09/04/2014

Menu Yang Special

 Sejujurnya..sejak kebelakangan dan beberapa tahun kebelakangan ini akak memang jarang memasak. Apalah sangat nak makan untuk 2 orang saja kan. Dari bersusah payah menyediakan itu dan ini lebih baik beli saja. Tambahan pulak di Seksyen 7 Shah Alam ni berderet kedai makan. Kecualilah kalau semua anak2 balik berkumpul..akak suka memasak menu yang special untuk mereka..
semalam dan hari ini rajin pulak akak memasak. Jemu dah makan lauk beli jer..huhu






Takde menu yang special pun..tapi menu yang special ini lah yang buat en.papa dan akak menambah berat badan..hehe

18/10/2013

cara buat nasi himpit

Assalaam..

Hari raya haji baru berlalu.. daging korban masih banyak dalam peti ais..tunggu masa yang sesuai jer nak masak..
 raya hari tu akk masak nasi himpit dgn berlaukkan sambal kacang dan rendang ayam. bila dapat daging dan tulang korban terus akk masak sup. pergh! sedap betul kan daging baru..nak2 pulak makan ramai ramai..masak seperiuk besar pun tak cuckup..rasa macam tinggal kat celah2 gigi jer..huhu

biarlah dulu cerita pasal daging korban tu..akk nak ceritakan nasi himpit yang akk masak hari tu sampai pagi ini masih elok lagi..
akk merebusnya pada hari isnin tengahari. hari ini dah hari jumaat..dah empat hari lepas, kalau ikutkan tentu dah basikan?
tapi akk ada petua nak bagi supaya nasi himpit tu lambat basi. caranya.. semasa merebus nasi himpit tersebut masukan sekeping dua asam gelugur kedalamnya. tidak boleh merebus melebihi had masa. tuskan sehingga kering..

inilah nasi himpit yang masih elok selepas 4 hari. kuah kacang tu baru akk masak pagi tadi..

biasanya nasi himpit yang akk masak akk buat sendiri. yang ready made ada banyak  dijual di kedai dan dipasar raya, tapi rasanya tak berapa menepati selera akk sbb berkanji dan keras. akk lebih suka buat sendiri..bukannya susah sangat..
jom akk tunjukkan cara buat nasi himpit sendiri..

kita cuma perlukan ...
1. plastik keras tahan panas ukuran 5"x8" kalau size besar nanti susah nak edjust beras.
2. beras ikut pilihan sendiri, akk suka guna beras apa ye? ..lupa plak,  ala yang gambo Jalaluddin Hassan tulah.* selalu kalau suruh en.papa beli beras..sebut aja kat dia, papa belilah beras Jalaluddin Hassan yang kaler ungu tu!..hehe *
 3.asam keping
4. daun pandan
5. garam
6. stepler

beras ngam2 sepot risecooker masukan dalam plastik keras dan lipatkan sebanyak 3kali lipatan..pastu stepler kemas.kalau terkurang atau terlebih lipatan kemungkinan nasi himpit akan keras ataupun terlembik. kalau ikut lipatan yg ini nasi himpit ngam2 elok lembutnya..
pastu ambil garpu cucuklah plastik hingga berlubang supaya air boleh masuk kedalam plastik. banyak mana nak cucuk?
cara akk, cucuklah 9 lubang setiap sebelah plastik itu..3 lubang sebaris  belah atas, 3 lubang sebaris belah tengah dan 3 lubang baris belah bawah supaya bila nak tuskan air dalam plastik senang nak keluar..

semasa  dituskan hendaklah di lenyek2kan supaya nasik masuk kebucu2 plastik, tidaklah dia padat di tengah saja dan kosong dan lembek di bucu plastik.

25/08/2013

Masak Asam Pedas Ikan Parang

salam.. 
hari ini masak asam pedas ikan parang lagi. baru jer 3 hari lepas masak..masih ada permintaan lagi..hihi
Semasa makan 3 hari lepas.. Ai beritahu Nadia belajarlah masak asam pedas ikan parang versi ibu!
bukan nak kata sedap sangat masakkan asam pedas ikan parang akk ni..*  orang lain punya masakkan pun lagi sedap * asalkan en.papa, anak2 dan cucu2 akk suka makan,  akk dah cukup bersyukur..

 inilah masakan asam pedas ikan parang versi kakyon.

