30/08/2010

Menu semalam

Menu semalam..banyak yang di import dari rumah Ila.Kakyon cuma masak sup snowwhite, kueh nagasari dan ikan masin kurau goreng pedas.Papa pulak beli  "Ayam Golek Gelantang"..hehhe


Lupa nak tanya Ila..daging masak apa ni? sedap! sampai tak cukup nasik!
tumisan udang cara Ila

sambal tumis sotong kering
ayam golek

Nagasari!..dengo nama pun dah gerun! belum tengok rupa lagi..hehhe
mana sup snowwhite nyaa?
lambat plak nak posing..
ada!!!..ni dia!!!!



menu hari keberape? dah tak ingat..

Dah tak ingat menu hari keberapa puasa nie..
Layan ajelah..percik ayam @kayangan dan sardin sotong masak kicap.
Lama tak masak sardin sotong..yumm..yumm..yummy sampai menjilat jari..

26/08/2010

Menu ramadhan ke16

Salam ramadhan dan selamat berbuka buat semua.Selamat menikmati hidangan yang yang disediakan bersama keluarga tersayang.
Inilah hidangan juadah dari kakyon..asam pedas pari@kayangan,tumis sawi bunga dan telor dadar saja.Manisan pula..kakyon buat lepat pisang dan ubi gula merah.


Bahan2nya :-
- 3 ketul ikan pari
- 10 tangkai cili kering atau secukupnya
- 4-5  biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1/2 inci halia
- sebesar ibu jari kunyit hidup
- sebesar ibu jari belacan
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil lada hitam, kalau suka pedas boleh tambah.
- asam jawa secukup rasa.

caranya :-
Sama macam masak asam pedas yang lain.

Khasiat tembikai susu

N3 sebelum masuk dapur..
Semalam tak masak..balik kampung ziarah suami sepupu kakyon yang kembali ke rahmatullah..semuga di cucuri rahmat ke atasnya dan dimasukan dalam gulungan orang2 yang solleh dan solehah..amiinn..

Tembikai susu atasi masaalah sembelit

Buah tembikai susu kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C. Ia sesuai untuk penjagaan kulit dan saraf, juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Selain boleh menurunkan berat badan disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, tetapi mampunyai kandungan air yang banyak. Oleh itu, ia boleh membuatkan seseorang itu rasa kenyang bila memakannya.

Sumber dar majalah midi.

24/08/2010

Pecah rekod sendiri

Assalamuaalaikum..selamat pagi selasa yang selesa..
Alhamdhulillah..dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Mood memasak dah berkobar-kobar menyala, macam obor piala dunia yang baru lepas. Perengkat awal macam takde mood aje nak masak..maklum rentak perut baru nak bermula. Sekarang ni.. rentak dah menjadi..takde masalah nak memukul gendang periuk dan kuali..hehhe.
Kakyon telah memecahkan rekod sendiri..tidak membeli lauk di kedai dan kebaazar ramadhan,Waima tidak membeli mee goreng untuk dimakan bersama nasi, seperti kebiasaan ramadhan yang lepas - lepas.
YAHOO!!..kakyon dah boleh lari dari kebiasaan itu.
Meh!! layan irama gendang yang kakyon palu petang semalam..


Menunya :-
- ikan kerisi goreng
- ikan kerisi masak lemak palembang
- tumisan sayur bayam
- agar2 gula merah
Papa beli :-
- cucur udang
- kueh ketayap
Alhamdhulillahh...semua habis..tiada pembaziran berlaku.Agar2 aje lupa nak makan..masa bersahur tadi baru makan. Masih berbaki lagi. Petang nanti ..tak payah nak masak  manisan buat pencuci mulut.


23/08/2010

macam-macam ada..

Salam petang isnin..
Juadah untuk berbuka petang semalam.Semua orang ambik peranan memasak.Ada banyak juga menu semalam..tapi tidak sempat hendak dibuat tayangan perdana.Posingkan mana yang sempat aje lah ye..hihih

Manisan.. Puding keremel roti yang Oya buat.Masa dia kecik, kakyon selalu buatkan untuk dia, sebab dia suka makan.Dah besar dia buat sendiri untuk seisi rumah makan..sampai kakyon pun dah ingat2 lupa resepinya..heheh
Nora datang bawak paru goreng berempah.Sedap rasanya..pasni kakyon nak masak macam dia masak pulak..
Sambal sotong Nora
Tumisan sayur petola dengan su'un..Nora yang masak.

Ikan masin kurau goreng pedas cili api..Wauu!! terbuka selera.makan pulak dengan sup kepala ikan merah.
Sup kepala ikan merah, mehoon s'pore dan bingka ubi..malu pulak nak berposing ...

