31/12/2012

daun kesum penyelamat masakan akk..

Assalaam..
 Rasa lama bebenor tak memasak. asikler ada urusan keluar rumah..sampai tak sempat nak memasak. rasa jemu bebenor makan nasik bungkus,  lauk pun bungkus. dah jemu makan di kedai, restoran dan warong..
hari ini teringin nak masak pulak..
kebetulan takde aktivitikan..
nak masak apa yang ada dalam petiais jer. takyah susah2 pergi ke market beli barang2 nak masak. kesudahnya nanti bakal kena buang jer kedalam tong sampah. sebab tak dan nak masak..

jengah dalam petiais ada ikan merah. memula nak masak sup..daun sup pulak takde. nak goreng buat sambal..rasa sayang pulak..isi ikan sedap takkan buat sambal jer. 
masak lemak? bolehlah..semua bahan ada..
santan , cili api, serai, daun kunyit, tomato semua ada..
campak2..siap. bila merasa garam..aalamak! kenapa rasa lain macam aje ni..huhu
santannya dah rasa nak masam. silap akk tak pereksa dulu sebelum masukkan santan kedlm kuali..

takkan nak buangkan..sayang ikan dah nak masak..
apalah caranya akk nak hilangkan rasa masam santan tu..huhu
akk tengok ada daun kesum dalam peti ais. apalagi..akk pun masukkan daun kesum tu banyak2 dalam kuali. belasah ajelah. tak jadi hal punya..
 alhamdhulillah..bila dah masak hilang bau masam santan tu..yang timbul bau wangi daun kesum tu pulak..:)
kiranya daun kesum ni jadi penyelamat masakan akk. kalau takde daun kesum dalam petiais akk..pasti masakan akk dah masuk keperut en tong..hehe



* lambatlah pulak pokok kesum yang akk tanam  kat belakang rumah tu nak membesar..huhu




16/12/2012

masak asam tempoyak

Assalaam..
Semalam..dalam perjalanan balik dari kampung..papa kata nak singgah pantai kelebang..nak try rasa masakan asam pedas melaka *sebenarnya kami tak tahu di mana masakan asam pedas melaka yg paling sedap* 
kami 3 beranak singgah kat satu gerai, dulu2 tepi laut * sekarang ni dah tak tepi laut lagi dah..sbb sepanjang pantai tu dah di tambak dengan pasir..nak luaskan kawasan jajahan. kreatif MB Melaka ni..patutlah Melaka antara negeri yang terus membangun*

teruja sangat nak makan keenakan asam pedas melaka. kami mengoder asam pedas ikan parang..
dhani makan dulu..sementara akk bersiap2. 
~~ apasal ikan ni liat wan ? 
~~ ikan parang mana ada liat!
~~ ye! cer wan rasa!
bila akk pegang dan rasa sedikit..alamak! ikan yg di masak dah xpired. tak pun masakan semalam yang di perangatkan! huhuhu
* maksud liat yang dhani kata tu..sudah lembik..
terbantut selera kami nak makan!!!
inilah masalaah orang kita bila berniaga..hukhukhuk

*******
teringatkan ikan2 yang akk beli di pasaraya tempohhari..lebih baik akk masak!
ikan parang masak asam tempoyak..dan sambal cicah tempoyak ulam petai..
fullamak..lama tak buat..makan sampai tak sedor diri..
pedas berapi!!!!

Jom kita makan!

26/11/2012

restoran tupai tupai

Assalaam..
baru keluar rumah tak sampai sedepa..ateh pulak call.
  akk memang tengah dok terfikir2 nak makan malam kat mana pulak malam ni?
perut rasa macam kenyang lagi..sbb kambing golek yang akk makan siang tadi pun tak hadzam lagi kot..heheh
tapi bila time makan dah sampai..tekak ni macam tau tau aje..mintak di isi..
 bila ateh tanya.. ibu n papa dah makan ke belum?
macam satu semangat datang..terus rasa lapar..hahah
lepas jemput ateh..pusing2 dulu nak cari pot makan sedap kat mana..
idea ateh datang..kita makan kat tupai tupai nak!!

kita makan steamboat buffet.makan apa saja yang ada di situ sekenyang2nya dengan bayaran RM29++ seorang..murah kan?