4 ketul ikan parang di bersihkan.
 semangkok kecil cili kering buang biji, direbus dan basuh bersih bersama 1 labu bawang besar dan belacan di blender sampai lumat..



bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit  di tumbuk lumat....


tumis bahan yg di tumbuk dengan minyak secukupnya sehingga naik bau..

masukan cili dan tumis sampai pecah minyak..
masukan sedikit halba dan garam..

bila cili sudah garing dan naik bau masukan ikan..biarkan sekejap supaya rasa garam resap pada ikan. balik kan dan masukan air asam jawa. kalau rasanya kurang masam tambah lah sekeping asam keping. boleh juga tambah tomato dan daun kesum kalau suka
tapi akk suka bau aroma halba dan kunyit basah dalam masakan tersebut. bubuhlah perasa dan biarkan seketika sebelum di hidang supaya semua perasa meresap dalam ikan..
selamat mencuba..

Masak Sup Tulang Cara Orang Arab

  Salam..

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 Semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
diam tak diam dah nak sampai penghujung bulan ramadhan..
semuga segala amalan yang di lakukan sepanjang ramadan ini diterima Allah hendaknya. 
lama tak mengupdate cerita masak2 kat sini..
petang semalam mencuba masakan makanan orang arab. Resepi akk minta dari kawan/ jiran akk. Nama sebenar masakan ini akk pun tak pasti..sbb kawan akk pun tak bagi tahu. Masakkan ini dah jadi makanan tradisi keluarga beliau..maklum beliau pernah tinggal dinegara sebelah sana dalam tempoh yang lama kerana kedua ibu bapanya berkerja di sana..
oleh kerana masakan ini sesuai dengan selera orang dalam rumah akk, sebenarnya kami bertiga aje yang merasa masakanini dulu..akk rasa mesti yang lain2 pun suka dengan masakan ini. maka akk pun nak sharing  resepi ini dengan pengunjung blog akk nie..





Jom kita mulakan memasaknya..
Mula2 belilah tulang lembu..seeloknya tulang selangka. Belilah dlm sebatang..ikut keperluan. Bersihkan dan masuk dlm periuk.* akk guna periuk pressure cooker * cepat sikit masaknya..lagi pun jimat tenaga..hehe. kalau guna periuk biasa..siapkanlah masa dan tenaganya..hehe
5 labu bawang besar yg merah ye.. bukan kuning. potong kasar2 jer. Halia, akk guna halia muda dlm 3 inci..potong kasar jadi dlm 3-5 ketul * taksuka potong kecil..nanti kalau tergigit dah rasa lain *. 2 genggam gandum biji di basuh bersih.kulit kayu manis agak2 yang 2 inci tu 2 batang. Semua bahan ni masuk dlm periuk tambah air ikut suka nak banyak mana kuahnya nanti dan rebus sampai daging lembut dan gandum serta bawang hancur.
Masukan 1 senduk santan..akk guna santan kotak. Kalau guna santan ori..agak2lah jangan pekat sangat mcm masak lemak tu...Cair2 saja...asal ada rasa lemak sikit2 jer.bila dah rasa cukup garamnya angkat dan keluarkan halia..nanti masa menghidang orang ingat itu kentang pulak..tergigit naya aje...hahah. 
1 biji bawang besar dimayang halus. Seulas kecil bawang putih. Beberapa tangkai daun sup..ofkoslah daun saderi dan daun bawangkan.. di potong. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang tadi sampai kuning..mcm buat bawang goreng..pastu masukan daun sup yg di potong tadi..tumis sampai layu dan bau wangi..angkat terus masukan dalam periuk rebusan tulang...kacau dan siap untuk di makan. 
masakan ini pekat ala2 bubur lambuk gitu..tapi sedikit cair..
hidangan ini sesuai dan sedap di makan begitu saja. Gandum didalam sup tu dah cukup membuatkan kita berasa kenyang. boleh juga di cicah bersama roti..
selamat mencuba dan rasailah keenakkannya..

25/01/2013

sambal pecal

Assalaam..
awal pagi akk dah kedapur berkemas..rasa macam nak mengubah kedudukan barang2 di ruangan dapur. bila lama sangat berada di kedudukan yang sama terasa jemu pulak..
barang pertama yang nak di aleh tempatnya ialah petiais.
puas di alih kesana kemari tak sesuai juga. ia lebih sesuai ditempat  kedudukannya yang asal..huhuuh
masa selongkar petiais, akk ternampak kuah pecal segera yang akk beli, orang bagi tak ingat dah  masih elok tak berusik. akk bancuh dan rasanya masih elok lagi...

kebetulan ada pulak bahan yg sesuai di buat pecal. tahu , tempe, kobis dan kacang panjang.
jadilah salah satu menu untuk makan tengahari..

teringat kalau kat kampung..bila makan ramai2 tak cukup kerusikan. bentang surat khabar kat lantai makan ramai2.. seronok!!

 memandai ajer akk tambah tomato dalam resepi pecal..hehe

inilah rupanya sambal pecal sebelum di bancuh. memang sedap, terasa aroma isi cekor di dalamnya..

akk mencari resepi di laman en.google.jumpa blog Puan Noraini disini
akk minta izin untuk share dan copy paste aje.
terimakasih banyak2 ye puan Noraini..


