tembikai susu kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C. Ia sesuai untuk penjagaan kulit dan saraf, juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Selain boleh menurunkan berat badan disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, tetapi mampunyai kandungan air yang banyak. Oleh itu, ia boleh membuatkan seseorang itu rasa kenyang bila memakannya.
Sumber dar majalah midi.

24/08/2010
Pecah rekod sendiri
Assalamuaalaikum..selamat pagi selasa yang selesa..
Alhamdhulillah..dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Mood memasak dah berkobar-kobar menyala, macam obor piala dunia yang baru lepas. Perengkat awal macam takde mood aje nak masak..maklum rentak perut baru nak bermula. Sekarang ni.. rentak dah menjadi..takde masalah nak memukul gendang periuk dan kuali..hehhe.
Kakyon telah memecahkan rekod sendiri..tidak membeli lauk di kedai dan kebaazar ramadhan,Waima tidak membeli mee goreng untuk dimakan bersama nasi, seperti kebiasaan ramadhan yang lepas - lepas.
YAHOO!!..kakyon dah boleh lari dari kebiasaan itu.
Meh!! layan irama gendang yang kakyon palu petang semalam..

Menunya :-
- ikan kerisi goreng
- ikan kerisi masak lemak palembang
- tumisan sayur bayam
- agar2 gula merah
Papa beli :-
- cucur udang
- kueh ketayap
Alhamdhulillahh...semua habis..tiada pembaziran berlaku.Agar2 aje lupa nak makan..masa bersahur tadi baru makan. Masih berbaki lagi. Petang nanti ..tak payah nak masak manisan buat pencuci mulut.
23/08/2010
macam-macam ada..
Salam petang isnin..
Juadah untuk berbuka petang semalam.Semua orang ambik peranan memasak.Ada banyak juga menu semalam..tapi tidak sempat hendak dibuat tayangan perdana.Posingkan mana yang sempat aje lah ye..hihih
Manisan.. Puding keremel roti yang Oya buat.Masa dia kecik, kakyon selalu buatkan untuk dia, sebab dia suka makan.Dah besar dia buat sendiri untuk seisi rumah makan..sampai kakyon pun dah ingat2 lupa resepinya..heheh

Nora datang bawak paru goreng berempah.Sedap rasanya..pasni kakyon nak masak macam dia masak pulak..
Sambal sotong Nora
Tumisan sayur petola dengan su'un..Nora yang masak.
Ikan masin kurau goreng pedas cili api..Wauu!! terbuka selera.makan pulak dengan sup kepala ikan merah.
Sup kepala ikan merah, mehoon s'pore dan bingka ubi..malu pulak nak berposing ...
20/08/2010
Juadah hari ini
Salam..
Sambil2 tengok tv..kita tepek gambar menu yang kita masak petang tadi.
Olih kerna cuaca panas terik..tekak pun kering..terasa macam nak makan berlaukan yang seger..kata orang jawa. Jom layan apa yang kita masak..
tumisan udang
tengiri masak pindang
ikan kembong bakar bumbu
air asam kicap
salam n selamat berbuka..
Subscribe to:
Posts (Atom)