ada dua pilihan kuah..sup tomyam dan sup  ayam..
macam2 ball ada, ikan, makanan yg bercengkerang, ayam, udang, cendawan dan sayuran segar..
pencuci mulut..tapai rendam dalam susu segar..paling akk suka..


nata d'coco.papa pulak sebut terbalik..coco 'nata..hehe

buahan, kueh dan kek. ada chicken poridge dan sup cendawan tapi akk tak makan..
last sekali aiskrim. makanlah kesemuanya sampai tak larat!  ~hahah

 tapi jangan sampai membazir ye..nanti kena denda !!
syarat makan di restoran tupai tupai.

05/10/2012

cara buat chrysanthemum tea

Assalaam..

Biasanya bila bulan puasa baru akk dapat minum air chrysanthemum tea  yang fresh. itu pun sbb along /illa yang suka beli di pasar ramadhan semasa mereka datang berbuka puasa di rumak akk. mereka tahu yang akk suka minum air chrysanthemum tea.  khasiat air teh bunga ini boleh menyejukkan badan. memanga sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang panas terik. biasanya papa selalu beli yang dalam kotak besar untuk stok minuman kami..
baru2 ni..akk ke pasaraya yang baru  dibuka  di seksyen 15 Shah alam. biasalah kalau ada pasaraya baru..akk rajin meneroka..mencari barang2 apa yang paling murah daripada pasaraya lain..
akk terjumpa teh bunga krisantimum ada banyak di rak.ada dua jenis bungkusan..satu besar dan satu lagi kecil. berat bungkusan yang besar akk tak pasti tapi yang kecil beratnya 100g harga dalam kurang rm5..tak ingat dah..;P
masa nak membuat minuman  ini akk  tak pasti nak buat camana.nak rendamke..nak rebuske..
bola akk mengoggle..akk terjumpa blog nasirnasir.com
kat situ ada resepinya dan akk copy paste saje..



Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
10-20 bunga krisantimum
gula batu / madu lebah
air panas  * akk masak air dalam periuk bersama gula batu..rebuskan teh sekejap 
pewarna kuning (jika mahu)  * akk tak bubuh..lebih suka warna aslinya
Cara penyediaan:
1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum * akk rendam sekejap..dah kembang akk buang bendasing..takut juga kalau ada benda yang tak di jangka..hehhe
2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!
dah tahu cubalah ye. lepas ni..air minuman ini pasti menjadi hidangan buat tetamu yang datang ke rumah akk. fresh dari daporku..walla...

25/09/2012

bingka roti

Assalaam..
dah berbulan tak berkemas kini belog ku ini..hihihi
akk tahu bukan ramai sangat pun pengunjung datang kesini. kiranya.. ada ke..takde ke entry baru.. takde sape pun yang kisah...* dah tuan dia pun tak kisah..apatah lagi orang lain..ade ke nak kisah.. *
sejak  kebelakangan ini * mak akk duduk dengan akk * akk kena merajinkan diri memasak. akk pun dah jarang keluar rumah sebab menjaga emak akk yang dah uzur. akk pun dah jarang keluar makan di luar..
hari2 memasak dah jadi satu terapi minda tau!..merasa tenang dan happy bila seisi rumah sukakan masakan kita. nak nak kalau orang kesayangan memuji muji masakan kita..heheh
akk masak yang biasa2 aje..takdelah special sangat.resepi yang senang dan mudah.
ada juga resepi yang akk minta dari rakan blogger..
semalam tetiba teringat nak makan puding roti @ bingka roti *kalau pudding mesti ada sosnya kan? ini makan cengitu aje * masa anak kecik2 dulu selalu buat..sampaikan Oya pun tahu buat sendiri tanpa pantauan akk..sbb dia pun yang suka makannya...

senang aje buatnya..main campak2 jer..
lebihan roti yang dah nak xfired tu disiat2 masukkan dalam loyang. sebelum tu..loyang kenalah laser dengan plantake minyak ke..atau yang sewaktu dengannya..
lepas selapis tabur gula pasir..letak roti lagi..tabur gula lagi..sampai habis. gula tu agak2lah ye manisnya..
lepas tu..tuang susu agak2lah sukatannya..yang di putar dengan sebijik telor dan sedikit esen vanila *akk guna susu fullcream * sampai separas roti. biar roti kembang sekejap..tekan2 dengan dusu biar padat sikit. pastu bakar sampai masak. 
dah masak bolehlah makan.akk suka simpan semalaman.kalau nak makan sebelah pagi..sebelum tidor tu akk buatlah.. 
selamat mencuba..kalau sudilahye..:))