20/08/2010

Juadah hari ini

Salam..
Sambil2 tengok tv..kita tepek gambar menu yang kita masak petang tadi.
Olih kerna cuaca panas terik..tekak pun kering..terasa macam nak makan berlaukan yang seger..kata orang jawa. Jom layan apa yang kita masak..
tumisan udang

tengiri masak pindang
ikan kembong bakar bumbu

air asam kicap

salam n selamat berbuka..

19/08/2010

Khasiat terung

Semalamnya menu tak sempat nak berposing.Masak pun dah last2 minit.Kamera womennya sibuk.. dah start makan baru teringat, menunya belum berposing lagi..hehe

Hari ini lauk beli aje.kat mana lagi..kalau bukan kat restoran azira seksyen10, shah alam.Restoran feveret kami..makan tengahari..kalau bukan bulan puasa.Masakannya sedap2..kena dengan selera kami. Jadi takdelah menu show petang ni..

Sebagai ganti n3 hari ini..kakyon bagi info sikit..pasal khasiat buah terong ye..



Terung banyak digunakan di dalam pelbagai jenis masakan seperti kari, sambal dan sebagainya. Tanaman yang berasal daripada keluarga solanae ini di katakan mempunyai kandungan kalium yang bertindak meneutralkan kadar natrium dan memudahkan poses pembuangan air kencing. Malah terung juga di katakan mengandungi kombanasi di antara serat dengan terpernes, sejenis bahan oksidan yang dapat membantu mengurangi kadar hormon yang boleh menyebabkan beberapa jenis kanser. Olih itu, jangan lupa untuk memasukan terung di dalam diet seharian anda.

Teruskan mengikuti n3 seterusnya..salam sayang dari kakyon.

Sumber majalah midi.

18/08/2010

Juadah hari ke7

Rasa letih sangat..masa bersahor pun tak berape nak selera makan.jadi masak simple2 aje camni..baru ada selera kita..

tumisan su'un ngan anak udang

goreng berlada ikan bilis ngan kentang

Masak tauchu kepala ikan kerisi..isinya di goreng.kat rmh ni tak berapa nak suka ikan kuah.lebih suka ikan goreng

16/08/2010

Tempe Masak Lemak

Menu semalam untuk berbuka puasa hari ke-6.masak biasa biasa saja..sama macam sebelumnya.Yang lainnya cuma 'tempe masak lemak kuning' cara mak kakyon masak.
Bahannya..
- beberapa keping tempe dipotong ikut suka
- 2 ulas bawang merah
- segengam ikan bilis
- sehelai daun kunyit
- sebesar hujung kelingking kunyit hidup
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil ketumbar
- santan secukupnya
Caranya..
Bawang ,ikan bilis,ketumbar,kunyit dan jintan di tumbuk lumat.Nak blender pun boleh.Daun kunyit dipotong kasar.Masukkan semua bahan dalam periuk, masaklah hingga tempe lembut kemudian masukan daun kunyit dan garam secukup rasa.Hidang..makan dengan nasi panas dan ikan masin dan sambal belacan..woiii sodap mak!..



sambal siakap

tumis sawi dan cendawan
tempe goreng kosong

Juadah hujung minggu

Salam pagi isnin..
Jom layan apa yang kakyon masak buat juadah berbuka semalam...


bahannya..
1 kg. tepong gandum
5 biji ubi kentang sederhana besarnya
sebatang lobak merah
4 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar udang kering
2 labu bawang besar kuning
1 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun sup ( potong kecil2 )
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa
secubit gula.

caranya..
- kentang, lobak merah dan bawang di potong dadu.
- goreng udang kering hingga wangi ( gunakan sedikit minyak dari 1 cawan )angkat dan kisar lumat bersama bawang putih.
- masukan semua bahan dalam periuk, masukan air agak2 tengelam kentang. Masak hingga kentang empok dan agak kering dan masukan daun sop.Masak lagi hingga betul2  kering.
- panankan minyak yg lebihan dari goreng udang kering tadi..masukan sekali minyak gorengan udang.angakt dan biarkan ia suam.
- Uli tepung bersama minyak suam dengan air garam secukupnya.Uli hingga menjadi doh yang lembut.

15/08/2010

Sup ayam kampung


Salam ramadhan dan selamat pagi..

Menu malam tadi..sup ayam kampung.
Bahannya
1 ekor ayam kampung potong 10 dan di bersihkan, buang kulitnya
2 bij ubi kentang di belah 4
4-5 biji bawang kecil }
1-2 ulas bawang putih }ditumbuk lumat
2 inc halia }
2 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat
1 sup bunjut
2 sudu besar rempah sup
sedikit kuit kayu manis,pelaga dan bunga lawang.
Daun sup secukupnya.
caranya.
- panaskan minyak,tumis bahan tumbuk.Masukan rempah ratus, lada hitam,rempah sup dan tumis hingga wangi.kemudian masukkan sedikit air, ayam dan garam.kacau dan tutup periuk.Masaklah hingga ayam empok.

