26/08/2016

keledek goreng

As salam..

Nak update entry pasal cerita keledek goreng jer..
tak kisahlah cerita apa pun..janji makcik suka..
nak entry pasal masak best2..boleh jer tanya cik google..pastu masak..heheh
peel makcik ni..mana yang berkenan dengan selera..itulah yang di updet. Maklomlah nama pon dah makcik kan..selera masakan kampong juga yang berkenan di hati

Sebelum tu mari kita ambil tahu sikit apa dia khasiat yang ada dalam keledek..
secara ringkasnya..keledek mengandungi beberapa khasiat yang di perlukan olih tubuh kita..

- vitamin B6
- vitamin C
- vitamin D
- Zat besi
- magnesium
- Kalium
- Gula semula jadi
- karatenoid

ini sarapan sampingan ajer..
yang berat2 seperti nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, mee/meehon, lontong...berselang seli setiap hari...hihih

 Selera orang moden..tapau pun sikit jer. Itu pun mak yang paksa tapau..saja nak bagi biasakan makan cara selera kampong. Asyik nak makan makanan bercheeese aje..mana nak kuat badan. Belum masuk 40an badan dah loheh tak ngancam kata orang dulu2..huhu
tengoklah orang dulu2..makanannya apalah sangatkan..tapi kuat dan sihat..umor 60an masih steady ajer..heheh


kisahnya..minggu lepas pergi ke Pagoh. nampak banyak gerai jual buahan di tepi jalan. kami berhenti ingin membeli buahan2 tempatan. Ternampak pulak banyak keledek ada di jual..fresh baru keluar dari ladang agaknya. keledek putih pulak tu.jarang sangat nampak keledek putih ada di jual kekitar shah alam.
saja beli beberapa ketul..terfikir nak buat kuih keria. 
sampai rumah..terbizi sampai tak sempat mengeriakan keledek tu.
makanya.. terjadilah keledek goreng je pagi ni..



18/06/2016

Halalan Toyyiba

As Salam..
Salam ramadhan kareem..
menu iftar ke11..
Semenjak kebelakangan ini..akak memang tak/kurangkan makan ayam. akak lebih suka mkn makanan laut, daging dan telor. setiap kali nampak masakkan ayam..terutama masakkan orang lain..tak kiralah dirumah kenduri atau di kedai makan..akak akan rasa loya. dan tekak dah tak boleh terima. semuanya kerana viral tentang pengendalian memproses ayam yang di ragui. 
alhamdhulillah.. akak dah dapat satu tempat menjual ayam yang di jamin halal. Selain Az Zain ada satu tempat di Shah Alam ini. Ayam yang di ternak sendiri dan di proses sendiri olih orang Melayu/Islam. memang rasa yakin 100%.
yoklah.. kita pelan2 membuat satu pendekatan.. mencari yang halalan toyyiba.. 
mencari yang halal itu fardhu..
 


selalunya anak akak selepas makan ayam..akan rasa gatal2..disebabkan alergik.
alhamdhulillah..selepas makan ayam kampung tak gatal lagi..

 badak berendam..
cerita badak berendam ada di sini..

tumis buncis dan taugeh.. 
 
ulang masak kali ke4 dah..hehe



17/06/2016

Menu Iftar 1437H

As salam..
salam ramadhan kareem.. 
Serius kata.. sejak melihat viral makanan yang di jual di bazar ramadhan yang sangat meloyakan, tambahan pula bila membaca status ustaz2 yang tidak mengalakkan memakan makanan yang di masak olih orang2 yang di ragui tentang ibadahnya..maka ky membuat keputusan untuk memasak sendiri makanan buat juadah berbuka puasa..
dulu2 tak kisah pun..main beli saja. tapi biarlah lambat sikit sedar..daripada tak sedar2..ye dak..hehe
kalau nak beli pun..pergi ke gerai yang di percayai sahaja..
olih kerana terajin memasak..alaa masak yang simple2 jer. KY ni kan dah kilauan emas mana betah duduk dapur lama2! dua jam kat dapur dah rasa letih dan boring..hahaha
 moh nengok! KY menepek gambar masakan feveret KY untuk musim ini. ada juga yang tak sempat berposing..
KY tau.. takkan ada orang terliur punya..
jeling2 pun belum tentu lagi..hihi


