19/08/2014

goreng pisang rangup lagi..

Assalaam..
apa nie..asik share gambar goreng pisang aje?
tak kisahlah..makcik suka..
takde menu lain ke?
ada..tapi makcik taknak sharelah..segan. ko orang nya menu n resepi lagi hebatkan. lagipun pisang goreng nie kan makanan gulungan orang marhaen macam makcik..
jadi makcik tak kisah melayan pisang goreng hari hari..makan hari hari pun takpe..heheh


Ini resepi goreng pisang ranggup yang akak share dari rakan blogger akak..
komen ni akak dapat dari entry yang ini ..
mala saad ni seorang pencinta tumbuhan. blog beliau banyak mengisahkan tentang aktiviti bagaimana beliau suka bercucuk tanam..
ada masa terjahlah blog beliau ye..

kali ini akak guna pisang abu atau pisang kapas. orang jawa panggil pisang kapok..
memang sangat rangup..sampai sejuk pun masih rangup lagi.terkena pulak pisang yang lembek sikit..diluarnya keras rangup..bila di gigit dalamnya lembut macam berkerim..

14/08/2014

goreng pisang rangup

Assalaam..
Baru dapat buat 4 hari puasa syawal..
terfikir nak buat juadah apa?
Tetiba teringat nak buat goreng pisang.. goreng pisang yang rangup..
semalam terjah blog sesama rakan blogger..beliau siap share resepi macamana nak buat goreng pisang rangup..
akak share pulak kat sini ye..
akak kopi pes jer dari blog beliau..

orang johor makan goreng pisang mesti nah cicah sambal kicapkan.. betul tak?



sumber resepi dari blog * daribintang *
1.  Tepung beras 500g 2.  Telur sebiji 3.  Kapur makan, tolong jangan guna kapur kasut mahupun kapur barus. 4.  Serbuk kunyit 1 sudu kecil 5.  Air untuk bancuhan agak2 je 6.  Garam dan perasa [optional] pun agak2
Cara-caranya;
1. Masukkan tepung beras ke dalam mixing bowl, masukkan garam, serbuk kunyit.  2. Larutkan secubit kapur makan[lebih kurang sebesar hujung jari kelingking] dengan setengah cawan air sehingga air bertukar keruh. 3. Masukkan air kapur ke dalam tepung beras 4. Masukkan telur 5. Bancuhkan dengan air sehingga dapat kepekatan yang sesuai.**
**tepung tu kalau aku, aku akan buat pekat sikit daripada bancuhan roti jala. Tapi jangan terlampau pekat nnt tepung tu jadi tak rangup. Tapi kalau nak goreng cempedak yang masak, perlu pekatkan lagi kalau tidak tepung tu tak dapat selaputi seluruh cempedak tu.

16/07/2014

turi masak lemak

As salam..
menu lauk utama akak hari ini masak pucuk turi masak lemak..ada orang panggil pucuk geti.pastu goreng ikan timah. lama betul  tak makan lauk seperti ini. iftar tahun ini akak lebih suka masak semdiri..tu yang datang idea dan selera nak makan lauk masakan orang lama..

bertambah selera dengan ikan masin dan sambal belacan..


 lama tak jumpa cik timah nih.sekali akak nampak di pasar terus akak rembat. teringat zaman kecik..mak akak goreng garing atau buat sambal. selain tu tak tahu pulak masak apa yang sedap..


kerepok lekor ganu kito.. pemberian office mate Oya..sangat sedap..

15/07/2014

iftar hari ke17

As salam..
Iftar hari ke 17..

petang nie..layan keladi goreng..
Beli sebuku keladi.. harganya RM4.90. buat keluarga akak yang tak besar ni.. boleh buat dua menu..

..menu petang tadi akak goreng..

...menu sebelumnya.. akak buat pengat.

 atas permintaan papanya..Oya merajinkan diri buat puding keremel roti. sekali hadap..sapann!.hihihi


 semuga murah rezeki jiran akak..cempedak goreng dan buah manggis pemberian jiran akak..