PECAL

Bahan-bahan Kuah Kacang:
2 cawan kacang tanah, telah ditumbuk kasar
8 tangkai cili kering
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan air panas
sedikit minyak , untuk menumis
garam, secukup rasa

Bahan Sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang, dipotong pendek
1 batang timun, dicincang halus
100 gm taugeh
secekak kangkung
2 keping tauhu,digoreng

Cara Membuat Kuah:
1. Cili kering dibasuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang besar dan belacan hingga cili garing, jangan sampai hangus.
3. Tumbuk bahan tersebut dengan lesung batu hingga hancur.
4. Sediakan sebuah mangkuk sederhana.Masukkan cili tumbuk, kacang tumbuk, gula, garam, air asam jawa dan air panas.Kacau sebati. Rehatkan kuah selama 30 minit supaya kuah menjadi pekat sebelum dinikmati.



31/12/2012

daun kesum penyelamat masakan akk..

Assalaam..
 Rasa lama bebenor tak memasak. asikler ada urusan keluar rumah..sampai tak sempat nak memasak. rasa jemu bebenor makan nasik bungkus,  lauk pun bungkus. dah jemu makan di kedai, restoran dan warong..
hari ini teringin nak masak pulak..
kebetulan takde aktivitikan..
nak masak apa yang ada dalam petiais jer. takyah susah2 pergi ke market beli barang2 nak masak. kesudahnya nanti bakal kena buang jer kedalam tong sampah. sebab tak dan nak masak..

jengah dalam petiais ada ikan merah. memula nak masak sup..daun sup pulak takde. nak goreng buat sambal..rasa sayang pulak..isi ikan sedap takkan buat sambal jer. 
masak lemak? bolehlah..semua bahan ada..
santan , cili api, serai, daun kunyit, tomato semua ada..
campak2..siap. bila merasa garam..aalamak! kenapa rasa lain macam aje ni..huhu
santannya dah rasa nak masam. silap akk tak pereksa dulu sebelum masukkan santan kedlm kuali..

takkan nak buangkan..sayang ikan dah nak masak..
apalah caranya akk nak hilangkan rasa masam santan tu..huhu
akk tengok ada daun kesum dalam peti ais. apalagi..akk pun masukkan daun kesum tu banyak2 dalam kuali. belasah ajelah. tak jadi hal punya..
 alhamdhulillah..bila dah masak hilang bau masam santan tu..yang timbul bau wangi daun kesum tu pulak..:)
kiranya daun kesum ni jadi penyelamat masakan akk. kalau takde daun kesum dalam petiais akk..pasti masakan akk dah masuk keperut en tong..hehe



* lambatlah pulak pokok kesum yang akk tanam  kat belakang rumah tu nak membesar..huhu




16/12/2012

masak asam tempoyak

Assalaam..
Semalam..dalam perjalanan balik dari kampung..papa kata nak singgah pantai kelebang..nak try rasa masakan asam pedas melaka *sebenarnya kami tak tahu di mana masakan asam pedas melaka yg paling sedap* 
kami 3 beranak singgah kat satu gerai, dulu2 tepi laut * sekarang ni dah tak tepi laut lagi dah..sbb sepanjang pantai tu dah di tambak dengan pasir..nak luaskan kawasan jajahan. kreatif MB Melaka ni..patutlah Melaka antara negeri yang terus membangun*

teruja sangat nak makan keenakan asam pedas melaka. kami mengoder asam pedas ikan parang..
dhani makan dulu..sementara akk bersiap2. 
~~ apasal ikan ni liat wan ? 
~~ ikan parang mana ada liat!
~~ ye! cer wan rasa!
bila akk pegang dan rasa sedikit..alamak! ikan yg di masak dah xpired. tak pun masakan semalam yang di perangatkan! huhuhu
* maksud liat yang dhani kata tu..sudah lembik..
terbantut selera kami nak makan!!!
inilah masalaah orang kita bila berniaga..hukhukhuk

*******
teringatkan ikan2 yang akk beli di pasaraya tempohhari..lebih baik akk masak!
ikan parang masak asam tempoyak..dan sambal cicah tempoyak ulam petai..
fullamak..lama tak buat..makan sampai tak sedor diri..
pedas berapi!!!!