 


 menu yang dah 2x membuatnya..air nenas dan sambal asam cicah ikan bakar..


 kueh ketayap.. cencaru masak lemak dgn belimbing buluh dan ketam telor masin..
 sambal kering bilis + petai dah 3x memasaknya..
 cendawan goreng tempura..

 sup ikan merah..

 sotong + cendawan masak lemak..

 sotong goreng tempura..

 masak lemak labu kuning, bubur chacha, kembong dan pari terlajak bakar dlm kuali..hihihi
semua menu buat ingatan sendiri..manalah tahu tetiba takde idea nak masak apa..bolehlah rujuk2 gambar masakan sendiri..



15/06/2016

Air Nenas Lemon Yang Sedap..

As salam..
Salam ramadhan.. 
Air nenas sudah menjadi hidangan minuman tradisi KY sekeluarga bila time bulan puasa.
Dulu pernah cuba tak buat..baru beberapa hari puasa..dah ada permintaan. Tak puas berbuka puasa tanpa minuman air nenas yang dikatakan sedap itu @ mengikut selera KY, En. papa dan anak2 jer :)
Semalam..sedang Oya membancuh air nenas untuk berbuka puasa..KY terpandang sebiji buah lemon dalam petiais. KY potong beberapa keping lemon dan mencampurkannya kedalam bekas minuman tersebut. Oya kata.."sedap ke air ni nanti ?
'alah..kita tunggulaa waktu berbuka nanti..kita try n error ler..
keputusannya...
 sangat menyegarkan anak tekak nan kering ..

nenas + lemon
senang saja resepinya..
sebiji nenas dipotong dadu..2 liter air..sehelai daun pandan..1kg gula pasir..secubit garam..sedikit pewarna kuning.
masuk sekali dalam petiuk dan masak sampai gula cair dan nenas masak bertukar warna menjadi lebih kuning..

belum masak..




sudah masak..
yang ini air nenas lebih jernih kerana KY guna gula pasir..

untuk air lebih keroh dan cantik kejadiannya di mata KY..akak guna gula ising.
stok lama air nenas dah nak habis..ganti stok baru yang baru KY masak sekejap tadi..
jika teringin..selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..



30/01/2015

resepi sendiri berdasarkan rasa yang KY makan..

As salam..
 masak apa saja yang ada dalam petiais..
Masa ke Medan minggu lepas KY ada makan sup suhun perasa tomyam yang dicampur berbagai jenis sayur * tak teringat nak ambil gambar * walaupun berasa tomyam..tapi  ada sikit rasa rempah.
balik sini rasa mcm teringin nak makanlagi. KY buatlah dan cipta resepi sendiri..berdasarkan apa yang  KY rasa..seakan sama juga rasanya..

bahannya..
secukup untuk family KY 3 orang saja.. 

10 ekor udang, 
sepeket suhun rendam dan potong pendek,
1/2 batang karet potong nipis serong,
sepeket jagung muda potong serong
2 biji tomato potong 8, 
cili api ikut suka pedasnya titik atau potong, 
2 biji limau perah ambil airnya,
sedikit daun limau purut , 1 btg serai potong serong,
1 bawang besar potong biasa, 
2 bawang putih,sedikit halia,
pes tomyam..
sedikit rempah kari..
daun ketumbar, garam dan perasa.. 

masak macam biasa kita masak tomyam. KY malas nak taip caranya.
olih kerana pes tomyam dan rempah kari dah habis..KY masak ikut bahan yg ada jer..sedap juga..

26/12/2014

macam-macam menu ada..