..dan Iftar sebelumnya..

 laksa johor Azira..


 beryani daging..


 sambal telor puyoh..



 terubok bakar sambal kicap..

 
 pucuk meranti dgn keledek masak lemak. lawankan dengan sambal belacan dan ikan tenggiri masam.pullamak! terangkat !
nanti nak masak lagi..

11/07/2014

bawal putih kukus..

As salaam..
iftar hari ke12, masak ikan kukus lagi. Nampaknya masakan ini dah jadi feveret kami..
kali ini try masak ikan bawal putih pulak. Sangat laa lazatnya..orang baru baik demamlah katakan..yang masam-masam juga menambat selera kami.. 


Ikan bawal putih kukus 

Resepi copipaste semula..akak kurangkan apa yang terlebih n tambah apa yang kurang..

4 ekor ikan bawal putih sederhana besar
Basuh bersih, lomor garam dan serbuk lada hitam.
2 inci halia muda di potong nipis atau panjang.
5 ulas bawang putih di penyek atau dimayang nipis ..
tabur atas ikan dan kukus selama 8-10 minit.

1 batang serai hiris serong
 4-5 biji cili api potong kecik
*akak tambah jadi 10 biji cili sbb nak pedas
3 helai daun limau purut racik halus,
akak tambahkan bunga kantan..sayang..dari tergolek2 dalam petiais..baik akak 
guna..taklah membazirkan..racik halus
* yg ini akak tak bubuh..
sekeping asam gelugur 
2 sudu besar jus limau nipis
* akak tambah jadi 3 sudu besar
kalau ada tomato harus akak bubuh juga..:)
* akak tambah 1 biji tomato
semua bahan ini akak tumis dengan sedikit minyak zaitun hingga naik baunya. tapi akak tertumis sampai garing pulak..hehe

dalam bekas lain akak campurkan..
1 sudu teh gula
1 sudu besar sos ikan
* 2 sudu besar sos ikan
2 sudu kicap cair.. akak tambah..sbb akak nakkan warna jadi coklat sikit, kalau jernih kurang menarik selera akak kut. tapi termasin pulak, rasanya 1susu pun dah cukup kut..
* yang ini akak tak bubuh
sepatutnya guna stok ayam 1/2 cawan, tapi akak tak ada..jadi akak guna 1sudu "maggi secukup rasa" dan tambah air 1 cawan..nakkan banyak kuahnya..semuanya akak bancuh sekali
* akak tsmbah air 2 cawan, pastu masukan dalam tumisan bahan A tadi. biar dia ngelegak dan tuangkan  dalam 
bekas ikan. kukus semula selama 5 minit

Pertamakali masak bubur jagung bubuh nangka..
Sedap juga..

Kueh rengas atau kasturi..cucu paling kecik pun suka..

10/07/2014

menu-menu sebelumnya..

As salaam..
..Ustaz ada kata..bulan puasa jangan tayang makanan banyak2..nanti buat kurang pahala orang yang melihatnya kerana terliur..
tapi kan..pengunjung blog suam-suam kuku akak ni kuat imannya..mereka tak tergoda langsung dengan masakan akak...bukannya special sangat pun. saja  akak tepek  nak buat ingatan or panduan untuk anak-anak akak. manalah tahu tetiba mereka teringat makan masakan emak mereka  sesedap rasa  pernah makan dan teringin nak masak sendiri..ada ker? atau aku yang perasan..hehe
 bila umur masih panjang..manalah tahu kut2 terlupa pulak cara nak masak apa yang pernah akak masak dulu..bolehlah belek-belek resepi sendiri..

8/7/14



 7/7/14


5/7/14






ikan kerapu kukus

As salam..

Sudah hari kesebelas..
baru nak hapdet menu-menu yang akak masak sepanjang bulan puasa nie.. 
di sebabkan baru baik tekak ni..takmaulah makan makanan berminyak dan pedas. 
Mr. Papalah yang cadangkan.. "masaklah yang berkukus".
akak pun mengooglelah resepi-resepi yang berlegar kat alam maya tu. macam-macam adaaa!! tak tahu nak pilih yang mana satu..