24/08/2012

masak lemak tempe

Assalaam..
salam aidil fitri..maaf zahir dan batin..
menu masakan akk yang akk rasa nak share kat sini..
masakan yang ringkas dan sedap untuk orang yang seleranya sealiran dengan akk..:)

tempe masak lemak..

dua keping tempe sebesar tapak tangan (potong dadu)

bahan di tumbuk separuh lumat:-
segengam ikan bilis atau lebih kurang setengah cawan
beberapa bijik bawang merah
beberapa bijik cili padi..ikut suka pedasnya
1 inchi kunyit

di potong potong:-
beberapa helai daun limau purut
sehelai daun kunyit
sebatang serai di titik separuh lumat

sekeping asam keping
sekotak kecil santan kotak m&s
semangkok air
garam secukup rasa
sedikit perasa

caranya:-
masukan semua bahan dalam periuk/kuali. masak sampai separuh pekat, masukan daun kunyit dan daun limau. masak sampai pekat dan perasakan garam dan perasa. angkat dan hidang. makan semasa masih panas dengan nasik panas. perghhh! terangkat!
~~tak caya..cubalah~~
 

08/08/2012

ketam goreng telor masin..perghh maveles!

Assalaam..
salam ramadhan hari ke 19..
baru nak masukkan menu2 yang akk masak dalam blog ni..
menu2 yang biasa akk masak, ada juga yang pertama kali akk mencubanya. tapi tidaklah akk ikut resipinya 100%. akk olahlah sikit2 mengikut keadaan semasa..

Selalunya akk makan ketam goreng bersalut telor masin dekat  di restoran. kali ini akk mencuba memasaknya sendiri. resipi akk ambik dari My Resipi.. 
jom try..sedap !!!!

Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )

  • - 3 ekor ketam bunga (yang besar) - akk beli 2 ekor
  • - 5 biji kuning telur masin - akk guna 2 biji
  • - 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
  • - 2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
  • - 2 sudu makan mentega
  • - 3 sudu makan susu cair
  • - 2 sudu teh gula -
  • - garam & lada sulah secukupnya
  • - Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
  2. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan. akk rebus lenyek dengan putih nya sekali
  3. Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
  4. Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hinnga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  6. Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
  7. Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari.

13/07/2012

puding pisang keremel

assalaam..
lamanya blog ni bertapa..dah lama tak berasap ekk!..hehe
kenapa lama akk tak updet blog ni ?..bukan tak nak updet atau pun bukan akk tak memasak..tapi tiada kesempatan untuk mengupdetnya..
 beberapa minggu lepas..akk ada mencuba buat pudding yang di en3 kan olih blog zana..
http://katahatiku-zana.blogspot.com/search/label/desert
pertama kali mencuba macam jadi. taktau lah pulak rasa yang zana buat sama tak dengan yang akk buat?


resepinya akk kopipes bulaat dari blog beliau..

 PUDING PISANG KARAMEL
oleh: @blogsurirumah
sumber: ResepKue Lezat

Untuk karamel
100 gm gula pasir
50 ml air

Bahan puding
3 biji telur
1/4 st garam
100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan
200 ml susu cair
1/2 sudu makan brown sugar
1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak)
1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa)

Cara membuatnya:
Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.- kakpb blend semua sekali.
Tuangkan atas karamel tadi.
Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan.

akk dah cuba..memang sedap!!
 apa lagi kalau nak tau sedap ke tak...jom cuba!!

14/06/2012

meehoon sup cara akk..