As salam..
tiada posting baru tidak bermakna KY tak masak. kekadang tiada masa untuk mengupdet. kekadang malas mengambil gambar..kalau diambil pun malas nak cari di mana letaknya gambar tersebut. maklum lah..dalam henpon, dalam kamera dan dalam laptop ada macam2 gambarlah katakan..payah nak cari satu persatu..
kebetulan masa mengemas dan menyusun gambar dalam laptop, terjumpa gambar-gambar makanan semasa KY pergi bercuti beberapa bulan dulu..

menu dari Maldives. disana KY makan secara buffet..jadi menu yang sama ada setiap hari. ada menu yang lain, tapi tak menepati selera KY..

salah satu menu dari Turki. KY makan di banyak tempat dan banyak menu. rasanya ada ambil banyak gambar..tapi hilang dalam simpanan..huhu



sebahagian menu dari Bali..



menu masakkan sendiri yang biasa-biasa saja..

 kerabu beremi..
 
tumis kentang goreng bersama ikan pari kering..


 ketam masam manis..

selamat menjamu mata..
daa..:)

11/12/2014

masak lemak ikan kering cekek leher

As salam..
 Semasa pergi kepasar raya Segi tempohari..waktu memilih ikan bilis, KY terpandang ikan kering cekek leher yang masih fresh lagi. lalu KY terkenang zaman kanak-kanak KY..inilah lauk ikan paling femes waktu itu..
cerita lain ada di sini..

Semasa memikir nak masak apa ikan ini..KY terpandang ada belimbing buluh pemberian jiran.
terfikir..tentu sedap kalau di masak lemak cili api bersama belimbing buluh.
apa yang KY bayangkan menepati selera KY.
sedap pulak ikan ni dimasak lemak cili api. KY makan sampai bertambah-tambah.
senang jer nak memasaknya..
perlu ada..
6 ekor ikan kering cekik leher
sekotak santan
beberapa bijik bawang merah
sedikit kunyit hidup
beberapa helai daun kesum
beberapa bijik belimbing buluh
garam,perasa, sedikit air
dan asam keping.
masak macam biasa kita masak lemak cili api tu..
pasti tak menyesal ketika menikmatinya..hehe

04/12/2014

Portugis Tart


As salam..
Sejak ia wujud dipasaran pasaraya *dulu Jusco kini AEON *di OU, Portugis Tart
ni memang menjadi feveret KY.Setiap kali kesana pasti inilah 0le-0le yang KY bawa balik kerumah.
Kini..setelah semua resepi menjadi viral di laman sosial..tak terkecuali resepi Portugis Tart, maka tidaklah susah untuk mendapatkannya dan jika teringin boleh terus mencuba membuatnya sendiri..
lebih jimat dan selamat..
Tapi KY belum pernah membuatnya sendiri. sekadar nak berkongsi resepi dari cik google.
setakat teringin nak makan sekeping dua..lebih baik KY membelinya saja..



Portugis Tart yang KY beli di AEON OU..sekeping harganya RM1.90..
Bila KY google terjumpa banyak resepi, salah satunya dari Dapur Tanpa Sempadan ..
KY copy paste..mana tahu suatu hari nanti tetiba teringin nak membuatnya sendiri..resepi DTS ni jadi rujukan KY..
Bahan-bahannya..
Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream* 
50 ml air *(*mat ganti dengan susu segar 250 ml)
40 gram gula halus
15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale)
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1 - 2 titik pewarna kuning


  1. Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati.
  2.  Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
  3. Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan... 
selamat mencuba..

19/11/2014

ikan masak singgang..

As salam..
resepi yang KY nak share ini KY dapat dari jiran rumah KY. 
tak pasti beliau dapat dari google ke atau resepi asal beliau sendiri, yang KY ingat..apa yang keluar sebutir.sebutir dari mulutnya..terus terpahat dalam ingatan KY.
 umpama seorang Lecturer sedang mengajar studentnya..
tapi yang sebenarnya beliau memanglah seorang lecturer..
punca tercetusnya KY nak masak masakan ini ialah hasil dari perbualan kami, setiapkali berborak pasal masak..jiran KY selalu kata.. I kalau malas nak masak n kalau tak berselera nak makan, I akan masak singgang ikan..memang terbuka selera dan semua orang akan makan..katanya..
bila dengar dia kata begitu..KY ada rasa hati nak mencuba, apa ke yang sedap sangat masak singgang tu? selalu nampak kat kedai makan..nampak macam ikan masak rebus jer. tapi bila lewat tengahari nampak bekas ikan masak singgang tu kosong juga..menunjukkan ada orang suka memakannya..