Jom kita makan!

26/11/2012

restoran tupai tupai

Assalaam..
baru keluar rumah tak sampai sedepa..ateh pulak call.
  akk memang tengah dok terfikir2 nak makan malam kat mana pulak malam ni?
perut rasa macam kenyang lagi..sbb kambing golek yang akk makan siang tadi pun tak hadzam lagi kot..heheh
tapi bila time makan dah sampai..tekak ni macam tau tau aje..mintak di isi..
 bila ateh tanya.. ibu n papa dah makan ke belum?
macam satu semangat datang..terus rasa lapar..hahah
lepas jemput ateh..pusing2 dulu nak cari pot makan sedap kat mana..
idea ateh datang..kita makan kat tupai tupai nak!!

kita makan steamboat buffet.makan apa saja yang ada di situ sekenyang2nya dengan bayaran RM29++ seorang..murah kan?

ada dua pilihan kuah..sup tomyam dan sup  ayam..
macam2 ball ada, ikan, makanan yg bercengkerang, ayam, udang, cendawan dan sayuran segar..
pencuci mulut..tapai rendam dalam susu segar..paling akk suka..


nata d'coco.papa pulak sebut terbalik..coco 'nata..hehe

buahan, kueh dan kek. ada chicken poridge dan sup cendawan tapi akk tak makan..
last sekali aiskrim. makanlah kesemuanya sampai tak larat!  ~hahah

 tapi jangan sampai membazir ye..nanti kena denda !!
syarat makan di restoran tupai tupai.

05/10/2012

cara buat chrysanthemum tea

Assalaam..

Biasanya bila bulan puasa baru akk dapat minum air chrysanthemum tea  yang fresh. itu pun sbb along /illa yang suka beli di pasar ramadhan semasa mereka datang berbuka puasa di rumak akk. mereka tahu yang akk suka minum air chrysanthemum tea.  khasiat air teh bunga ini boleh menyejukkan badan. memanga sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang panas terik. biasanya papa selalu beli yang dalam kotak besar untuk stok minuman kami..
baru2 ni..akk ke pasaraya yang baru  dibuka  di seksyen 15 Shah alam. biasalah kalau ada pasaraya baru..akk rajin meneroka..mencari barang2 apa yang paling murah daripada pasaraya lain..
akk terjumpa teh bunga krisantimum ada banyak di rak.ada dua jenis bungkusan..satu besar dan satu lagi kecil. berat bungkusan yang besar akk tak pasti tapi yang kecil beratnya 100g harga dalam kurang rm5..tak ingat dah..;P
masa nak membuat minuman  ini akk  tak pasti nak buat camana.nak rendamke..nak rebuske..
bola akk mengoggle..akk terjumpa blog nasirnasir.com
kat situ ada resepinya dan akk copy paste saje..



Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
10-20 bunga krisantimum
gula batu / madu lebah
air panas  * akk masak air dalam periuk bersama gula batu..rebuskan teh sekejap 
pewarna kuning (jika mahu)  * akk tak bubuh..lebih suka warna aslinya
Cara penyediaan:
1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum * akk rendam sekejap..dah kembang akk buang bendasing..takut juga kalau ada benda yang tak di jangka..hehhe
2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!
dah tahu cubalah ye. lepas ni..air minuman ini pasti menjadi hidangan buat tetamu yang datang ke rumah akk. fresh dari daporku..walla...

25/09/2012

bingka roti

Assalaam..
dah berbulan tak berkemas kini belog ku ini..hihihi
akk tahu bukan ramai sangat pun pengunjung datang kesini. kiranya.. ada ke..takde ke entry baru.. takde sape pun yang kisah...* dah tuan dia pun tak kisah..apatah lagi orang lain..ade ke nak kisah.. *
sejak  kebelakangan ini * mak akk duduk dengan akk * akk kena merajinkan diri memasak. akk pun dah jarang keluar rumah sebab menjaga emak akk yang dah uzur. akk pun dah jarang keluar makan di luar..
hari2 memasak dah jadi satu terapi minda tau!..merasa tenang dan happy bila seisi rumah sukakan masakan kita. nak nak kalau orang kesayangan memuji muji masakan kita..heheh
akk masak yang biasa2 aje..takdelah special sangat.resepi yang senang dan mudah.
ada juga resepi yang akk minta dari rakan blogger..
semalam tetiba teringat nak makan puding roti @ bingka roti *kalau pudding mesti ada sosnya kan? ini makan cengitu aje * masa anak kecik2 dulu selalu buat..sampaikan Oya pun tahu buat sendiri tanpa pantauan akk..sbb dia pun yang suka makannya...