Jadi akak pun main agak-agak aje..guna bahan-bahan yang ada kat dapor akak. kebetulan ada ikan kerapu 2 keping dalam petiais. apalagi seawal pukul 3pm akak dah start menyingseng lengan..heheh

 inilah hasilnya..ikan kerapu kukus..

cendawan goreng..

masak lemak udang dan cendawan..

ini resepi kerapu steam yang akak olah ikut gerak rasa hati/tangan akak jer..
isi ikan kerapu 2 keping, bersihkan, lomor dengan garam dan serbuk lada hitam..
masukkan dalam bekas yang tahan panas dan muat dalam pengukus.
2 inci halia muda di potong nipis atau panjang.
5 ulas bawang putih di penyek atau dimayang nipis ..
tabur atas ikan dan kukus selama 8-10 minit.


1 batang serai hiris serong, 4-5 biji cili api potong kecik,
3 helai daun limau purut racik halus,
*akak tambahkan bunga kantan..sayang..dari tergolek2 dalam petiais..baik akak guna..taklah membazirkan..racik halus,
sekeping asam gelugur 
2 sudu besar jus limau nipis.
*kalau ada tomato harus akak bubuh juga..:)
semua bahan ini akak tumis dengan sedikit minyak zaitun hingga nauk baunya.tapi akak tertumis sampai garing pulak..hehe

dalam bekas lain akak campurkan..
1 sudu teh gula
1 sudu besar sos ikan
2 sudu kicap cair * akak tambah..sbb akak nakkan warna jadi coklat sikit, kalau jernih kurang menarik selera akak kut. tapi termasin pulak, rasanya 1susu pun dah cukup kut..
sepatutnya guna stok awam 1/2 cawan, tapi akak tak ada..jadi akak guna 1sudu "maggi secukup rasa" dan tambah air 1 cawan..nakkan banyak kuahnya..semuanya akak bancuh sekali. pastu masukan dalam tumisan bahan A tadi. biar dia ngelegak dan tuangkan  dalam
bekas ikan. kukus semula selama 5 minit..pastu..
ehem..ehem..dah boleh makan dah!!



08/07/2014

pengat pisang..

As salam..
Menu di bulan puasa dalam cuaca panas ni..apa yang lebih sedap di tekak..melainkan yang manis dan  sejuk..
Maka hari-hari lah akak masak bubur dan pengat. Baru lepas masak bubur kacang, bubur cha cha, pengat labu dan bubur jagung. Hari ini dah teringin nak makan pengat pisang pulak. Akak ni tak suka kalau masak bubur atau pengat campur-campur banyak bahan. Ada orang suka masak pengat pisang campur sagu atau bubur cha cha campur keledek. Kalau campurkan banyak bahan..nanti tak dapat nak menikmati rasa aroma bubur atau pengat yang kita masak..


Kebetulan santan kat rumah sudah habis. Semasa  akak ke Tesco beli barang keperluan dapur akak teringat iklan Nuffnang kat blog akak tentang santan S&P. Terfikir pulak akak ingin mencuba bagaimana pula rasanya santan S&P ini. tak perlulah setia dengan satu jenama saja kan..kenalah mencuba pelbagai jenama juga..baru tahu apa perbezaannya setiap jenama itu..

tidak menghampakan selera akak. rasanya lebih lemak dan pekat. percaya tak, dengan sesisir pisang abu/kapok akak hanya guna separoh kotak santan.sungguh menjimatkan..

 gabungan aroma pisang abu, daun pandan dan santan S&P..sangat membuka selera akak. wanginya semerbak keseluruh taman perumahan akak..hahaha

07/07/2014

asam pedas lada hidup

As salam..
 Sudah lebih seminggu berpuasa..baru berkesempatan nak updet menu kat sini. 
Ramadhan kali ini akak tidak kepasar ramadhan walau sekali pun. Begitu juga Mr. Papa. Mungkin  sebab kami semua tidak sihat..malas nak bersesak dengan ramai orang..tambahan cuaca agak panas dan berjerebu, jadi kami selesa berbuka ala kadar  dengan menu makanan yang ringkas saja..

 agak terajin sedikit memandangkan badan pun dah ringan dan mula kebah dari demam. teringin nak makan masakan yang pedas dan masam sikit..