mari kita cuba resepinya..
4 ketul ikan aya@tongkol di bersihkan..basuh dengan asam jawa.
1-2 inci lengkuas muda..yang muda ye boleh potong keping-keping
2-3 keping asam gelogor@asam keping
1labu bawang merah besar di mayang
1ulas bawang putih di ketuk
10 biji cili padi@api
kalau ikut jiran KY tu kata.. masukkan sedikit gula melaka@gula kabung, tapi KY tak bubuh pun, takut nanti jadi manis pulak. KY memang reject kalau masakan manis-manis..huhu

caranya :-
 masukkan ikan dalam periuk, masukan air separas dengan ikan..maksudnya ikan tu tenggelam sikit, masukan asam keping , garam dan lengkuas. rebus ikan sampai airnya kering. sambil tu balik2kan ikan, biar masak keseluruhan isi ikan. KY rasa airnya..rebus sampai bau ikan hilang.
masukan semua bawang, cili padi dan tambah air secukupnya. rebus lagi sampai puas hati, sampai takde rasa hanyir ikan dan rasa masam masinnya.. 
kesedapannya sampai menghirup kuah di pinggan..

kalau dulu kesedapan sotong goreng tepung di dahulukan semasa makan..kini tidak lagi..hihi
 
makanan simple dan sihat..

29/10/2014

ayam masak merah

As salam..
Sudah masuk musim tengkujuh ni..hari-hari hujan. Cuaca pun sejuk, dingin dan muram. Takde perasaan nak keluar kemana-mana..lebih seronok duduk di rumah.
Kalau dah duduk dirumah tu..apa lagi yang boleh dibuat? kecuali menternak lemak dan kolestrol! heheh
lapar..lapar..lapar..
 Bersiap sedialah untuk kena merajinkan diri kedapur. Petiais pun kenalah berkerja kuat menanggung beban makanan yang lebih berat..untuk bekalan penghuni rumah sekelian..hahaha

Tetiba teringat masa bw keblog Inahar's cooking..ada masakan ayam masak merah. bila teringat gambar yang diupload, membuatkan KY pun terliur dan terus ingin mencuba. Bukan tak pernah masak masakan ini, tapi lain orang lain resepi dan caranyanya..
setelah di cuba..ternyata memang marveles..

Mari kita share cara dan resepi Inahar's cooking :-

Ina, KY minta izin copy paste ye..

 Bahan-bahannya..

1 ekor ayam potong kecil ikut suka, cuci bersih dan lumur garam kunyit kemudian goreng 
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang besar-kisar
2 biji bwg putih-kisar 
1 inci halia- ketuk saje
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 botol kecil sos tomato..(kita guna jenama kimball) 
2 sudu besar sos tiram
cili hidup potong 
2-3 sudu besar gula
garam
minyak
perisa jika suka
*Ky tambah daun ketumbar..

Cara-

Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar & halia sampai naik bau . Kemudian masukkan cili giling, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sos tomato,sos tiram ,gula,garam , ayam goreng & cili potong juga hirisan bawang besar . Masak sampai mendidih, jika kuah pekat sgt bolehla tambah air sikit(anak2 suka lebih kuah sambalnye..selalu pun kita mesti lebihkan sosnya utk digaul ngan nasi..barula terasa masak merahnye)

p/s Jika masak untuk jamuan yang istimewa sedikit eg kenduri, jamuan raya dimakan bersama nasi berperisa kita akan tambah sedikit kayu rempah tiga sekawan semasa menumis masakan ni.

13/09/2014

Spaghetti Aglio Olio.


Assalaam..
Sejak kebelakangan ini KY rajin memasak Spaghetti Aglio Olio.

Bukan kerana nak bertukar selera dari selere kampung ke selera western, tapi sebab mudah menyediakannya. lagi pun semua penghuni rumah sukakannya.. 
tunggu saat ehh..akak share resepi sesuka hati KY..