Assalaam..
merajinkan diri memasak untuk makan tengahari ini. akk masak simple jer buat kami berdua.
masak meehoon sup cara akk..

bahaannya..
1/2 paket meehoon..apa2 brand pun boleh
beberapa ketul daging ayam..sebahagian di goreng..sebahagian di buat sup
2 sudu serbuk rempah sup adabi.
4-5 ulas bawang kecil/merah
1/2 inci halia
1-2 ulas bawang putih
sedikit bahan penumis 
beberapa tangkai daun sup
sayuran seperti..sawi..karet dll ikut suka.
sedikit bawang goreng
4 mangkok air

caranya..
bersihkan sebahagian dari daging ayam, gaul garam kunyit dan goreng garing dan ketepikan. bawang merah, bawang putih, halia di tumbuk lumat. panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang di tumbuk dan masukan bahan penumis *kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih* bila dah berbau wangi..masukan rempah sup* takpayah bancuh dengan air* kacau2 sekejap..pastu tuang sedikit air.masukan ayam, garam  dan tutup periuk supaya ayam sebati dengan rempah.bila dah mendidih masukan baki air..masaklah macam sup biasa.
meehoon di rendam..pastu celor separuh masak..kemudian angkat. dalam kuali masukan sedikit kuah sup tadi, agak2 cukup untuk mencelor..seolah mengoreng meehoon tadi. celorlah hingga meehoon betul2 masak.akk buat camni..sbb nakkan meehoon tu terasa masinnya bila dimakan. selalunya..kalau makan meehoon sup kat kedai..mesti meehoon tu rasa tawar..pastu keras kejong..
dah siap..apa lagi..hidanglah..macam biasa. jangan lupa sambal kicapnya.
selamat menjamu selera!!


25/02/2012

sup ayam cara akk..


Assalaam..
Sebelah petang semalam..akk merajinkan diri kedapur comel akk tu..sebab ada permintaan, teringin nak makan sup ayam.
Inilah rupanya sup ayam yang akk masak. tidaklah susah nak memasaknya..


 perlukan beberapa ketul ayam yang di basuh bersih..
2 ketul ubi kentang di bersihkan di belah 4..
1 inci halia yg sederhana besar..
beberapa tangkai daun sup..
5-6 ulas bawang merah..kalau guna bawang besar sebijik saja.*pernah dengar tukang masak kata..klau masak sup kena bubuh bawang lebih..baru sedap..wallahuaklam*
2 ulas bawang putih..
2 sudu rempah *sup adabi*
sebungkus rempah penumis *puteri*
garam,perasa dan bawang goreng serta air secukupnya.

 tumbuk semua bawang dan halia sampai lumat. panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. bila nak naik bau..masukkan rempah penumis kacau sampai naik bau. pastu masukan rempah serbuk..kacau..masa ni kecikkan api takut rempah hangus..pastu masukkan air separuh. masukkan ayam, kentang dan garam. tutup periuk.biar mendidih supaya segala perasa rempah2 resap dalam isi ayam dan kentang.bila  ayam dah hampir masak dan lembut..tambahkan sebahagian air lagi.masaklah sehingga semua ayam dan kentang masak sepenuhnya..taburla daun sup dan bawang goreng.
selamat mencuba dan menjamu selera..:))

25/12/2011

air tangan Oya..

Assalaam..
Inilah air tangan pertama Oya..sejak dia bergelar seorang isteri. sedap ke.. tak sedap ke...orang yang makan aje yang tahu...hehehe

menu bekpes..

Desert masa lunch. Sedang2 elok aje kemanisannya..kekenyalannya. Makan sekeping nak dua keping..pastu makan berkeping2..macamana pinggang nak ramping..heheh

26/08/2011

hari ke26

Salam ramadhan ~~
Menu sempoi..ikan kerisi goreng berlada, kerang rebus, sayur kailan. Cukuplah makan dua orang.
Ikan kerisi memang sedap kalau digoreng..sedap lagi kalau makan masa tengah panas2.. baru naik dari kuali laa katakan!..heheh

kerisi ini isi nya agak kasar dan keras sedikit..


yang ini akk suka..isi lebih lembut dan halus..

hari ke25

Salam

Salam ramadan ~~
Dah masuk hari ke25 ye. Cepatnya masa berjalan..
Menu hari ni..teringin nak makan pegedil. Nak makan pegedil kalau takde sup tak besh. Jadi kena masak duadua sekali..

akk masak sup ayam + kentang + lobak merah nak digandingkan ngan pegedil ni. lupa plak nak mengayakan sup..heheh

tumisan udang..

kerapu masak masam manis..











`