Asam pedas cili hidup..
1 ekor ikan siakap sederhana besar, bersihkan dan potong 3 bahagian.
* angaran sekor rm8-10. nak tahu ikan siakap masih segar ke tidak, kalau lendirnya masih banyak, bermakna ikan masih segar..


6-7 tangkai cili merah/hidup
2 labu bawang besar            
sedikit belacan..blender sekali
 
seulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup 
bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit  di tumbuk lumat....
di tumbuk atau blender kering

asam jawa secukup masamnya
beberapa biji kacang bende
sebatang serai,sebatang bunga kantan dan daun kesum dan tomato. 
 
- panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang di tumbuk hingga wangi. 
- masukan pula cili yg di blend, tumis sampai pecah minyak..
- masukakn air asam jawa, serai dan ikan. masak sampai kuah mengelegak
- masukan semua bahan tambahan iaitu daun kesum, bunga kantan, bende dan tomato. tambahlah perasa kalau suka dan garam secukupnya.




23/06/2014

kek pavlova

As salam..

jakunnya akak!
..kek pavlova ni dah bertahun dalam pasaran..baru akak merasa bagaimana keenakkannya yang selalu di perbualkan..
bukan tak boleh mampu nak beli..tapi kan orang dalam rumah ini tak berapa suka manisan dari kek atau benda berkrim, tapi kalau manisan bubur/pengat sekejap jer dah sapan..hehe


kek sebesar piring cawan, sangat comel berharga RM15.


menantu perempuan kedua akak datang bawak kek ni. dia kata beli di FB. selalu juga dia beli dan bawa bermacam jenis kek kerumah. kek yang di belinya sedap2 belaka. terlupa pulak nak amik add rakan FB dia tu. boleh juga share kat sini..siapa empunya kek yang sedap ini. kek tiramisu dia pun sedap..
olih kerana terpaut kasih dan cinta dengan kesedapannya..akak pun mengoogle resepinya.

inilah resepi pavlova dari my resepi yang akak dapat tulisan  olih Deena Ibrahim.

Bahan-bahan ( sedulang bakar )

  • 6 Biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor (nak manis lg tambah la lagi secawan)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 2 kotak kecil atau sekotak besar whip cream
  • Buah-buahan ikut suka (i letak strawberry sbb masam2 so contras la dgn rasa manis)
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara


  1. Putih telur tu pukul sampai jadi putih mengembang guna electric mixer guna tangan pun boleh
  2. Sambil2 pukul telur putih tu masukkan la sikit2 gula kastor tadi dan pukul lagi sehingga sebati
  3. Pukul sambai acuan tadi (putih telur+gula castor) jadi sticky melekat, letak atas sudu bila tebalikkan tak jatuh.
  4. masukkan cuka, essen vanila, tepung jagung dlm acuan tadi dan kacau sampai sebati serasi bersama.
  5. Dah setel ! Masukkan dalam dulang pembakar anda. rata2 kan
  6. Bakar dalam ketuhar oven 150degree selama kira 1 jam 45 minit ke 2 jam (memang lama!)
  7. Jangan bukak oven time ia dibakar nnt tak jadi sbb mengikut pengalaman kitorang, bila bukak time tak masak dia jadi kendur melepet tak cantik...
  8. **PENTING !
  9. Bila pavlova dah masak, jgn bawak keluar terus. Biar sejuk dlm oven dlm 30 minit cemtu.
  10. Biar pavlova dlm suhu bilik baru letak whip cream. Panas2 letak whip cream cayor la nnt
  11. Whip cream tu, masukkan korang putar sampai pekat dan takyah masukkan apa2.
  12. Oles atas pavlova korang tadi dan letak la buah2 an dah siap !
pasni pasti nak buat..