- Bila ayam dah hampir empok..tambah air secukupnya dan masukan sup bunjut dan kentang.Masaklah hingga semua bahan cukup masaknya.Tambahlah garam jika belum cukup masin.

- Buatlah bawang goreng.Bawang goreng lebih sedap dan wangi jika di campurkan sedikit bawang putih.
tabur daun sup dan hidang besama cili kicap.

jumpa lagi..babayy

13/08/2010

Kebaikan tomato


Buah tomato atau nama saintifiknya, Lycopersicum esculentum, memang sudah di akui mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia. Dikatakan pengambilannya didalam diet harian boleh membantu seseorang daripada mendapat kanser kerana sifatnya yang anti oksidan.Selain itu, tomato juga mempunyai pelbagai khaisat khas untuk lelaki. Misalnya ia boleh membantu menghalang seseorang lelaki daripada kanser prostat. Kajian mendapati bahawa sekiranya kekurangan tomato di dalam diet harian, menyebabkan tahap kandungan lycopene dalam darah menurun dan boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok bagi lelaki yang sudah mencecah pertengahan usia.


sumber
majalah midi

Sup Makaroni dan Sotong Goreng Tepung

Salam ramadhan..
Dah masuk hari ketiga berpuasa..
Setiap kali lepas berbuka..mesti terfikir apa menu untuk hidangan ahli keluarga tersayang pada esoknya..
Macam2 menu ada dalam fikiran.Cuma nak mengaplikasikan saja yang tiada kemahiran.
Semalam terfikir ada satu menu yang kakyon pernah baca diblog seorang bloger masakan.Tak ingat siapa empunya blog.Cuba2 juga cari semalam..nak mengcopy..tapi tak jumpa.
Kalau tak silap nama menunya SUP MAKARONI.Kakyon cuba masak..tapi tak ikut resepi sebenarnya.Resepi ikut apa yang teringat semasa baca sepintas lalu.Terimakasih kepada tuan punya resepi..Kakyon minta izin ye..mengunakan resepi ini.

Resepi kakyon ni..main agak2 aje ye.
2 cawan makaroni pintal,( rebus,taruh sedikit garam dan toskan)
1-2 ulas bawang putih
1-2 sudu besar lada hitam
kobis,carret,ikan bilis kecil dan suun secukupnya
1 kuib pati knor perasa daging
4-5 tangkai cili padi
beberapa tangkai daun sup
garam  secukup  rasa
Caranya..
- tumbuk bawang putih dan lada hitam sampai lumat.
- goreng ikan bilis hinggan gareng
- kobis di potong kecil..carret potong ikut suka..suun di rendam dan potong pendek.
- tumis bawang putih bersama lada hitam hingga naik bau.masukan 3 cawan air (kalau suka kuah banyak..tambah air) biarkan mendidih,masukan kiub dan semua bahan, biarkan sekejap.pastu masukan makaroni dan cili api.Bila menghidang taburkan ikan bilis goreng dan daun sup



03/08/2010

nasi impit.. kuah kacang berayam

Selamat malam..
Susah sangat nak mencari menu yang sesuai dengan selera semua orang.Hari-hari makan benda yang sama aje, rasa jemu pulak.Tapi belumlah sampai tahap jelak..hehee
Susah-susah sangat, rebus nasi impit yangg berbaki minggu lepas.Buatkan kuah kacang bersama ayam.Senang..simple..sedap..
Apa bahan yang perlu ada?
~ inilah dia ~
1 mangkok kacang tanah
1/2 mangkok cili kering
2 batang serai
4-5 bijik bawang kcil
1 ulas bawang putih
2-3 sudu besar udang kering
1/2 inchi halia
1 keping asam gelugur
2 mangkok air
beberapa ketul ayam di goreng dulu
gula secukupnya..kita guna 2 sendok..sbb kita suka sambal kacang terasa manisnya..dan garam secukup rasa
Caranya..
- kacang tanah di goreng tanpa minyak, buang kulit arinya..separuh bersih pun boleh.pastu kisar atau tumbuk.Ikut suka nak kasar ke nak halus..kita suka yang halus.
- cili di blender.
- udang kering dan semua bahan di blender.
- panaskan minyak secukupnya untuk menumis bawang dan udang kering.tumis sampai naik baunya..pastu masukan cili..tumis lagi sampai garing dan wangi..pastu masukan air dan asam keping.Biar air mendidih,baru masukan kacang tanah..kacau.kalau kuah pekat tambah air.masukan gula..ikut suka manisnya..garam secukup rasa.masukan ayam dan masak sampai pekat dan sebati.