selalu guna spaghetti biasa tu..macam macam jenama adakan. hari ni bila KY selongkar stor makanan terjumpa pasta gelong ni.
ini pun boleh juga..KY yang nak masak dia ..bukan dia yang nak masak KY. suka hati  KY lh nak mengadunnya..janji sedap..hehe
memula rebus lah pasta tu macam biasa..bubuh minyak sedikit supaya tak melekat sesama dia, KY suka bubuh garam sikit..bila makan nanti taklah pasta tu tawar hebeh..hehe
sediakan selabu bawang besar, yang kuning boleh, yang merah pun boleh. potong dadu kecil atau dicincang.
2 ulas bawang putih sederhana besar di cincang juga.
udang secawan, sutong secawan * kali ni sotong takde dalam stok jadi akak guna sosej ramli buger. akak ni kalau nak makan sosej,  rasa terjamin dengan produk keluaran ramli burger jer*
sosej di potong ikut suka pastu rebus dulu. kalau nak masak camtu jer pun boleh..tapi akak rasa tak yakin dia akan masak sempurna..sebab masak pasta ni sekejap jer.golek-golek dah angkat.
 
sedikit capsikam hijau dan merah.selalu tak bubuh pun, tapi ada belen sikit dalam peti ais tu, daripada layu baik KY bubuh jer dalam tu..
tak mengubah rasanya pun..
cili sos agak2lah..
sedikit perencah maggie secukup rasa..
sedikit serbuk lada hitam..
cili flake. kalau dah takde boleh jer gunting cili kering kecik-kecik..
minyak zaiton secukupnya untuk menumis..
sedikit air..
 

panaskan minyak zaiton..tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
masukan cili sos kemudian air
masukan sotong, udang dan semua bahan lain. kacau sampai masak, rasa garamnya.
last masukan pasta dan  cili plake. golek-golek angkat..
senangkan..20 minit siap..

19/08/2014

goreng pisang rangup lagi..

Assalaam..
apa nie..asik share gambar goreng pisang aje?
tak kisahlah..makcik suka..
takde menu lain ke?
ada..tapi makcik taknak sharelah..segan. ko orang nya menu n resepi lagi hebatkan. lagipun pisang goreng nie kan makanan gulungan orang marhaen macam makcik..
jadi makcik tak kisah melayan pisang goreng hari hari..makan hari hari pun takpe..heheh


Ini resepi goreng pisang ranggup yang akak share dari rakan blogger akak..
komen ni akak dapat dari entry yang ini ..
mala saad ni seorang pencinta tumbuhan. blog beliau banyak mengisahkan tentang aktiviti bagaimana beliau suka bercucuk tanam..
ada masa terjahlah blog beliau ye..

kali ini akak guna pisang abu atau pisang kapas. orang jawa panggil pisang kapok..
memang sangat rangup..sampai sejuk pun masih rangup lagi.terkena pulak pisang yang lembek sikit..diluarnya keras rangup..bila di gigit dalamnya lembut macam berkerim..

14/08/2014

goreng pisang rangup

Assalaam..
Baru dapat buat 4 hari puasa syawal..
terfikir nak buat juadah apa?
Tetiba teringat nak buat goreng pisang.. goreng pisang yang rangup..
semalam terjah blog sesama rakan blogger..beliau siap share resepi macamana nak buat goreng pisang rangup..
akak share pulak kat sini ye..
akak kopi pes jer dari blog beliau..

orang johor makan goreng pisang mesti nah cicah sambal kicapkan.. betul tak?



sumber resepi dari blog * daribintang *
1.  Tepung beras 500g 2.  Telur sebiji 3.  Kapur makan, tolong jangan guna kapur kasut mahupun kapur barus. 4.  Serbuk kunyit 1 sudu kecil 5.  Air untuk bancuhan agak2 je 6.  Garam dan perasa [optional] pun agak2
Cara-caranya;
1. Masukkan tepung beras ke dalam mixing bowl, masukkan garam, serbuk kunyit.  2. Larutkan secubit kapur makan[lebih kurang sebesar hujung jari kelingking] dengan setengah cawan air sehingga air bertukar keruh. 3. Masukkan air kapur ke dalam tepung beras 4. Masukkan telur 5. Bancuhkan dengan air sehingga dapat kepekatan yang sesuai.**
**tepung tu kalau aku, aku akan buat pekat sikit daripada bancuhan roti jala. Tapi jangan terlampau pekat nnt tepung tu jadi tak rangup. Tapi kalau nak goreng cempedak yang masak, perlu pekatkan lagi kalau tidak tepung tu tak dapat selaputi seluruh cempedak tu.