12/06/2014

tips menjaga kesihatan mengikut sunnah

As salaam..
Pagi ini akak nak share tips menjaga kesihatan mengikut sunnah. Tips ini yang akak tonton dalam video yang di hantar dari seorang rakan Whatssap akak. Video ustazah Norhafizah Musa menceritakan bagaimana beliau bertemu seorang doktor pakar wanita, dari doktor tersebut lah ustazah mendapatkan tips menjaga kesihatan mengikut sunnah dan beliau sudi berkongsi tips tersebut..
kalau nak tonton video tu panjang sangat, jadi akak catitkan yang ringkas saja..

so..inilah menu kita pagi ini..:)
minum 1 sudu minyak zaitun setiap pagi semasa bangun tidor..

minyak zaitun tu tak semestinya jenama ini..kebetulan saja..
 
beberapa perkara yang harus di buat bila bangun dari tidur..
  • minum air suam
  • minum 1 sudu minyak zaitun
  • minum 2 sudu besar pati delima, tak kira jenama apa..
  • campurkan 1 sudu madu, habatusauda, minyak kelapa dara, bancuh dalam airsuam dan masukkan beberapa helai za'faran
  • biarkan perut berehat selama 1 1/2 hingga 2 jam baru boleh makan
  • minum cuka makan. ejaan akak tak pasti..tapi di sebut KHAL sejenis cuka arab
  • kunyah kulit kayu manis sebagai makanan ringan.  
       selamat mengamalkan penjagaan kesihatan mengikut sunnah..

10/06/2014

pengat keledek

As salam..

bila cuaca panas..tekak ni suka makan benda yang berair dan sejuk.
sejuk rasa tekak kalau dapat makan makanan yang baru keluar dari peti ais.
rasa macam teringin nak makan pengat labu..tapi yang ada di dapor cuma keledek.
keledek pun keledeklah..janji pengat...
semasa sedang mengupas keledek, akak teringat masa kecik2 duduk di kampung dulu. kalau setakat ubi, keladi, keledek tak payah beli. melambak kat kebun..sampai tak termakan. memanglah tak termakan, sbb hari2 duk makan benda tu..berselang seli..sampai naik jemu..huh


tapi sekarang..sampaikan teringin sangat nak makan, kena beli pulak tu..dah tu tengoklah harganya..mahal kemain!

dapatlah akak memasak pengat..sepatutnya untuk minum petang, tapi di sebabkan cucu akak meragam..sampai kemalam baru selesai masak, dan dapatlah akak makan pengat keledek..hehe
tak susah membuatnya. ada keledek, santan pekat, gula pasir ada juga orang bubuk gula melaka sedikit garam dan daun pandan dan jangan lupa air secukupnya.. masaklah sampai boleh di makan..

04/06/2014

Nestum 3 in 1 menu hari ini

Assalaam..
Cuaca mendung sesekali hujan gerimis, sejuk sejuk ni perut memang cepat rasa lapar.
Nak buat pengganan untuk makan petang terasa malasnya. kalau dapat tidur lebih baik rasanya..fruuurrrrr
Bangun tidur bertambah tambah rasa laparnya. Perut pun dah macam leper jer!
..iyeke? 
takkan tak mkn petang sehari dah leper..tak mungkin! heheh..
dan keluar berbagai irama lagu syahdu sendu dan entah apa apa bunyi...
jadi menyusur kedapur..cari apa yang ada di dalam stor simpanan makanan didapur rumah akak?
haah..
tadaaaa..tu diaaa!
senang hidup akak kan !!
 
nestum 3 in 1, penyelesaian permasaalahan orang macam akak..heheh

 senang nak simpan, tak perlu kelentang kelentung membuka tin. siap sedia dalam bentuk sachet mengandungi 28g untuk satu hidangan.
 bukan ke senang!!

hanya tambah air panas dan sedikit gula secukup rasa..
sedia untuk di minum!!
yang penting dia HALAL !!
jom minum!
inilah menu akak hari ini..:))