senang aje buatnya..main campak2 jer..
lebihan roti yang dah nak xfired tu disiat2 masukkan dalam loyang. sebelum tu..loyang kenalah laser dengan plantake minyak ke..atau yang sewaktu dengannya..
lepas selapis tabur gula pasir..letak roti lagi..tabur gula lagi..sampai habis. gula tu agak2lah ye manisnya..
lepas tu..tuang susu agak2lah sukatannya..yang di putar dengan sebijik telor dan sedikit esen vanila *akk guna susu fullcream * sampai separas roti. biar roti kembang sekejap..tekan2 dengan dusu biar padat sikit. pastu bakar sampai masak. 
dah masak bolehlah makan.akk suka simpan semalaman.kalau nak makan sebelah pagi..sebelum tidor tu akk buatlah.. 
selamat mencuba..kalau sudilahye..:))

24/08/2012

masak lemak tempe

Assalaam..
salam aidil fitri..maaf zahir dan batin..
menu masakan akk yang akk rasa nak share kat sini..
masakan yang ringkas dan sedap untuk orang yang seleranya sealiran dengan akk..:)

tempe masak lemak..

dua keping tempe sebesar tapak tangan (potong dadu)

bahan di tumbuk separuh lumat:-
segengam ikan bilis atau lebih kurang setengah cawan
beberapa bijik bawang merah
beberapa bijik cili padi..ikut suka pedasnya
1 inchi kunyit

di potong potong:-
beberapa helai daun limau purut
sehelai daun kunyit
sebatang serai di titik separuh lumat

sekeping asam keping
sekotak kecil santan kotak m&s
semangkok air
garam secukup rasa
sedikit perasa

caranya:-
masukan semua bahan dalam periuk/kuali. masak sampai separuh pekat, masukan daun kunyit dan daun limau. masak sampai pekat dan perasakan garam dan perasa. angkat dan hidang. makan semasa masih panas dengan nasik panas. perghhh! terangkat!
~~tak caya..cubalah~~
 

08/08/2012

ketam goreng telor masin..perghh maveles!

Assalaam..
salam ramadhan hari ke 19..
baru nak masukkan menu2 yang akk masak dalam blog ni..
menu2 yang biasa akk masak, ada juga yang pertama kali akk mencubanya. tapi tidaklah akk ikut resipinya 100%. akk olahlah sikit2 mengikut keadaan semasa..

Selalunya akk makan ketam goreng bersalut telor masin dekat  di restoran. kali ini akk mencuba memasaknya sendiri. resipi akk ambik dari My Resipi.. 
jom try..sedap !!!!

Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )

  • - 3 ekor ketam bunga (yang besar) - akk beli 2 ekor
  • - 5 biji kuning telur masin - akk guna 2 biji
  • - 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
  • - 2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
  • - 2 sudu makan mentega
  • - 3 sudu makan susu cair
  • - 2 sudu teh gula -
  • - garam & lada sulah secukupnya
  • - Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
  2. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan. akk rebus lenyek dengan putih nya sekali
  3. Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
  4. Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hinnga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  6. Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
  7. Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari.

13/07/2012

puding pisang keremel

assalaam..
lamanya blog ni bertapa..dah lama tak berasap ekk!..hehe
kenapa lama akk tak updet blog ni ?..bukan tak nak updet atau pun bukan akk tak memasak..tapi tiada kesempatan untuk mengupdetnya..
 beberapa minggu lepas..akk ada mencuba buat pudding yang di en3 kan olih blog zana..
http://katahatiku-zana.blogspot.com/search/label/desert
pertama kali mencuba macam jadi. taktau lah pulak rasa yang zana buat sama tak dengan yang akk buat?


resepinya akk kopipes bulaat dari blog beliau..

 PUDING PISANG KARAMEL
oleh: @blogsurirumah
sumber: ResepKue Lezat

Untuk karamel
100 gm gula pasir
50 ml air

Bahan puding
3 biji telur
1/4 st garam
100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan
200 ml susu cair
1/2 sudu makan brown sugar
1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak)
1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa)

Cara membuatnya:
Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.- kakpb blend semua sekali.
Tuangkan atas karamel tadi.
Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan.

akk dah cuba..memang sedap!!
 apa lagi kalau nak tau sedap ke tak...jom cuba!!